Now Reading
Paris Memang Cantik, Tetapi Dipenuhi Dengan Penyeluk Saku!

Paris Memang Cantik, Tetapi Dipenuhi Dengan Penyeluk Saku!

Perkongsian seorang pengguna Threads mengingatkan pelancong supaya lebih berhati-hati terutama di metro, tangga stesen dan kawasan sesak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Paris sering menjadi destinasi impian ramai, lebih-lebih lagi dengan pemandangan ikonik, kafe cantik dan suasana bandar romantik.

Namun di sebalik keindahan itu, Paris sangat terkenal dengan kes penyeluk saku yang kerap sangat berlaku terutama di kawasan tumpuan pelancong.

Menerusi Threads, pengguna @effareeza turut mengingatkan orang ramai bahawa penyeluk saku di Paris bergerak sangat pantas, terutama di kawasan seperti metro, tangga stesen dan tempat orang ramai.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pasangan Malaysia Ambil Masa 4 Bulan Pergi Paris Naik Motosikal

Sarung Beg Di Belakang Menjadikan Anda Sasaran Mudah

Elak sarung beg seperti ini di Paris. (Foto: Pexels)

Antara perkara yang ramai orang sering lakukan ketika melancong ialah menyarung beg di belakang.

Walaupun kelihatan biasa, cara ini boleh membuatkan beg lebih mudah menjadi sasaran kerana anda tidak nampak apa yang berlaku di bahagian zip atau poket belakang.

Sebab itu, ia dinasihatkan untuk mengalihkan beg ke bahagian depan badan apabila berada di kawasan ramai dan elakkan menyimpan dompet, pasport, telefon atau kad bank di ruang yang mudah dicapai.

Jangan Terlalu Leka Di Kawasan Sesak
Kawasan sesak seperti ini akan dipenuhi dengan penyeluk saku. (Foto: Business Insider / The Local France)

Penyeluk saku biasanya mengambil peluang ketika pelancong sedang leka.

Antara situasi yang perlu diberi perhatian seperti ketika beratur membeli tiket, masuk ke dalam kereta api, duduk di kafe atau melihat tarikan pelancong.

Dalam keadaan bersesak, sentuhan kecil seperti dilanggar, ditolak atau seseorang berdiri terlalu dekat mungkin nampak biasa tetapi ketika itulah barang boleh hilang tanpa disedari.

Tip seterusnya ialah pastikan beg sentiasa berzip, telefon tidak diletakkan di dalam poket depan dan dompet tidak disimpan di poket belakang.

Ini Antara Taktik Yang Selalu Digunakan
Antara taktik scam yang kerap berlaku. (Foto: Halal Will Travel / Corporate Travel Safety)

Tidak semua penyeluk saku mencuri dengan kaedah sama, ada juga menggunakan taktik gangguan.

Contohnya, seseorang mungkin datang bertanya arah, meminta tandatangan petisyen, menawarkan gelang, berpura-pura menjumpa barang atau sengaja menumpahkan sesuatu pada pakaian anda.

Ketika perhatian anda terganggu, rakan mereka akan pantas mengambil kesempatan untuk menyeluk beg atau poket.

Jadi, jika ada yang cuba menyentuh anda, sila beredar serta merta dan pastikan barang penting serta berharga masih berada di tempat selamat.

Tidak Semua Kawasan Di Paris Indah, Kawasan Seperti Ini Perlu Lebih Berhati-hati
Gare du Nord. (Foto: Paris Insiders Guide)

Selain itu, ada beberapa kawasan yang memerlukan perhatian dan berjaga-jaga terutama pada waktu malam.

Kawasan sekitar stesen besar seperti Gare du Nord dan Gare de l’Est sentiasa dipenuhi dengan orang serta kurang selesa pada waktu tertentu.

Tambahan pula, beberapa bahagian di 18th Arrondissement, berhampiran Barbès-Rochechouart, Porte de Clignancourt dan Porte de la Chapelle, perlu berhati-hati terutama pada waktu malam atau ketika bergerak seorang diri.

Ini tidak bermaksud kawasan tersebut mesti dielakkan sepenuhnya, tetapi pelancong perlu lebih peka dengan persekitaran dan elakkan memakai barang berharga.

Kawasan Yang Lebih Selesa Untuk Menginap
7th Arrondissement. (Foto: Paris Perfect)

Jika bimbang tentang keselamatan di Paris, pelancong boleh memilih beberapa kawasan yang sering dianggap lebih selesa seperti Le Marais, Saint-Germain-des-Pres, Latin Quarter dan 7th Arrondissement.

Kawasan ini selalunya ada ramai pengunjung, mempunyai akses pengangkutan awam yang baik, terang dan suasana lebih hidup pada waktu malam.

Peringatan ini bukan untuk menakutkan anda daripada melawat Paris. Sebaliknya, untuk memastikan perjalanan lebih lancar dan selamat terutama mereka yang pertama kali ke sana.

Tidak dinafikan, Paris memang sebuah bandar yang cantik, tetapi perlu berjaga-jaga dan peka dengan keadaan sekeliling untuk memastikan anda tidak menjadi mangsa seterusnya.

Baca Artikel Berkaitan: Melancong Ke Eropah Buat Kali Pertama? Ini Itinerari Beginner-Friendly

Baca Artikel Berkaitan: ‘Tour Guide’ Kongsi Pengalaman Kurang Senang Ketika Bawa Pelancong Malaysia Ke Paris


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd