[Video] Kerajaan Belanja Hingga RM1,700 Sesaat Untuk Subsidi Petrol – Penasihat Ekonomi PMO
Penasihat Ekonomi Pejabat Perdana Menteri, Nurhisham Hussein, menjelaskan kesan ekonomi akibat konflik Asia Barat di Malaysia dapat dirasai dalam tiga gelombang, yang bermula dengan kekurangan bekalan petrol.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Konflik di rantau Asia Barat masih lagi berlangsung sejak tercetusnya perang antara Republik Islam Iran dan Amerika Syarikat selepas satu operasi dilancarkan oleh AS bersama Israel pada 28 Februari.
Situasi itu menyebabkan berlakunya gangguan pada rantaian bekalan petrol apabila pergerakan di Selat Hormuz terbatas, sehingga harga petrol dunia naik dengan mendadak.
Malaysia turut terkesan dengan peningkatan harga petrol ini sehingga kerajaan terpaksa menanggung jumlah subsidi yang tinggi, khususnya bagi RON95.
Baca Artikel Berkaitan: AS & Israel Serang Iran, Ini Apa Yang Kita Perlu Tahu
Baca Artikel Berkaitan: “Cukai Mungkin Naik” – Prof Jomo Kwame Perjelas Impak Krisis Iran-AS Terhadap Malaysia
Bekalan Petrol Tidak Akan Stabil Serta-Merta, Perlukan Sehingga 6 Bulan
Dalam sesi podcast The Breakfast Grille oleh BFM, Penasihat Ekonomi Pejabat Perdana Menteri (PMO), Nurhisham Hussein, menjelaskan tentang kesan konflik Asia Barat terhadap ekonomi di Malaysia.
Dari segi bekalan petrol, beliau berkata negara akan mengambil masa sehingga enam bulan selepas perang tamat sebelum bekalan dapat diseimbangkan semula.
Katanya, kesan positif daripada penamatan perang tidak akan dirasai serta-merta kerana bekalan petrol di Asia Barat ditutup buat sementara waktu dan memerlukan sekitar tiga buan untuk bekalan kembali stabil.
Malah tambahnya lagi, terdapat ribuan kapal yang tersangkut di Selat Hormuz, yang memerlukan masa sekitar dua ke tiga bulan untuk dibawa keluar.
Baca Artikel Berkaitan: Siapa Nurhisham Hussein? Ahli Ekonomi PMO Yang Beri Amaran Krisis Bekalan Malaysia
Penasihat Ekonomi Perjelas 3 Gelombang Kesan Ekonomi Di Malaysia
Nurhisham berkata kesan ekonomi akibat konflik Asia Barat di Malaysia dapat dirasai dalam tiga gelombang.
Gelombang 1: Kekurangan Bekalan Petrol
Pertama adalah yang sedang dihadapi negara sekarang, iaitu kekurangan bekalan minyak sehingga menyebabkan peningkatan harga petrol.
Gelombang 2: Gangguan Produk Petrokimia
Namun ia tidak akan terhenti di situ sahaja, sebaliknya beliau berkata situasi ini juga akan memberi kesan terhadap produk petrokimia dalam gelombang kedua.
“Saya tidak faham betapa banyaknya ekonomi kita bergantung kepada petrokimia. Ia hampir merangkumi segala-galanya.
“Seluruh ekonomi kita bergantung kepada plastik, nilon, polyester dan sebagainya yang digunakan dalam komestik, produk kebersihan. 70% daripada kereta sebenarnya diperbuat daripada plastik,” katanya.
Katanya, negara dianggarkan akan berdepan dengan kekurangan produk petrokimia bermula Jun berdasarkan kepada bekalan bahan mentah yang terdapat.
Gelombang 3: Tekanan Bekalan Makanan
Gelombang ketiga pula bakal menyaksikan tekanan bekalan makanan bermula hujung 2026 yang disebabkan oleh kekurangan bekalan baja, sekiranya peperangan di rantau itu masih berlangsung.
Baca Artikel Berkaitan: Benarkah Sumber Plastik Berkurangan Disebabkan Oleh Konflik Asia Barat?
Kerajaan Belanja Hingga RM1,700 Sesaat Bagi Subsidi Petrol
Mengulas lanjut, Nurhisham berkata kerajaan membelanjakan sekitar RM1,500 ke RM1,700 sesaat bagi subsidi petrol yang bersamaan kira-kira RM140 juta setiap hari.
Namun nilai ini sebenarnya telah menunjukkan pengurangkan berbanding belanja subdisi bagi April yang mencecah RM2,300 setiap saat atau RM200 juta sehari.
Apabila ditanya, beliau menjelaskan bahawa perbelanjaan bagi subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan adalah diambil daripada bayaran cukai rakyat.
“Dalam konteks subsidi, setiap ringgit yang dikeluarkan bagi subsidi datang daripada seseorang,” katanya.
Belanjawan Perlu Disesuaikan, Kerajaan Terpaksa Potong Perbelanjaan Tertentu
Nurhisham berkata perlembagaan menetapkan bahawa akaun semasa negara perlulah kekal seimbang, yang bermakna perbelanjaan operasi tidak boleh melebihi pendapatan kerajaan.
Dalam masa sama, beliau menjelaskan bahawa belanjawan negara juga perlu disesuaikan dari segi perbelanjaan untuk mengambil kira peningkatan yang mendadak bagi subsidi.
Katanya, kerajaan terpaksa membuat potongan perbelanjaan terhadap industri tertentu termasuk pembangunan luar bandar, kesihatan dan pendidikan bagi berdepan krisis yang sedang berlangsung ini.
Tonton podcast penuh di bawah.
Kerajaan Cadang Tarik Subsidi Golongan Kaya
Sebelum ini, kecoh apabila kerajaan dikatakan bercadang untuk mengurangkan lagi kuota BUDI 95 kepada 150 liter selepas dikurangkan kepada 200 liter berbanding kuota asal 300 liter akibat kenaikan harga bahan api global.
Walaupun begitu, harga subsidi masih dikekalkan pada kadar RM1.99 seliter meskipun negara berdepan krisis bahan api global.
Dalam masa sama, media melaporkan kerajaan turut meneliti cadangan untuk mengecualikan golongan berpendapatan tinggi daripada subsidi petrol RON95 sepenuhnya.
Namun ahli ekonomi, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, mencadangkan agar penarikan subsidi itu dimulakan dengan sub-kumpulan terkaya (T1).
Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Cadang Kurangkan Lagi Kuota BUDI95 Kepada 150 Liter
Baca Artikel Berkaitan: “Kerajaan Tak Perlu Tergesa-Gesa Laksana Subsidi Bersasar Sepenuhnya” — Prof Barjoyai
Baca Artikel Berkaitan: Kurangkan Kuota BUDI95, Inisiatif BDR Antara Langkah Kerajaan Dalam Berdepan Krisis Tenaga
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



