Ada Dapat E-mel Dari ‘LHDN’? Hati-Hati Mungkin Boleh Jadi Cubaan Scam
E-mel konon dari HASIL berkenaan telah meminta penerima menyerahkan dokumen tertentu dalam tempoh 72 jam dari tarikh notis bagi mengelakkan penalti dan hukuman penjara.
- E-mel palsu kononnya dari LHDN menuntut penerima patuh dalam 72 jam atau hadapi penalti dan penjara.
- E-mel penipuan boleh dikenal pasti melalui alamat e-mel meragukan yang tidak berakhir dengan @hasil.gov.my.
- LHDN mengingatkan orang ramai agar periksa URL, elak klik pautan mencurigakan, dan pastikan laman web menggunakan "https://".
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tidak dapat dinafikan bahawa penipuan atau scam sering berlaku terhadap orang ramai, termasuklah menerusi kaedah yang tidak dijangka.
Lebih menggusarkan lagi apabila pihak tidak bertanggungjawab ini mula menemui cara alternatif yang lebih ‘meyakinkan’ untuk melakukan penipuan.
Seperti yang dilaporkan baru-baru ini, e-mel yang didakwa dihantar oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mungkin sebenarnya merupakan satu lagi taktik cubaan scam.
Baca Artikel Berkaitan: Scam Kad Bank Menerusi E-Mel, Ini Cara Kenal Pasti E-Mel Betul Atau Palsu
Baca Artikel Berkaitan: Taktik Baru Scammer Melalui Aplikasi Jual Beli Online, Wanita Hilang Hampir RM800
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemuda Dakwa Dipukau Scammer Melalui Call, Serah Semua Maklumat Peribadi Tanpa Sedar
E-Mel Kononnya Dari LHDN Dakwa Penerima Langgar Undang-Undang Cukai Pendapatan
Memetik laporan MalayMail, e-mel yang dihantar itu meminta pengguna untuk mengikut arahan yang ditetapkan dalam tempoh 72 jam bagi mengelak penalti termasuk hukuman penjara atas kesalahan tidak membayar cukai.
Katanya, seorang individu telah menerima dua e-mel berkenaan dalam tempoh beberapa hari dari alamat yang kelihatan sama.
Menurutnya, e-mel pertama yang diterima dengan subjek ‘Notis Tuntutan Cukai & Penalti (Akta 53)’ membuatkan ia kelihatan benar-benar dari pihak LHDN.
Kandungan e-mel tersebut mendakwa satu audit cukai LHDN mendapati syarikat penerima telah melanggar undang-undang cukai pendapatan dengan memberikan maklumat yang salah atau melakukan cubaan untuk mengelak cukai.
Tambahnya lagi, syarikat tersebut perlu menyerahkan dokumen yang diperlukan, termasuk kenyataan bank dan kewangan, dalam tempoh 72 jam dari tarikh notis.
“Sekiranya gagal mematuhi dalam tempoh 72 jam, LHDN akan menggunakan Seksyen 113(2) & 114(1) – penalti sehingga 300% daripada cukai yang terkurang bayar serta hukuman penjara sehingga 5 tahun (seperti yang termaktub dalam Akta Kewangan (Pindaan) 2004). Pihak berkuasa juga boleh membekukan kredit cukai perniagaan anda,” tertulis pada notis.
Apa yang lebih meyakinkan lagi adalah, e-mel tersebut turut disertakan dengan alamat e-mel dan nombor telefon pegawai LHDN yang kononnya menghantar notis palsu berkenaan.

E-Mel Konon Dari LHDN Dakwa Penerima Tak Isytihar Pendapatan
Menerusi e-mel kedua yang turut menggunakan tajuk hampir serupa, individu tersebut didakwa tidak mengisytiharkan pendapatannya dan turut diberi tempoh 72 jam untuk menyerahkan dokumen berkaitan.
Katanya, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan individu terbabit berpotensi dikenakan penalti sehingga 200% daripada cukai yang terkurang bayar dan penjara tiga tahun.
E-mel ini turut menyediakan butang hijau yang akan membawa pengguna kepada satu laman web palsu yang menyerupai laman web rasmi LHDN.
Dapat dilihat bahawa kedua-dua notis ini mewujudkan rasa mendesak dengan menetapkan tempoh 72 jam tersebut.
Namun jika diperhatikan secara teliti, kedua-dua e-mel ini boleh dikenal pasti sebagai percubaan penipuan kerana dihantar dari alamat yang meragukan iaitu enforcementhasil.gov.my@mg-hgf.com dan lhdn_compliancehasil.gov.my@drhhfg.com.

Pastikan E-Mel Diterima Dari Alamat Rasmi LHDN
Sebagai info, e-mel rasmi LHDN hanya dihantar dari alamat domain yang berakhir dengan @hasil.gov.my, manakala laman web rasmi LHDN pula ialah https://www.hasil.gov.my/.
LHDN juga sering mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan penipuan di akaun Facebook rasminya dan di laman webnya [DI SINI].
Malah, LHDN pada 25 Mei telah memuat naik hantaran yang meminta orang ramai agar berwaspada dengan penipuan yang kelihatan sama dengan dua e-mel di atas.
Dalam pada itu, LHDN mengingatkan orang ramai agar menjalankan langkah berjaga-jaga apabila menerima e-mel yang meragu-ragukan termasuk:
- Periksaa URL sebelum klik
- Elakkan klik pautan daripada sumber tidak dikenali
- Pastikan terdapat “https://” pada URL laman web
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tak Tahu Apa Nak Buat Bila Kena Scam? Ini Nombor Yang Boleh
Baca Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Wang Dipulangkan Semula Lepas Lakukan 20 Transaksi Bank Pada Scammer
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Dedah Bagaimana Scammer Berjaya Akses Data Peribadi Mangsa Dalam Telefon Bimbit
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.