PMX Raih Sokongan Tertinggi Berbanding Pemimpin Politik Lain – Tinjauan Merdeka Center
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kadar sokongan tertinggi iaitu 52%, diikuti Khairy Jamaluddin (50%) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (36%).
- PM Anwar Ibrahim receives the highest approval rating of 52% among political leaders, consistent with December 2025 and February 2026 findings.
- Government satisfaction rates are nearly balanced, with 50% satisfied, though 51% remain unhappy with economic management efforts.
- Majority of Malaysians support key institutional reforms, including limiting the PM's tenure to two terms, backed by 73%.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ketika Johor dan Negeri Sembilan bersiap siaga dalam persediaan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Julai dan Ogos depan, timbul ura-ura bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) juga bakal diadakan tidak lama lagi.
Pada kali ini, ada juga pihak yang mempunyai tanggapan bahawa akan berlakunya perubahan terhadap pimpinan politik negara.
Namun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata beliau tidak risau dengan PRN yang mendatang, dan menegaskan bahawa kerajaan Madani kekal fokus dalam menjalankan tanggungjawab.
PMX Terima Sokongan Tertinggi Dalam Kalangan Pemimpin Politik
Tidak mengejutkan lagi apabila Anwar masih menerima sokongan yang tinggi dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Tinjauan oleh Merdeka Center yang dijalankan dari 12 Mac hingga 9 April lalu mendapati Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kadar sokongan tertinggi berbanding pemimpin politik lain, iaitu 52%.
Dalam kenyataan semalam (27 Jun), Merdeka Center memaklumkan peratusan itu tidak berubah berbanding dapatan pada Disember 2025 dan Februari 2026.
Ini juga menunjukkan peningkatan berbanding kadar terendah (43%) yang dicapai PMX pada Julai 2025.
Sekadar info, Anwar Ibrahim telah memenangi PRU15 lalu bagi kerusi Parlimen Tambun dengan majoriti 3,736, menewaskan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
KJ Terima Sokongan Tertinggi Selepas Anwar
Kadar sokongan tertinggi terhadap pemimpin politik diikuti rapat dengan Khairy Jamaluddin (50%) yang baru sahaja menyertai UMNO semula.
Dari pihak pembangkang pula, bekas Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima 36% sokongan.
Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, turut mencatatkan kadar sokongan keempat tertinggi pada 32%.

Kadar Kepuasan Terhadap Kerajaan Hampir Seimbang
Dari segi kepuasan terhadap Kerajaan Persekutuan, 50% responden menyatakan mereka berpuas hati berbanding 48% yang sebaliknya.
Tahap kepuasan tertinggi terhadap Kerajaan Persekutuan direkodkan oleh responden berusia 21 hingga 30 tahun (64%).
Malah, pekerja kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan turut menunjukkan tahap kepuasan tertinggi pada kadar 61%.
Namun dalam masa sama, lebih ramai responden (51%) yang berasa kurang berpuas hati dengan usaha kerajaan dalam menguruskan ekonomi negara.
Ramai Rakyat Malaysia Risaukan Cabaran Ekonomi Dihadapi Negara
Di samping itu, 42% pengundi Malaysia, berpendapat bahawa negara berada pada landasan yang tepat setakat Mac lalu.
“Merentasi kumpulan etnik, 39% responden Melayu menyatakan negara ini menuju ke arah yang betul berbanding 50% dalam kalangan responden Cina dan 33% responden kaum India.
“Mengikut kumpulan umur, responden berumur 21 hingga 30 tahun merekodkan sentimen positif tertinggi sebanyak 57%, manakala mereka yang berusia 51 hingga 60 tahun merupakan kumpulan paling kurang optimistik dengan hanya 32%,” menurut kenyataan itu.
Namun rata-rata mereka berkongsi kerisauan terhadap cabaran ekonomi termasuk kos hidup tinggi dan harga minyak tidak menentu.
Ini diikuti dengan pentadbiran kerajaan yang lemah dan ketidakstabilan politik yang dilihat sedang berlaku dalam negara.

Agenda Reformasi Kerajaan Terima Sokongan Ramai
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kerajaan Madani telah mencadangkan beberapa agenda reformasi institusi utama.
Tinjauan oleh Merdeka Center mendapati majoriti rakyat menyokong reformasi institusi yang dicadangkan termasuk bagi:
- Mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum dua penggal atau 10 tahun (73%)
- Pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya (84%)
- Memperkenalkan pilihan raya secara langsung bagi Datuk Bandar Kuala Lumpur (58%)
“Perlu diperhatikan bahawa sokongan terhadap reformasi politik ini menunjukkan perbezaan kecil antara responden Melayu dengan bukan Melayu, sekali gus melihatkan cadangan berkenaan mendapat sokongan meluas merentasi pelbagai kaum,” menurut kenyataan itu.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.