Now Reading
Pengurus Mesir Lakukan Isyarat ‘X’ Dalam Perlawanan Piala Dunia Menentang Argentina, Ini Maksudnya

Pengurus Mesir Lakukan Isyarat ‘X’ Dalam Perlawanan Piala Dunia Menentang Argentina, Ini Maksudnya

Isyarat ‘X’ telah mula diperkenalkan pada tahun 2024 di Piala Dunia Bawah-20 Wanita.

In Brief
  • Pengurus Mesir, Hossam Hassan, melakukan isyarat 'X' terhadap pengadil selepas Argentina menjaringkan gol terakhir mereka.
  • Isyarat 'X' adalah protokol rasmi FIFA untuk melaporkan tingkah laku perkauman atau diskriminasi dalam perlawanan.
  • Persatuan Bola Sepak Mesir memfailkan aduan rasmi terhadap FIFA, meminta siasatan dijalankan terhadap pengadil Letexier.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perlawanan antara pasukan Argentina dan Mesir di Pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 sudah pastinya amat mendebarkan buat para peminat kedua-dua kem.

Mesir yang pada mulanya mengawal permainan, akhirnya tewas di tangan Argentina dengan mata 3-2 pada saat-saat akhir.

Perlawanan tersebut disifatkan sebagai satu gameplay yang cukup hebat menyaksikan keunggulan kedua-dua pasukan gergasi itu dengan bintang masing-masing seperti Lionel Messi dan Mo Salah.

Baca Artikel Berkaitan: Umur Tak Jadi Penghalang, Ronaldo Jadi Pemain Pertama Skor Di 6 World Cup Pada Usia 41 Tahun

Baca Artikel Berkaitan: Ronaldo Umum Bakal Bersara Dari Pentas Piala Dunia, Belum Berhenti Main Bola Sepak Sepenuhnya

Ini Maksud Isyarat ‘X’ Yang Dilakukan Oleh Hossam Hassan

Namun dalam meraikan kejayaan Argentina malam tadi, perhatian ramai peminat bola mula tertumpu kepada satu isyarat yang dilakukan oleh Pengurus Pasukan Mesir, Hossam Hassan.

Selepas Argentina menjaringkan gol terakhir mereka, Hassan melakukan isyarat ‘X’ menggunakan kedua-dua lengannya terhadap pengadil perlawanan François Letexier dari Perancis.

Buat yang tidak tahu, tanda ini sebenarnya mempunyai makna rasmi dalam perlawanan bola sepak FIFA.

Diperkenalkan pada tahun 2024 di Piala Dunia Bawah-20 Wanita, isyarat ini boleh digunakan oleh pemain, pegawai perlawanan dan kakitangan untuk melaporkan sebarang tingkah laku perkauman atau diskriminasi.

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Isyarat Lima Jari Ini Cetus Kontroversi Tegang Selepas Brazil Tewaskan Jepun 2 – 1

Apa Berlaku Apabila Isyarat ‘X’ Dibuat?

Apabila isyarat ‘X’ dilakukan oleh seseorang di padang permainan, perlawanan berpotensi dihentikan menerusi keputusan pengadil.

Di bawah undang-undang FIFA, isyarat itu merupakan satu isyarat jelas agar pegawai memulakan protokol anti-diskriminasi dengan tiga langkah berikut.

Langkah pertama memerlukan pengadil untuk menghentikan permainan dan memberi amaran menerusi pengumuman di stadium bahawa tingkah laku diskriminasi perlu ditamatkan.

Jika salah laku tersebut masih berlanjutan, pemain boleh dibawa keluar padang dan perlawanan akan digantung.

Dalam keadaan situasi masih tidak dapat dipulihkan, pengadil mempunyai kuasa untuk mengabaikan perlawanan itu sepenuhnya.

Menurut FIFA, isyarat itu tidak menggantikan proses sedia ada namun menjadi satu pemicu yang jelas kelihatan.

Isyarat ‘X’ mula diperkenalkan selepas badan pentadbiran sukan bola sepak berdepan tekanan berterusan agar memberikan respon yang lebih pantas dan jelas terhadap insiden perkauman yang kerap kali berlaku dalam perlawanan utama antarabangsa.

Ringkasan Perlawanan Argentina VS Mesir

Dalam perlawanan Pusingan 16 malam tadi (8 Julai), pasukan Mesir pada awalnya sudah meninggalkan Argentina dengan skor 2-0 menerusi jaringan Yasser Ibrahim (15′) dan Mostafa Ziko (67′).

Namun Argentina kemudiannya mengejar semula dan berjaya menghasilkan jaringan saat akhir menerusi Cristian Romero (79′), Lionel Messi (83′) dan Enzo Fernandez (90+3′).

Menurut Cairo Spots, isyarat ‘X’ dilakukan oleh Hassan pada saat akhir permainan apabila wujudnya kemarahan yang tinggi dalam pasukan Mesir.

Pemain-pemain Mesir ketika itu memprotes kekasaran Messi mendapatkan gol persamaan. Dalam masa sama, satu gol oleh Mesir juga telah dibatalkan dan kad kuning dikenakan terhadap kawasan teknikalnya.

Pengadil bagaimanapun tidak mengendahkan isyarat yang ditunjukkan oleh Hassan itu sama sekali, sebaliknya mengeluarkan amaran terhadapnya dengan melayangkan kad kuning.

Gol Kedua Mesir Dibatalkan Atas Dakwaan Kesalahan 20 Saat Lalu

Pada minit ke-13 separuh masa kedua, Mostafa Ziko telah menjaringkan gol tetapi dibatalkan oleh pengadil setelah menerima makluman daripada pihak VAR, dan mendakwa bahawa seorang pemain Mesir telah menyadung kaki Lisandro Martínez 20 saat sebelum gol dijaringkan.

Keputusan itu bagaimanapun menimbulkan syak wasangka dalam kalangan peminat dan pakar bola sepak yang merasakan terdapatnya isu ‘pilih kasih’ terhadap pasukan Argentina oleh FIFA.

Pakar bola sepak Mesir, Ahmad Youssef, berkata keputusan semasa VAR kurang konsisten dalam sejauh mana mereka pergi untuk mencari kesalahan lepas.

“Kesalahan itu sendiri sangat kecil. Adakah gol Messi akan dibatalkan dalam cabaran 20-saat-lalu jika dia memakai jersi Argentina? Sikap double standard ini yang membuatkan orang marah,” katanya di BBC Radio.

Dalam masa sama, Mesir telah menerima lima kad kuning, sebaliknya Argentina tidak menerima sebarang amaran walaupun melakukan lebih banyak kesalahan.

Sumber: Google

FA Mesir Minta FIFA Siasat Pengadil Letexier

Dalam perkembangan terbaharu, Persatuan Bola Sepak Mesir telah memfailkan aduan rasmi terhadap FIFA atas pengadilan yang dibuat ketika perlawanan Mesir menentang Argentina itu.

Mereka meminta agar siasatan dijalankan terhadap pengadil Letexier dan kru pengadilnya.

Menurut Cairo Spots, Mesir telah membantah pelantikan Letexier secara rasmi sebelum perlawanan itu.

FIFA bagaimanapun masih belum mengeluarkan kenyataan berkenaan aduan tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Bukan Sekadar Hiasan Semata-Mata, Lencana Di Jersi Pemain Piala Dunia 2026 Ada Maksudnya

Baca Artikel Berkaitan: Bukan Penaja Rasmi, Logo Levi’s Terpaksa ‘Disorok’ Di Stadium Sendiri Ketika Piala Dunia 2026

Baca Artikel Berkaitan: Jersi Pelé dari Final Piala Dunia 1958 Dijangka Bakal Cecah RM23.79 Juta di Lelongan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd