Now Reading
Netizen Kongsi Tips Mudah Untuk Turunkan Power Mata Secara Semula Jadi

Netizen Kongsi Tips Mudah Untuk Turunkan Power Mata Secara Semula Jadi

Amalkan peraturan 20-20-20 dan sering memandang cahaya semula jadi di luar untuk kurangkan gangguan penglihatan.

In Brief
  • Mendedahkan mata kepada cahaya semula jadi, terutama cahaya matahari, boleh memperlahankan perkembangan rabun jauh.
  • Amalkan peraturan 20-20-20 dan elakkan skrin pada waktu malam untuk menjaga kesihatan mata anda.
  • Makanan seperti ikan berlemak, bayam dan telur mengandungi nutrien penting untuk melindungi kesihatan mata.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menurut laporan dari Glasson, lebih 4 bilion orang di dunia memakai cermin mata iaitu 57% daripada populasi global dan sebagai gambaran, lebih ramai orang memakai cermin mata daripada menggunakan telefon pintar.

Sebagai seorang yang memakai cermin mata atau kanta lekap, sudah tentu pernah terfikir bagaimana cara untuk menurunkan power mata secara semula jadi.

Menariknya, seorang pengguna (@aribahabdullah) di Threads berkongsi pengalamannya yang berjaya menurunkan power mata dan tidak naik semula.

Amalkan Rutin Mudah Yang Dikongsikan Ini

Menurut pengguna (@aribahabdullah) caranya adalah jadi prihatin terhadap jenis cahaya yang masuk ke dalam mata anda.

Ini kerana cahaya ada banyak jenis dan sumber yang terbaik adalah cahaya semula jadi serta mengamalkan rutin dikongsikan seperti ini:

  • Tengok matahari terbit dan
  • Meletakkan tint merah pada skrin telefon
  • Mengelakkan menonton TV atau telefon pada waktu malam
  • Memakai blue blocker ketika berada di dalam rumah
  • Menjaga circadian rhythm mata dengan prinsip, “siang terang, malam gelap.”

Aribah turut berkata terdapat banyak kajian membuktikan melihat cahaya semula jadi di luar rumah dapat melambatkan gangguan penglihatan rabun jauh.

Apa Itu Power Mata?

Uji kesihatan mata. (Foto: Pexels)

Memetik laporan dari Nethradhama, power mata merujuk kepada kekuatan kanta membetulkan kesalahan refraktif mata seperti rabun jauh (myopia) dan rabun dekat (hyperopia).

Nombor negatif menunjukkan rabun jauh, manakala nombor positif menunjukkan rabun dekat dan astigmatisme pula bermaksud kornea tidak sekata.

Namun masalah rabun sebenarnya berpunca daripada perubahan struktur mata dan tidak boleh diubah secara semula jadi tetapi boleh dirawat menggunakan cermin mata, kanta lekap atau pembedahan.

Selain Melihat Cahaya Semula Jadi, Amalkan Peraturan 20-20-20

Jadikan rutin untuk sentiasa melihat cahaya semula jadi. (Foto: Unsplash)

Seperti yang dikongsikan oleh Aribah, mendedahkan mata kepada cahaya semula jadi boleh memperlahankan perkembangan rabun jauh, terutama dalam kalangan kanak-kanak.

Memetik semula laporan dari Nethradhama, kanak-kanak yang sedang membesar disarankan mendapat cahaya matahari sekurang-kurangnya selama dua jam setiap hari.

Selain itu, anda juga boleh menjaga mata dengan mengikut peraturan 20-20-20, iaitu memandang objek sejauh 20 kaki selama 20 saat setiap 20 minit.

Tambahan pula, elak membaca dalam bilik gelap, memakai cermin mata hitam yang dapat menghalang 99 hingga 100 peratus sinaran ultraungu (UV), mengelakkan tabiat merokok serta menjalani pemeriksaan mata dengan kerap.

7 Makanan Yang Baik Untuk Menjaga Mata Anda

Ikan salmon sangat bagus untuk menjaga kesihatan mata. (Foto: Unsplash)

Selain daripada mengamalkan rutin dan latihan untuk menjaga mata, pemilihan makanan turut memainkan peranan penting untuk tingkatkan tahap kesihatan mata anda.

Nutrien seperti vitamin A, C dan E, zink dan asid lemak omega-3 bagus untuk melindungi mata serta memperlahankan masalah rabun bila usia semakin lanjut.

Amalkan 7 makanan ini untuk tingkatkan kesihatan mata seperti:

#1. Ikan

Ikan berlemak seperti salmon dan tuna, kaya dengan omega-3 dapat bantu mengatasi mata kering dan mengurangkan gangguan penglihatan

#2. Sayur-sayuran

Sayur seperti bayam yang mengandungi vitamin C dan lutein sangat bagus untuk mata anda.

#3. Telur

Telur dapat beri sumber vitamin sihat seperti C,E, lutein serta zeaxanthin.

#4. Buah sitrus

Amalkan pemakanan buah oren, lemon yang tinggi dengan vitamin C

#5. Kacang dan biji benih

Badam dan biji bunga matahari adalah contoh terbaik kerana kaya dengan vitamin E.

#6. Ubi keledek

Ubi keledek pula kaya dengan vitamin A, vitamin C dan lutein.

#7. Produk tenusu

Susu dan yogurt dapat membekalkan vitamin A dan zink yang sangat diperlukan oleh mata kita.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Jangan Ambil Mudah Bila Sentuh Makanan Laut Mentah, Kajian Ini Jelaskan Sebabnya | TRP

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Jelaskan Perbezaan Antara Susu Segar, Low-Fat & Skim | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd