Tak Perlu Pasang Penghawa Dingin! Isi Air Dalam Labu Sayong Dah Boleh Kurangkan Bahang Bilik
Kajian oleh Universiti Sains Malaysia telah membuktikan labu sayong boleh kurangkan suhu bilik sehingga tiga darjah celsius.
- Labu sayong boleh sejukkan bilik kerana liang halus pada tanah liatnya menyerap dan menyejatkan air, menyerap haba dari udara.
- Kajian USM membuktikan labu sayong boleh kurangkan suhu bilik sehingga tiga darjah celsius dengan sistem pengudaraan lain.
- Selain labu sayong, gunakan lampu LED, mist air cooler, exhaust fan atau kurangkan peralatan elektrik untuk sejukkan bilik.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Panas betul cuaca semenjak dua hari ini, kipas dah pasang kelajuan maksimum pun bilik masih terasa bahang.
Nak pasang penghawa dingin untuk kurangkan rasa kepanasan bilik takut bil elektrik naik pula.
Tapi sebenarnya ramai tak tahu ada cara lain lebih murah dan mudah untuk sejukkan bilik kita dan jawapannya mungkin tidak seperti yang anda bayangkan.
Baca Artikel Berkaitan: “Nampak Kecil Tapi Kesannya Besar” – Pakar Psikologi Kongsi Kesan Cuaca Panas Terhadap Kesihatan Mental | TRP
Sebenarnya Orang Dulu-Dulu Dah Tahu Cara Kurangkan Bilik Panas
Tular di Threads, seorang pengguna (@niisakmrdin) berkongsi, “kalau rumah panas, beli lah labu sayong, letak dalam rumah. Nanti rumah jadi sejuk.”
View on Threads
Untuk pengetahuan umum, labu sayong adalah bekas air berbentuk labu yang diperbuat daripada tanah liat berasal dari daerah Sayong kira-kira 10 kilometer dari Kuala Kangsar, Perak menjadi sebahagian daripada warisan kraf tangan dan budaya Malaysia.
Proses pembuatannya pun unik dan sangat teliti kerana labu sayong tradisional diperbuat daripada tanah liat yang dibentuk dengan tangan dan kemudian diukir dengan motif tradisional seperti bunga tanjung dan pucuk buluh.

Kemudian, ia akan dibakar pada suhu antara 850 hingga 900 darjah celsius menggunakan kayu atau buluh sebagai bahan bakar sebelum disejukkan sekitar 450 hingga 500 darjah celsius.
Selepas itu, ia diletakkan dalam sekam padi untuk proses penghitaman semula jadi untuk menghasilkan warna hitam gelap yang menjadi ciri uniknya.
Tetapi Bagaimana Labu Sayong Boleh Sejukkan Rumah?

Rahsianya terletak pada liang halus di permukaan tanah liat labu sayong.
Liang-liang ini akan menyerap air dan meresapkannya ke permukaan labu. Apabila air dalamnya menyejat, ia menyerap haba dari udara sekeliling dan proses inilah yang dapat menurunkan suhu udara di dalam bilik secara semula jadi.
Bila lebih banyak air diisi ke dalam labu, kesan penyejukan menjadi lebih kuat kerana air mempunyai muatan haba yang tinggi bermakna ia boleh menyerap lebih banyak haba.
Menariknya terdapat satu kajian daripada Universiti Sains Malaysia, membuktikan bahawa labu sayong boleh mengurangkan suhu bilik sehingga tiga darjah celsius apabila digunakan bersama sistem pengudaraan yang lain.
Kaedah Penyejukan Evaporative Cooling Window System
Memetik laporan dari USM, mereka telah mengadaptasi prinsip penyejukan labu sayong ke dalam satu sistem yang lebih maju iaitu Evaporative Cooling Window System atau ECWS.
Sistem ini menggunakan panel tanah liat seperti labu sayong yang sentiasa dibasahkan dan dipasang ke dalam bingkai tingkap. Kemudian, kipas berkuasa solar menarik udara panas dari luar melepas panel tingkap tersebut.
Apabila udara panas melepasi panel tersebut, proses penyejatan menyerap haba dari udara sebelum ia masuk ke dalam bilik menghasilkan suhu bilik lebih rendah tanpa menggunakan penghawa dingin merendahkan bil elektrik rumah anda.
Ini 5 Tips Mudah Untuk Kurangkan Rasa Bahang Di Bilik

Selain daripada menggunakan labu sayong, anda juga boleh guna beberapa kaedah mudah seperti ini:
#1. Gunakan lampu LED
Lampu LED tidak mengeluarkan haba yang panas berbanding jenis lampu lain selain itu ia boleh jimatkan penggunaan elektrik juga.
#2. Mist air cooler
Penghawa dingin boleh menyebabkan bil elektrik naik, sebaliknya anda boleh beli mist air cooler yang memberi efek seperti penghawa dingin dengan kos lebih jimat.
#3. Guna exhaust fan
Selalunya exhaust fan akan dipasang di dapur sebab fungsinya untuk menyedut dan buang haba panas di ruang itu.
Apa kata anda pasang di bilik tidur untuk kurangkan rasa bahang itu dan kosnya tidak mahal pun.
#4. Sembur air sejuk di ruang udara
Antara cara paling mudah untuk menyejukkan bilik bahang dengan mengisi botol air dengan air sejuk.
Kemudian, anda semburkannya di ruang udara untuk menyejukkan bilik dengan cepat.
#5. Kurangkan penggunaan peralatan elektrik yang mengeluarkan haba
Ramai sering terlepas pandang tentang perkara ini sebenarnya kerana ramai tidak tahu kebanyakan peralatan elektrik boleh mengeluarkan haba panas menyebabkan bilik terasa bahang.
Sebaliknya, kurangkan peralatan elektrik yang tidak diperlukan dalam ruang tidur.
Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Berpotensi Hadapi El Nino Paling Panas, Gelombang Haba Cecah 40°C | TRP
Baca Artikel Berkaitan: “Negara 4 Musim Pun Terkesan” – Pakar Fizik Dedah Kenapa Malaysia Sangat Panas Waktu ini | TRP
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.