Festival Citrawarna 2026 Kembali, Lebih 40 Hotel Tawar Promosi Menarik
Citrawarna 2026 akan berlangsung dari 24 hingga 26 Julai 2026 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dengan tema “Ritma Warisan, Nadi Nusa dan Bangsa.”
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau anda merancang untuk berkunjung ke Citrawarna 2026 hujung bulan ini, mungkin ini masa yang sesuai untuk menikmati sekali tawaran penginapan yang lebih berbaloi.
Sempena penganjuran festival kebudayaan tahunan itu, lebih 40 hotel dan premis penginapan di sekitar Lembah Klang serta beberapa negeri lain menawarkan promosi istimewa kepada pengunjung.
Inisiatif tersebut dilihat sebagai sebahagian daripada usaha menyemarakkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) serta menggalakkan lebih ramai pelancong meneroka keunikan budaya tempatan.
Citrawarna 2026
Citrawarna 2026 akan berlangsung dari 24 hingga 26 Julai 2026 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dengan tema “Ritma Warisan, Nadi Nusa dan Bangsa.”
Festival tahunan itu mengetengahkan kepelbagaian seni, budaya, warisan dan keindahan alam semula jadi Malaysia menerusi pelbagai persembahan, pameran serta aktiviti yang meraikan identiti masyarakat pelbagai kaum.
Ia turut menjadi platform untuk pelancong tempatan dan antarabangsa mengenali dengan lebih dekat kekayaan budaya negara.
Promosi Hotel
Sepanjang kempen ini, hotel-hotel yang mengambil bahagian menawarkan pelbagai promosi termasuk kadar bilik istimewa dan pakej staycation.
Tempahan boleh dibuat bermula pertengahan Julai hingga pertengahan Ogos 2026, sekali gus memberi lebih fleksibiliti kepada orang ramai yang ingin merancang percutian singkat bersempena festival tersebut.
Tampil Menu Tradisional Seluruh Negara
Selain tawaran penginapan, pengunjung turut berpeluang menikmati pelbagai hidangan tradisional menerusi inisiatif Citra Rasa (Colours of Flavour).
Menerusi program ini, hotel-hotel yang mengambil bahagian akan menyajikan menu istimewa yang diinspirasikan daripada warisan gastronomi setiap negeri di Malaysia.
Ia memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati pelbagai hidangan tradisional yang mencerminkan keunikan cita rasa tempatan dalam satu lokasi.
Pengunjung boleh membuat tempahan terus melalui laman web rasmi hotel yang mengambil bahagian.
Maklumat lanjut termasuk senarai hotel, pakej penginapan dan program Citra Rasa akan dikongsikan secara berperingkat menerusi akaun media sosial rasmi @citrawarna.my dan @malaysia.truly.asia, selain portal pelancongan Malaysia.
Penganjuran Citrawarna 2026 merupakan sebahagian daripada usaha Tourism Malaysia bersama pemain industri pelancongan dalam memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan budaya bertaraf dunia sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.