Lebih Separuh Rakyat Malaysia Pilih Insurans Berdasarkan Kualiti Servis, Bukan Lagi Harga
Pengalaman pelanggan kini menjadi faktor penting untuk mengekalkan kepercayaan mereka kepada syarikat insurans.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Memilih insurans hari ini bukan lagi sekadar mencari bayaran bulanan yang kena dengan bajet bulanan kita.
Bagi pengguna, keseluruhan pengalaman memainkan peranan penting dari proses pembayaran, pembaharuan polisi, tuntutan serta kaedah masalah diselesaikan apabila berlakunya gangguan.
Menurut laporan dari Adyen Malaysia, kualiti perkhidmatan menjadi faktor utama rakyat Malaysia hari ini ketika memilih penyedia insurans dengan kadar 51%, diikuti reputasi jenama sebanyak 39% dan manakala, soal harga pula berada pada kadar 29% menunjukkan pengguna kini menilai pengalaman, bukan kos semata-mata.
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi 8 Perkara Yang Medical Card Tak Tanggung Dalam Bil Hospital
Setiap Generasi Ada Keutamaan Masing-Masing

Dalam laporan ini menunjukkan keutamaan pengguna berbeza mengikut generasi.
Bagi gen Baby Boomers, reputasi sebuah jenama menjadi faktor utama, manakala Gen X lebih memberi perhatian kepada harga pakej insurans.
Bagi gen Milenial, reputasi jenama masih dipertimbangkan dan diikuti dengan pilihan menggabungkan semua polisi dalam satu tawaran.
Sementara itu, Gen Z turut melihat kepada reputasi jenama, namun cadangan daripada rakan atau keluarga turut mempengaruhi keputusan mereka.
Perbezaan ini menunjukkan syarikat insurans tidak lagi boleh bergantung kepada satu pendekatan yang sama untuk semua pelanggan.
Proses Manual Menjadi Cabaran Menghalang Kepuasan Pengguna

Dalam dunia pasca teknologi, pengguna hari ini mahukan pengalaman yang lebih mudah dan pantas di hujung jari mereka dan proses manual masih banyak digunakan dalam industri insurans.
Berdasarkan laporan sama, 74% penanggung insurans masih memproses pembayaran secara manual, manakala 67% sedang berusaha mendigitalkan serta melancarkan sistem pembayaran.
Kebergantungan kepada proses manual boleh menyebabkan isu seperti kelewatan mengenal pasti transaksi gagal, semakan berulangan dan kos operasi lebih tinggi untuk meneruskan sistem manual.
Perkara ini penting kerana jika bayaran gagal dan lambat dikesan, pengguna berisiko terlepas sebarang pembaharuan polisi serta hilang kepercayaan kepada jenama insurans tersebut.
Sebarang Kegagalan Boleh Menjejaskan Pengalaman Pelanggan
Menurut Adyen, sebelum ini syarikat insurans biasanya mengemas kini butiran kad secara berkumpulan. Hari ini, kehadiran teknologi seperti Real Time Account Updater membolehkan butiran kad dikemas kini dengan pantas melalui semakan bersama Visa dan Mastercard sebelum pembayaran dilakukan.
Dengan sistem moden ini, syarikat insurans boleh mengurangkan kerja manual, menyelesaikan isu dengan lebih cepat serta mengurangkan risiko menjejaskan pengalaman pelanggan.
Kecerdasan Buatan (AI) Dan Data Menjadi Satu Keperluan Untuk Masa Depan Insurans

Dalam laporan sama, Adyen menyatakan hanya sebahagian syarikat insurans menggunakan alat berasaskan AI walaupun 66% percaya pelaburan dalam AI diperlukan untuk kekal bersedia menghadapi ancaman yang semakin berkembang.
Pada masa sama, 74% syarikat insurans menjangkakan mereka akan bergerak seiring dengan kemajuan teknologi hari ini untuk pelanggan menjelang 2030.
Ini menunjukkan industri sedang bergerak ke arah sistem yang lebih bersepadu dan berpandukan data.
Pengalaman Hari Ini Menjadi Ukuran Untuk Kepercayaan

Secara keseluruhan, laporan ini menunjukkan pengalaman pelanggan menjadi ukuran penting dalam industri insurans.
Pengguna bukan sahaja mahu polisi yang sesuai, tetapi proses mudah, bayaran lancar serta penyelesaian masalah dengan cepat.
Cabaran untuk syarikat insurans hari ini bukan sekadar menawarkan produk perlindungan tetapi memastikan pengguna terasa lebih mudah, konsisten dan boleh dipercayai dengan servis mereka.
Baca Artikel Berkaitan: KPDN Perkenal Pakej RAHMAH Insurans Serendah RM5 Sebulan
Baca Artikel Berkaitan: Ahli KWSP Kini Boleh Pindahkan Simpanan Kepada Isteri & Anak Menerusi i-Legasi
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.