Now Reading
Mungkin Ramai Tak Tahu, Kafein Dalam Kopi Boleh Mengurangkan Masalah Keguguran Rambut

Mungkin Ramai Tak Tahu, Kafein Dalam Kopi Boleh Mengurangkan Masalah Keguguran Rambut

Kafein dalam kopi berpotensi membantu menghalang kesan DHT, iaitu hormon yang sering dikaitkan dengan masalah keguguran rambut.

In Brief
  • Kafein dalam kopi boleh membantu mengurangkan kesan DHT pada folikel rambut, merangsang pertumbuhan dan mengurangkan keguguran rambut.
  • Air kopi sejuk boleh digunakan sebagai terapi rambut dengan mengurut pada kulit kepala selama 20 minit selepas syampu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Secawan kopi pada waktu pagi dapat memberikan tenaga tambahan yang diperlukan untuk memulakan hari kita.

Tetapi siapa sangka selain minuman ini turut memberi kesan kepada kesihatan rambut.

Menerusi laman Threads baru-baru ini, tular seorang pengguna (@dyamelynna) berkata tabiat minum kopinya menyebabkan masalah gugur rambut hilang tetapi muncul semula sebaik dia berhenti.

Perkongsian Tular Kaitkan Kafein Dengan Masalah Gugur Rambut

Kafein dalam kopi. (Foto: My Everyday Table)

Dalam hantaran itu, pengguna berkenaan menceritakan bahawa masalah gugur rambutnya hilang sepanjang tempoh dia minum kopi Americano setiap hari.

Namun, dia terpaksa berhenti minum kopi kerana mula menghadapi masalah tidur sejak kebelakangan ini dan mendapati masalah gugur rambutnya kembali semula.

Dia turut mengaitkan keadaan itu dengan kandungan kafein dalam kopi, yang dikatakan mampu menghalang dihydrotestosterone (DHT), iaitu hormon yang dipercayai menyumbang kepada keguguran rambut.

“Jadi sekarang, nak tidur ke nak rambut,” tulisnya, meluahkan dilema yang dihadapinya.

Meskipun ceritanya hanya berdasarkan pengalaman sendiri, dakwaan mengenai hubungan kafein dan DHT ada asasnya menurut beberapa kajian.

Apa Itu DHT Dan Kaitannya Dengan Keguguran Rambut

DHT ialah hormon yang hampir serupa dengan testosteron dan ia berfungsi membantu pertumbuhan rambut di muka, badan serta kawasan kemaluan.

Namun, apabila parasnya terlalu tinggi, ia dipercayai menjadi salah satu punca keguguran rambut.

Badan kita secara semula jadi menukarkan kira-kira 10% testosteron kepada DHT dengan bantuan enzim bernama 5-alpha reductase.

Oleh itu, beberapa kajian telah mencadangkan bahawa makanan dan nutrien tertentu ada potensi untuk menyekat enzim ini, lalu mengurangkan penghasilan DHT.

Adakah Kafein Dapat Menyelesaikan Masalah Keguguran Rambut?

Gambaran masalah keguguran rambut. (Foto: Estheticland)

Menurut Healthline, terdapat beberapa kajian mendapati kafein dalam kopi boleh bantu merangsang pertumbuhan rambut sekali gus mengurangkan kegugurannya.

Contohnya seperti kajian daripada T. W. Fischer mendapati kafein berupaya untuk mengurangkan kesan DHT terhadap folikel rambut lelaki.

Selain itu, kafein turut bantu merangsang penumbuhan batang rambut serta memanjangkan tempoh anagen, iaitu waktu rambut sedang tumbuh.

Menariknya, kesan itu turut berkesan pada folikel rambut wanita.

Bukan itu sahaja, kafein juga melancarkan aliran darah ke folikel rambut untuk membantu tumbuh lebih cepat dan kukuh sekali gus kelihatan lebih tebal.

Sementara itu, kajian dari PubMed Central mendapati penggunaan kafein sebagai terapi rambut dapat menyokong pertumbuhan rambut, tetapi penyelidik menegaskan kajian lanjut masih diperlukan untuk ketahui keberkesanannya.

Cara Menghasilkan Terapi Rambut Menggunakan Air Kopi

Untuk menikmati manfaat kafein, anda sebenarnya boleh menggunakan ke rambut anda seperti syampu.

Anda memerlukan dua hingga empat cawan kopi yang telah disejukkan sepenuhnya, botol serta topi mandi plastik.

Caranya mudah sahaja seperti berikut:

  • Pastikan air kopi sejuk sebelum dituang ke dalam botol
  • Cuci dan gunakan syampu serta perapi rambut sebelum anda menggunakan kopi ke rambut yang masih basah sehingga sebati
  • Urut kopi pada rambut dan kulit kepala selama beberapa minit dan biarkannya selama 20 minit.
  • Akhir sekali, bilas rambut dengan air sejuk atau suam dan keringkan dengan tuala lembut

Kandungan kafein dalam kopi akan merangsang pertumbuhan rambut dan bertindak mengurangkan masalah rambut gugur.

Ini 5 Makanan Yang Dapat Bantu Mengurangkan DHT

Menurut Healthline, ini 5 makanan yang berpotensi untuk bantu mengurangkan DHT seperti berikut:

#1. Teh Hijau
Teh Hijau. (Foto: Webmd)

Teh hijau yang dihasilkan daripada pokok Camellia sinensis merupakan antara minuman paling digemari di seluruh dunia.

Daun teh hijau berpotensi mengekalkan kebanyakan nutrien sihat semula jadi seperti epigallocatechin gallate (EGCG) yang mempunyai sifat anti-radang serta antioksida yang mampu mencegah keguguran rambut.

Ia juga boleh melindungi folikel, merangsang pertumbuhan, menguatkan sistem imun serta menghalang kematian sel rambut.

#2. Minyak Kelapa
Minyak Kelapa. (Foto: Signature market)

Minyak kelapa yang diperoleh daripada isi kelapa bukan sahaja boleh digunakan dalam masakan malah turut popular dalam penjagaan kulit dan rambut.

Ia kaya dengan lemak daripada trigliserida rantaian sederhana (MCT), terutamanya asid laurik yang mampu menghalang penghasilan DHT.

#3. Bawang Putih
Bawang putih. (Foto: Better Food)

Tak ramai tahu yang bawang putih mempunyai kandungan bernama quercetin berfungsi menyekat penukaran testosteron kepada DHT dengan melumpuhkan tindakan enzim alpha-5 reductase serta mengurangkan tekanan oksidatif.

#4. Kunyit
Kunyit. (Foto: DOSE)

Manfaat kunyit sering dikaitkan dengan bahan bernama curcuminoid yang boleh menurunkan paras DHT dengan menyekat enzim alpha-5 reductase.

#5 Biji Labu
Biji labu. (Foto: Health)

Biji labu terkenal dengan kandungan zat besi, zink dan magnesium yang tinggi.

Penggunaan minyak biji labu selama tiga bulan dapat bantu mengurangkan keguguran rambut sekali gus menambah pertumbuhan rambut.

Keguguran Rambut Boleh Berlaku Secara Perlahan Atau Tiba-Tiba

Untuk info pengetahuan, keguguran rambut sering menimpa golongan berusia dan kanak-kanak.

Menurut Healthline, seorang individu akan keguguran rambut antara 50 hingga 100 helai rambut sehari dan selalunya berlaku tanpa kita sedari.

Ia juga boleh berlaku secara perlahan selama bertahun-tahun ataupun secara tiba-tiba, dan bergantung kepada puncanya mungkin sementara ataupun kekal selamanya.

Sebagai peringatan, kafein bukanlah penawar ajaib untuk kembalikan rambut anda. Ia hanyalah salah satu cara yang boleh anda guna untuk mengurangkan masalah ini.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Cuci Rambut Hari-Hari? Ini 12 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Agar Rambut Tak Rosak | TRP

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Ini Kongsi 3 Tips Untuk Elak Rambut Cepat Rosak | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd