Now Reading
Makin Kerap Lupa Dan Susah Untuk Fokus? Amalkan Tiga Langkah Ini Dengan Mudah

Makin Kerap Lupa Dan Susah Untuk Fokus? Amalkan Tiga Langkah Ini Dengan Mudah

Daya ingatan otak boleh dipertingkatkan dengan mempelajari bahasa asing, membaca serta bersenam.

In Brief
  • Belajar bahasa asing menguatkan otak secara fizikal, meningkatkan grey matter dan melindungi daripada penyakit demensia.
  • Membaca membantu tumpuan, pemikiran kritis, kosa kata dan menghasilkan daya ingatan yang lebih baik.
  • Bersenam 150 minit seminggu dapat meningkatkan daya ingatan, mood, tidur dan mengurangkan stres.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ramai antara kita menganggap otak yang semakin lemah, mudah lupa nama atau tersilap letak kunci, sebagai kesan penuaan yang tidak dapat dielakkan.

Sebenarnya, tanggapan itu tidak betul kerana otak kita boleh berkembang menjadi lebih tajam serta kuat tanpa mengenal usia.

Menerusi podcast yang dimuat naik oleh Jim Kwik, beliau telah berkongsi tiga langkah mudah boleh dilakukan untuk tingkatkan daya ingatan kita dalam masa 10 minit sahaja.

Baca Artikel Berkaitan: Coach Minda Kongsi Beberapa Teknik Untuk Bantu Baca 3 Kali Ganda Lebih Laju [Video] | TRP

Amalkan 3 Langkah Ini Setiap Hari Untuk Tingkatkan Daya Ingatan Dengan Mudah

Belajar bahasa asing sangat bagus untuk kecerdasan otak. (Foto: Pexels)
#1. Belajar Bahasa Asing Untuk Mengubah Otak Serta Menajamkan Minda

Langkah pertama ialah belajar bahasa asing. Ini bukan sekadar alat komunikasi, kerana bahasa turut mengubah otak pada peringkat fizikal.

Untuk pengetahuan, otak kita terdiri daripada neuron dan dendrit yang membentuk grey matter.

Menurut Cambridge, individu yang boleh bercakap lebih daripada satu bahasa mempunyai kandungan neuron dan dendrit lebih banyak, menjadikan grey matter mereka lebih padat.

Selain itu, mempelajari bahasa juga memberi kesan kepada white matter, iaitu sistem saraf menghubungkan keempat-empat bahagian otak membentuk satu laluan.

Kesannya ialah otak akan lebih mudah menerima informasi baharu serta berfungsi lebih baik.

Menariknya, mempelajari bahasa pada usia lewat pun tetap mendapat manfaat ini kerana pengalaman baru sangat penting dalam menghasilkan sambungan baru serta mengukuhkannya.

Pembelajaran bahasa adalah ibarat anda bersenam untuk otak kerana ia dapat melindungi penyakit tua seperti demensia atau nyanyuk serta mengubah struktur otak menjadi lebih tajam.

Dari segi akademik, terdapat satu kajian mendapati 90% menunjukkan pelajar bahasa asing lebih cemerlang merentas pelbagai subjek dan penguasaan bahasa turut meningkatkan literasi, memberi kelebihan dalam matematik serta sains.

Tambahan pula, individu yang kerap menggunakan bahasa kedua mempunyai daya ingatan lebih kuat berbanding penutur satu bahasa, tidak kira sama ada dipelajari sejak kecil atau dewasa.

#2. Membaca Dapat Bantu Anda Fokus Serta Mengukuhkan Proses Kognitif
Membaca dapat bantu anda fokus lebih lama. (Foto: Pexels)

Langkah kedua ialah membaca dan kesannya dapat dilihat melalui keupayaan anda melihat sesuatu daripada sudut lain.

Contohnya seperti membayangi watak dalam buku sebagai orang sebenar dengan pandangan berbeza untuk meningkatkan kecerdasan otak dari segi emosi serta empat.

Menurut Pakar perkembangan kanak-kanak, Maryanne Wolf, membaca dapat membantu kita untuk memberi tumpuan, menghasilkan emosi serta mencipta impian baharu.

“Kita bukan sekadar memahami buku, tetapi pada peringkat neurologi, kita menghayatinya. Apabila membaca fiksyen, otak kita akan mula aktif membayangi pelbagai situasi,” katanya.

Selain itu, membaca turut dapat mengasah pemikiran kita untuk berfikir lebih kritikal, membina kosa kata serta meningkatkan kemahiran berbual dengan mudah.

Tak lupa juga, untuk memahami plot yang kompleks serta jalan cerita watak akan memberi kesan kepada otak dengan menghasilkan daya ingatan lebih baik, tumpuan lebih kuat serta pemahaman lebih mendalam.

#3. Bersenam Sangat Membantu Untuk Perbaiki Masalah Kognitif
Bersenam seperti jogging. (Foto: Vitacoast)

Mengamalkan tabiat bersenam bukan sahaja bagus untuk tubuh badan kita seperti menguatkan otot, kesihatan jantung, berat badan serta mencegah penyakit kronik.

Menurut Harvard, mereka yang kerap bersenam mempunyai daya ingatan lebih besar berbanding individu kurang bersenam.

Mengekalkan rutin bersenam selama enam bulan sehingga setahun dapat meningkatkan hubungan otak dan secara tidak langsung memperbaiki mood dan tidur, serta mengurangkan stres.

Selain itu, satu kajian dalam Journal of the American Geriatrics Society mendapati tai chi dapat meningkatkan fungsi seperti perancangan, ingatan, tumpuan dan menyelesaikan masalah.

Amalkan rutin 150 minit seminggu melakukan aktiviti seperti brisk walk sudah cukup untuk tingkatkan daya ingatan otak anda.

Amalkan 3 Doa Yang Boleh Bantu Menguatkan Ingatan

#1. Doa dari Surat Al-Anbiya Ayat 79

فَفَهَّمْنَا سُلَيْمَانَ وَكُلًّا آتَيْنَا حُكْمًا وَعِلْمًا وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُدَ الجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَالطَّيْرَ وَكُنَّا فَاعِلِيْنَ

Rumi: Fafahhamnā Sulaimāna, wa kullan ātaynā hukman wa ‘ilman, wa sakhkharnā ma‘a dāwūdal jibāla yusabbihna wat thayra, wa kunnā fā‘ilīn.

Maksudnya: “Kami memberikan pemahaman kepada Sulaiman. Setiap dari mereka Kami berikan kebijaksanaan dan ilmu. Kami tundukkan gunung dan burung kepada Dawud. Mereka bertasbih. Kami lah yang melakukan itu semua.”

#2. Doa untuk pemahaman dan ilmu

اَللّٰهُمَّ ارْزُقْنَا يَارَبِّ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْ سَلِيْنَ

Rumi: Allahummarzuqna ya robbi fahman-nabiyyina. Wahifzholmursalin.

Maksudnya: “Ya Allah, karuniailah kami paham para nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir dengan-Mu.”

#3. Doa menguatkan ingatan

Rumi: Allahumma inna as-aluka fahman nabiyyin, wa hifzal mursalin, wa ilhamal mala-ikatil muqarrabin. Allahumma nawwir qalbi binuril fahmi wa iftah ‘alayya bi fadhlik, warhamni bi tarkil ma’asi abadan ma abqaitani, warzuqni husnal fahmi wal hifzi.

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kefahaman para nabi, hafalan para rasul, dan ilham para malaikat yang dekat kepada-Mu. Ya Allah, sinarilah hatiku dengan cahaya kefahaman dan bukakanlah untukku dengan kurniaan-Mu, dan rahmatilah aku dengan meninggalkan maksiat selama-lamanya selagi Engkau menghidupkan aku, dan kurniakanlah kepadaku kefahaman dan hafalan yang baik.”

Baca Artikel Berkaitan: [Video] 5 Punca Kenapa Memori Anak Lemah, Jangan Ambil Mudah! | TRP

Baca Artikel Berkaitan: Mengapa Semakin Ramai Ibu Bapa Dedahkan Anak Kepada Bahasa Asing Seawal Usia 3 Tahun? | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd