Now Reading
Mengapa Semakin Ramai Ibu Bapa Dedahkan Anak Kepada Bahasa Asing Seawal Usia 3 Tahun?

Mengapa Semakin Ramai Ibu Bapa Dedahkan Anak Kepada Bahasa Asing Seawal Usia 3 Tahun?

Menurut kajian yang dirujuk oleh Duolingo, proses pembelajaran bahasa memerlukan otak untuk sentiasa mengingat semula maklumat, mengenal pasti corak, bertukar antara konsep serta menyesuaikan diri dengan peraturan bahasa yang berbeza.

In Brief
  • Mempelajari bahasa baharu merangsang fungsi otak seperti daya ingatan, tumpuan dan kebolehan menyelesaikan masalah sejak usia muda.
  • Platform digital seperti Duolingo semakin popular dalam kalangan ibu bapa sebagai alat pembelajaran bahasa tambahan di rumah.
  • Penguasaan bahasa asing membuka peluang kanak-kanak mengenali budaya berbeza dan membentuk budaya pembelajaran sepanjang hayat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam dunia yang semakin saling berhubung, semakin ramai ibu bapa mula memperkenalkan bahasa asing kepada anak-anak sejak usia muda.

Jika dahulu pembelajaran bahasa kedua sering dikaitkan dengan kelebihan komunikasi dan peluang kerjaya pada masa depan, kini ia turut dilihat sebagai salah satu cara untuk menyokong perkembangan kognitif kanak-kanak.

Pelbagai kajian menunjukkan bahawa mempelajari bahasa baharu bukan sekadar membantu seseorang menguasai kemahiran berkomunikasi, malah turut merangsang pelbagai fungsi otak seperti daya ingatan, tumpuan, kebolehan menyelesaikan masalah dan keupayaan menyesuaikan diri dengan situasi baharu.

Aktiviti seperti mengenal pasti corak bahasa, memahami konteks ayat dan mengingati kosa kata secara berterusan dipercayai mampu memberi rangsangan mental yang membantu mengukuhkan fungsi-fungsi kognitif tersebut.

Menurut kajian yang dirujuk oleh Duolingo, proses pembelajaran bahasa memerlukan otak untuk sentiasa mengingat semula maklumat, mengenal pasti corak, bertukar antara konsep serta menyesuaikan diri dengan peraturan bahasa yang berbeza.

Proses ini diibaratkan seperti senaman yang melatih otak untuk terus aktif.

Belajar Bahasa Baharu Bantu Tingkatkan Fungsi Kognitif

Satu kajian yang dijalankan oleh Baycrest dan York University turut mendapati individu dewasa yang menggunakan Duolingo selama kira-kira 30 minit sehari dalam tempoh empat bulan menunjukkan peningkatan yang ketara dari segi fungsi eksekutif dan prestasi kognitif.

Penyelidik mendapati peserta kajian menunjukkan peningkatan dalam beberapa aspek penting seperti memori kerja, tahap fokus dan fleksibiliti kognitif berbanding kumpulan kawalan.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak, Remaja dan Keluarga, Ayoe Sutomo, berkata pembelajaran bahasa baharu bukan sahaja membantu menambah perbendaharaan kata, malah melatih kanak-kanak mengenal pasti corak, menghubungkan maklumat dan menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi.

“Pelbagai kajian menunjukkan kemahiran ini berkait rapat dengan perkembangan fleksibiliti kognitif yang menjadi asas penting dalam proses pembelajaran serta penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian,” katanya.

Namun begitu, beliau menjelaskan bahawa manfaat tersebut tidak berlaku dalam masa singkat.

Sebaliknya, konsistensi, kekerapan belajar dan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan memainkan peranan penting dalam membantu kanak-kanak menguasai bahasa baharu dengan lebih berkesan.

Beliau turut menekankan kepentingan pemantauan ibu bapa apabila anak-anak menggunakan peranti digital sebagai medium pembelajaran.

Semakin Ramai Ibu Bapa Gunakan Platform Digital Untuk Belajar Bahasa

Trend pembelajaran bahasa asing juga semakin ketara apabila ramai ibu bapa menggabungkan interaksi harian, pendidikan formal serta penggunaan platform digital untuk memperkenalkan pelbagai bahasa kepada anak-anak mereka.

Seiring dengan perkembangan tersebut, platform pembelajaran bahasa seperti Duolingo semakin mendapat perhatian sebagai alat pembelajaran tambahan di rumah.

Secara global, platform itu kini mempunyai lebih 133 juta pengguna aktif bulanan dan lebih 52 juta pengguna aktif harian di seluruh dunia.

Melalui pendekatan pembelajaran berasaskan permainan (gamifikasi), Duolingo membantu menjadikan proses pembelajaran bahasa lebih mudah diakses dan menyeronokkan untuk pelajar daripada pelbagai peringkat umur.

Belajar Bahasa Sejak Umur 3 Tahun

Salah satu contoh yang sering diketengahkan ialah Hudzaifah Giyan G., yang mula didedahkan kepada pelbagai bahasa sejak kecil.

Menurut bapanya, Gosra Andri Putra, minat Hudzaifah terhadap bahasa berkembang secara semula jadi menerusi gabungan pendedahan kepada pelbagai bahasa, interaksi harian dan penggunaan pelbagai sumber pembelajaran termasuk platform digital.

“Hudzaifah mula diperkenalkan kepada beberapa bahasa sejak usia yang sangat muda. Ketika berumur sekitar 2.5 hingga 3 tahun, dia mula belajar bahasa Inggeris secara kendiri dan salah satu alat pembelajaran yang digunakannya ialah Duolingo.

“Pada pandangan saya, aplikasi ini selamat untuk kanak-kanak dan menyeronokkan kerana direka seperti permainan serta menawarkan pelbagai pilihan bahasa.

“Namun, seperti penggunaan gajet yang lain, pemantauan ibu bapa tetap penting,” katanya.

Lebih Daripada Sekadar Kemahiran Bertutur

Selain manfaat akademik, penguasaan lebih daripada satu bahasa turut membuka peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali budaya, perspektif dan cara komunikasi yang berbeza.

Dalam dunia yang semakin global, pembelajaran bahasa kini bukan lagi sekadar kemahiran komunikasi semata-mata.

Bagi ramai ibu bapa, ia dilihat sebagai pelaburan jangka panjang untuk membentuk sifat ingin tahu, kebolehan menyesuaikan diri serta budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam diri anak-anak.

Dengan akses kepada lebih daripada 40 bahasa dan pendekatan pembelajaran yang interaktif, platform seperti Duolingo membantu menjadikan proses tersebut lebih fleksibel dan mudah diakses oleh pelajar dari pelbagai peringkat umur.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd