Kes Jaslinda Sesat: Doktor Kongsi Komplikasi Boleh Dialami Oleh Tubuh Badan Tanpa Nutrisi Yang Cukup
Apabila tubuh badan tidak menerima nutrisi dalam jangka masa panjang, ia akan mula membakar lemak untuk ditukar menjadi tenaga.
- Tubuh manusia boleh bertahan tiga minggu tanpa makanan, tetapi hanya tiga hari tanpa air sebelum organ berhenti berfungsi.
- Tiga fasa kritikal berlaku tanpa makanan: dehidrasi, simpanan glukosa habis, dan ketosis penuh yang paling berbahaya.
- Refeeding Syndrome boleh berlaku apabila mula makan semula selepas lama berlapar, berisiko menyebabkan kegagalan jantung.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, telah selamat ditemukan pada 6 Jun lalu selepas 14 hari tersesat di dalam hutan di Gunung Batu Putih di Tapah, Perak.
Dia kali terakhir dilihat pada 24 Mei lalu ketika dalam ekspedisi Trans Spencer Chapman bersama-sama 13 individu lain dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP).
Jaslinda akhirnya diselamatkan oleh dua Orang Asli, Nazri a/l Bah Eng dan Bah Roslan Bah Sulpok, di kawasan lata air terjun Sungai Woh sebelum dibawa pulang ke Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh.
Memetik laporan media, wanita itu dianggarkan kehilangan hampir 10 kilogram berat badan sepanjang tempoh tersesat.
Dikatakan Jaslinda tidak makan apa-apa selama tempoh sesat dan hanya minum air berwarna hitam, termasuklah dari dalam tumbuhan periuk kera.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: Apa Perlu Buat Kalau Anda Sesat Dalam Hutan Seorang Diri?
Baca Artikel Berkaitan: Raih 6.4 Juta Views, Lelaki Ini Dedah ‘Spot’ Yang Perlu Dielak Waktu Masuk Hutan. Bahaya!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Dedah Kenapa Tak Boleh Pakai Minyak Wangi Ketika ‘Hiking’
Doktor Perjelas 3 Fasa Boleh Berlaku Pada Tubuh Badan Ketika Sesat Tanpa Sumber Makanan & Minuman
Mengulas mengenai perkara itu, pegawai perubatan di Klinik Medina Kuala Nerus, Terengganu, Dr Mashitah Ismail, berpendapat Jaslinda mampu bertahan kerana mempunyai sumber air untuk minum dan memiliki tahap ketahanan mental yang tinggi.
Beliau berkata, tubuh badan manusia boleh bertahan tiga minggu tanpa makanan, tetapi akan berhenti fungsi jika tiga hari tidak minum. Katanya lagi, kekuatan mental amat penting memandangkan perasaan panik boleh mempercepatkan dehidrasi.
Dalam pada itu, Dr Mashitah menjelaskan fasa kritikal yang mungkin dilalui oleh Jaslinda akibat ketiadaan sumber makanan ketika sesat di dalam hutan selama tempoh tersebut.
Fasa 1: Dehidrasi
Menurutnya, dalam tempoh masa satu ke tiga hari selepas seseorang sesat tanpa sumber air, antara komplikasi yang boleh berlaku ialah dehidrasi.
Apatah lagi dengan situasi dalam hutan tropika, dehidrasi boleh bermula selepas beberapa jam yang boleh dikenal pasti menerusi sipmtom seperti mulut kering, pening dan air kencing berwarna gelap.
Dehidrasi yang tidak dirawat seterusnya boleh menyebabkan tekanan terhadap organ.
“Dalam 48 ke 72 jam tanpa air, organ dah mula alami stres teruk. Sebab tu dalam survival, cari air dulu sebelum makanan,” katanya.
Fasa 2: Simpanan Glukosa Dalam Hati Habis
Tambah Dr Mashitah, salah satu komplikasi yang boleh berlaku apabila ketiadaan sumber makanan ialah simpanan glukosa dalam hati yang habis dalam tempoh 12 ke 24 jam pertama.
Dalam keadaan ini, beliau berkata tubuh badan akan mula membakar lemak untuk ditukarkan kepada tenaga.
“Tapi pada masa sama, otot pun mula dipecahkan sikit demi sikit. Badan jadi lemah, suhu mula turun,” jelasnya.
Fasa 3: Ketosis Penuh
Fasa ketiga pula yang bermula pada hari ketiga hingga ke-15 tanpa sumber makanan adalah yang paling berbahaya.
Dalam fasa yang dikenali sebagai ketosis ini, tubuh badan akan bergantung sepenuhnya kepada lemak untuk mendapatkan tenaga berbanding glukosa.
Dr Mashitah berkata ketika ketosis, otak akan menggunakan ketone yang dibebaskan dalam proses pembakaran lemak dalam hati sebagai sumber tenaga utama.
Dalam masa sama, defisit nutrisi yang teruk akan membuatkan otot ‘dipecahkan’, seterusnya menyebabkan buah pinggang terpaksa bekerja dengan lebih keras.
Menjelaskan lebih lanjut, Dr Mashitah berkata keadaan ini boleh menyebabkan kadar degupan jantung yang tidak menentu dan ketidakseimbangan elektrolit, situasi yang amat berbahaya terutamanya buat pesakit diabetes dan darah tinggi.
“Kalau ada diabetes terutama Jenis 1 yang guna insulin, risiko Diabetic Ketoacidosis (DKA) kritikal. Pesakit darah tinggi yang makan ubat pula, tekanan boleh jadi terlalu rendah dan bukannya tinggi,” katanya.
View on Threads
Individu Lama Berlapar Boleh Alami Refeeding Syndrome
Memetik Buletin TV3, Jaslinda telah diberi makanan termasuk mi segera, nasi lauk ayam dan ikan tenggiri serta sambal petai, selepas diselamatkan dan dibawa pulang ke penempatan Orang Asli berkenaan.
Namun, Dr Mashitah mengingatkan orang ramai mengenai Refeeding Syndrome yang boleh berlaku apabila seseorang mula makan semula selepas terlalu lama menahan lapar dan berisiko menyebabkan kegagalan jantung.
Katanya, seseorang yang sudah tidak makan selama 15 hari perlu mula makan di bawah pengawasan doktor.
Berdasarkan Cleveland Clinic, Refeeding Syndrome terjadi kerana telah berlakunya perubahan di dalam tubuh badan yang tidak menerima nutrisi setelah sekian lama. Ini termasuklah kadar metabolisme yang berkurangan sehingga 20%.
Antara individu yang berdepan risiko Refeeding Syndrome adalah:
- Telah kehilangan lebih dari 10% berat badan.
- Kekurangan makanan lebih tujuh hari serta jelas kelihatan tertakan dan keletihan.
- Mengalami gangguan pemakanan seperti anorexia nervosa dan bulimia nervosa.
- Gangguan malabsorpsi seperti pankreatitis kronik dan penyakit radang usus.
Baca Artikel Berkaitan: Baru Nak Berjinak Dalam Aktiviti Hiking? Ini Tips Pilih 3 Jenis Kasut Sesuai
Baca Artikel Berkaitan: Nak Cuba Hobi Baru? Wanita Ini Kongsi Pengalaman ‘Trekking’ Dalam Hutan Simpan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Hiking Bagus Untuk Otak & Emosi? Pakar Jelaskan Sebabnya
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.