Hari Guru 2026: Batik Air Tawar Promosi Eksklusif Buat Para Pendidik
Tawaran ini sah untuk tempahan bermula hari ini sehingga 15 Jun 2026 bagi tempoh perjalanan sehingga 30 November 2026.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Batik Air mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di Malaysia sebagai tanda penghargaan terhadap dedikasi, komitmen dan jasa mereka dalam membentuk generasi masa depan serta memperkukuhkan komuniti.
Bersempena tema Hari Guru kebangsaan tahun ini, “Guru Bitara, Nadi Negara” yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, syarikat penerbangan itu turut memperkenalkan promosi perjalanan khas eksklusif untuk para guru.
Menerusi kempen tersebut, warga pendidik boleh menikmati diskaun sehingga 15% untuk tambang Economy Value dan sehingga 30% bagi tambang Economy Flexi dengan menggunakan kod promosi FLYGURUBITARA.
Tawaran ini sah untuk tempahan bermula hari ini sehingga 15 Jun 2026 bagi tempoh perjalanan sehingga 30 November 2026.
Guru-guru boleh menebus promosi tersebut dengan memasukkan kod promosi ketika membuat tempahan menerusi laman rasmi Batik Air. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara membuat tempahan, layari Batik Air Hari Guru.

Sebagai sebahagian daripada sambutan itu, pengumuman khas dalam penerbangan turut akan dilakukan di beberapa penerbangan terpilih hari ini bagi meraikan guru-guru yang menaiki penerbangan Batik Air.
Inisiatif tersebut bertujuan memberikan sentuhan lebih peribadi sepanjang perjalanan sambil menonjolkan kepentingan profesion perguruan dalam kehidupan seharian.
Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Chandran Rama Muthy berkata, golongan pendidik memainkan peranan penting bukan sahaja dalam membentuk generasi masa depan, malah menyumbang kepada kekuatan dan kemajuan masyarakat.
“Dedikasi, tunjuk ajar dan komitmen mereka memberi impak yang berkekalan jauh melangkaui bilik darjah, termasuk mempengaruhi pemimpin, inovator dan pencetus perubahan masa depan.
“Sempena Hari Guru ini, Batik Air dengan bangganya menghargai sumbangan tidak ternilai para pendidik di seluruh negara dan kami berharap inisiatif khas ini dapat menjadi tanda penghargaan bermakna atas usaha berterusan mereka dalam membina masa depan masyarakat yang lebih cerah,” katanya.

Batik Air turut mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik atas segala jasa dan impak besar yang dicurahkan setiap hari.
Untuk maklumat lanjut dan merancang perjalanan seterusnya, muat turun aplikasi mudah alih Batik Air atau layari Batik Air.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.