Now Reading
LRT3 Laluan Shah Alam Bakal Mula Beroperasi 29 Jun, Ini 20 Stesen Terlibat & Kadar Tambang

LRT3 Laluan Shah Alam Bakal Mula Beroperasi 29 Jun, Ini 20 Stesen Terlibat & Kadar Tambang

LRT3 turut dilengkapi dengan kemudahan Park N’ Ride dengan sekitar 2,300 petak letak kereta di enam stesen terpilih.

In Brief
  • LRT3 bakal mula beroperasi pada 29 Jun, menghubungkan Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang melalui 20 stesen sepanjang 37.8 kilometer.
  • Tambang bermula dari 80 sen hingga RM4.90, dengan diskaun 50% untuk kanak-kanak, pelajar, warga emas dan OKU.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pengguna pengangkutan awam pasti tidak sabar-sabar menantikan pembukaan Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan kawasan Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang.

Terbaharu Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, mengumumkan bahawa LRT3 akan mula beroperasi pada Isnin depan, 29 Jun.

Katanya, pelaksanaan LRT3 merupakan antara projek pengangkutan awam utama yang telah lama dinantikan dan dijangka memberi kemudahan lebih luas kepada penduduk di koridor barat Lembah Klang, lapor Awani.

Dalam pada itu, LRT3 dijadual akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad (28 Jun).

20 Stesen Di Laluan LRT3, Saling Berhubung Dengan MRT Laluan Kajang & LRT Laluan Kelana Jaya

Dengan laluan sepanjang 37.8 kilometer, terdapat 20 stesen yang beroperasi di bawah LRT3 di lokasi berikut:

  • Bandar Utama, Petaling Jaya
  • Kayu Ara, Petaling Jaya
  • BU 11, Petaling Jaya
  • Damansara Idaman, Petaling Jaya
  • Subang, Subang Jaya
  • Glenmarie 2, Shah Alam
  • Kerjaya, Shah Alam
  • Stadium Shah Alam
  • Dato’ Menteri, Shah Alam
  • UiTM Shah Alam
  • Seksyen 7 Shah Alam
  • Bandar Baru Klang
  • Pasar Klang
  • Jalan Meru, Klang
  • Jambatan Kota, Klang
  • Taman Selatan, Klang
  • Seri Andalas, Klang
  • Klang Jaya, Klang
  • Bandar Bukit Tinggi, Klang
  • Johan Setia, Klang

Di stesen Bandar Utama, penumpang boleh menukar ke MRT Laluan Kajang, manakala stesen Glenmarie 2 pula saling berhubung dengan LRT Laluan Kelana Jaya.

Ini menjadikan laluan baharu ini saling berhubung dengan Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang.

Tambang Bermula Dari 80 Sen, Golongan Tertentu Nikmati Diskaun 50%

Tambang bagi LRT3 bermula dari 80 sen sehingga RM4.90 bagi bayaran tunai. Sebaliknya tambang tanpa tunai maksimum adalah pada RM4.30.

Sama seperti laluan lain, tambang konsesi dengan diskaun 50% turut ditawarkan buat mereka yang layak iaitu bagi kategori:

  • Kanak-kanak
  • Pelajar
  • Warga emas
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
Sumber: RapidKL

Bagi pengiraan tambang yang lebih mudah gunakan Rail Fare Calculator [DI SINI].

2,300 Petak Letak Kereta Disediakan Bagi Park N’ Ride

Di samping itu, laluan LRT3 turut dilengkapi dengan kemudahan Park N’ Ride dengan sekitar 2,300 petak letak kereta, sekali gus memudahkan perjalanan penumpang.

Stesen-stesen yang terlibat termasuk:

  • Kayu Ara
  • Damansara Idaman
  • Pasar Klang
  • Bandar Bukit Tinggi
  • Seri Andalas
  • Johan Setia

LRT3 Satu-Satunya Laluan Terletak Di Luar Sempadan KL

Sekadar info, pembinaan LRT3 yang merupakan laluan LRT ketiga di Lembah Klang telah bermula sejak tahun 2017 dan asalnya dijadualkan dibuka pada 31 Ogos 2020. Setelah ditangguh, ia sepatutnya mula beroperasi pada 2025.

Namun memetik The Star, masalah dikaitkan dengan kestabilan sistem dan isu perisian yang dikenal pasti semasa peringkat ujian dan menyebabkan beberapa kelewatan.

Kini, LRT3 menjadi satu-satunya laluan dalam Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang yang terletak sepenuhnya di luar sempadan Kuala Lumpur.

Projek itu mula dikaji pada tahun 2013 dan diumumkan dengan kos kira-kira RM9 bilion dalam Bajet 2015.

Baca Artikel Berkaitan: LRT3 Laluan Shah Alam Dijangka Beroperasi Hujung Jun, Tarikh Bakal Diumumkan 2 Minggu Lagi


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd