Now Reading
Sambung Bayar Kereta Memang Murah, Tetapi Ia Juga Datang Dengan Risikonya

Sambung Bayar Kereta Memang Murah, Tetapi Ia Juga Datang Dengan Risikonya

Pembeli berisiko kehilangan duit, deposit dan kereta jika berlaku pertikaian kerana urusan itu tidak dilindungi secara rasmi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tawaran sambung bayar kereta sering nampak seperti jalan mudah, terutama buat mereka yang mahu memiliki kenderaan tanpa melalui proses pinjaman bank yang panjang.

Biasanya, tawaran ini datang dengan ayat menarik seperti deposit rendah, bayaran bulanan mampu milik dan kereta boleh terus digunakan.

Namun dalam kebanyakan kes, urusan ini sangat berisiko kerana kereta tersebut masih belum menjadi milik anda secara sah.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kereta Ditinggalkan Berbulan-bulan Di Kawasan Parkir Awam, Lelaki Minta Tindakan Diambil | TRP

Faham Dulu Konsep Sambung Bayar

Konsep sambung bayar salah di sisi undang-undang. (Foto: Illinois Insurance Center)

Sambung bayar merujuk kepada urusan tidak rasmi apabila pemilik asal kereta membenarkan individu lain mengambil alih bayaran ansuran bulanan.

Pembeli biasanya membayar deposit kepada pemilik asal, kemudian meneruskan bayaran bulanan seperti yang dipersetujui.

Masalahnya timbul apabila tiada pertukaran hak milik rasmi dibuat melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyebabkan kereta tersebut masih kekal di bawah nama pemilik asal.

Kereta Masih Milik Bank Selagi Pinjaman Belum Selesai
Kereta sambung bayar masih dimiliki oleh pemilik asal. (Foto: CNBC)

Jika kereta itu masih mempunyai pinjaman aktif, kereta itu secara sah masih berada di bawah pemilikan institusi kewangan sehingga pinjaman selesai sepenuhnya.

Maksudnya, pemilik asal tidak boleh sesuka hati menyerahkan atau menjual kereta tersebut kepada orang lain tanpa kebenaran pihak bank walaupun pembeli sudah membayar ansuran selama berbulan-bulan.

Hak milik kereta masih tidak berpindah secara sah.

Sambung Bayar Boleh Jadi Kesalahan Di Bawah Akta Sewa Beli
Undang-undang Malaysia. (Foto: Azmi & Associates)

Urusan ini bercanggah di bawah Hire Purchase Act 1967. Di bawah Seksyen 38 akta tersebut, menjual atau melupuskan barangan yang masih berada di bawah sewa beli tanpa kebenaran adalah satu kesalahan.

Jika sabit kesalahan, individu terlibat boleh dikenakan denda sehingga RM30,000, penjara, sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Risiko Kepada Pembeli & Pemilik Asal

Bagi pembeli, risiko paling besar ialah kereta itu bukan milik mereka secara sah.

Jika berlaku pertikaian, pembeli boleh mengalami kerugian seperti kehilangan deposit, bayaran bulanan dan kereta tersebut.

Lebih membimbangkan, bank masih berhak menarik semula kereta jika bayaran pinjaman tertunggak.

Bagi pemilik asal, hutang bank masih kekal atas nama mereka walaupun kereta sudah digunakan orang lain dan jika gagal membuat bayaran, rekod kredit boleh terjejas serta bank akan mengenakan tindakan kepadanya.

Tetapi Kenapa Masih Ramai Tertarik Untuk Sambung Bayar?
Beli Kereta Di Tempat Yang Sepatutnya. (Foto: Autobuzz)

Dalam kata mudah, proses ini lebih mudah dan murah berbanding proses pembelian kereta.

Tawarannya juga sering muncul dan pada awalnya kelihatan seperti penyelesaian pantas.

Tetapi masalah boleh berlaku dan jika pemilik asal lari atau tidak dapat dihubungi, siapa yang tanggung kerugian tersebut? Kemungkinan anda yang sedang membawa kereta itu.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Apa Sebenarnya Tujuan Panaskan Enjin Kereta Sebelum Gerak? Ini Kata Pakar | TRP

Baca Artikel Berkaitan: [Video] 5 ‘Common Sense’ Bila Tumpang Kereta Rakan & Orang Lain, Jangan Ambil Mudah! | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd