Now Reading
“When Everything Is Public, I Want To Limit” — Vivy Yusof Perkenal Konsep Private Era. Tapi Berbaloi Ke? [Review]

“When Everything Is Public, I Want To Limit” — Vivy Yusof Perkenal Konsep Private Era. Tapi Berbaloi Ke? [Review]

Menurut Vivy, keseluruhan projek itu sebenarnya dirahsiakan selama lebih setahun sebelum diumumkan kepada orang ramai.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Vivy Yusof merupakan antara usahawan fesyen paling berpengaruh di Malaysia.

Selepas membina nama menerusi beberapa jenama dan perniagaan sebelum ini, Vivy kini tampil dengan projek terbaharunya iaitu jenama beg tangan Private Era.

Namun kali ini, pendekatan yang dibawakan dilihat sedikit berbeza.

Jika sebelum ini banyak jenama fesyen lebih memfokuskan kepada trend semasa, akses mudah dan strategi “mass market”, Private Era pula tampil dengan konsep yang lebih eksklusif, minimal dan refined di mana sesuatu yang menurut Vivy lebih dekat dengan identiti dirinya sendiri pada hari ini.

Malah, jenama ini juga dilihat sebagai refleksi kepada fasa baharu hidup dan perjalanan peribadinya.

“When Everything Is Public, I Want To Limit”

Dalam dunia fesyen hari ini, kebanyakan jenama berlumba-lumba mahu menjadi trendy, mudah diakses dan cepat viral di media sosial.

Tetapi bagi Vivy Yusof, beliau memilih untuk bergerak ke arah yang bertentangan.

Menerusi satu perkongsian di blog Sincerely, Vivy dan media sosialnya, Vivy mengakui dia sengaja mahu mencabar norma kebiasaan industri fesyen semasa.

Foto: Sincerely Vivy.

“When people do small and trendy, I want to do big and classic.

“When everything is accessible and public, I want to limit. Truly make it a private era,” tulisnya.

Menurut Vivy, dia sendiri tidak tahu sama ada konsep tersebut akan berjaya atau tidak.

Namun selepas melalui proses pembangunan produk, strategi dan mengambil risiko kewangan sendiri, beliau memilih untuk menyerahkan hasil akhirnya kepada rezeki dan tawakkal.

Bukan Sekadar Beg, Tetapi Turut Hadir Dengan “Experience”

Apa yang membezakan Private Era daripada pelancaran beg tangan biasa ialah keseluruhan konsep eksklusif yang dibina di sekeliling jenama tersebut.

Daripada sistem waiting list hinggalah timed access untuk membeli, pengalaman membeli beg ini tidak dibuat secara terbuka seperti kebanyakan platform e-dagang biasa.

Sebaliknya, pelanggan perlu mendaftar terlebih dahulu menerusi laman rasmi sebelum dimasukkan ke dalam senarai menunggu.

Namun itu belum menjamin akses terus akan diterima.

Menurut konsep yang diperkenalkan, pelanggan akan menerima pautan eksklusif menerusi e-mel berdaftar secara berperingkat untuk membeli beg tersebut dalam tempoh masa tertentu sahaja.

Sebagai contoh, akses yang diterima pada 13 Mei hanya akan aktif sehingga jam 10 pagi keesokan harinya (14 Mei).

Selepas tempoh tersebut tamat atau pembelian selesai dibuat, akses seterusnya pula akan diberikan kepada pelanggan lain dalam waitlist.

Pendek kata, pengalaman membeli Private Era lebih bersifat “invite only” — seakan konsep private shopping yang sering digunakan oleh jenama mewah antarabangsa.

Sistem “Simple”, Tapi Backend Rumit

Menurut Vivy, konsep tersebut memerlukan kerja backend yang lebih kompleks daripada apa yang orang ramai sangkakan.

Beliau berkata suaminya, Fadza Anuar, bersama pasukan teknikal mereka perlu membangunkan sistem khas bagi memastikan konsep waiting list dan timed access itu dapat berfungsi dengan lancar.

“Sounds simple, but a lot of work was poured into the backend,” katanya.

Malah, perjalanan menghasilkan Private Era juga bukan sesuatu yang mudah apabila mereka berdepan pelbagai kelewatan melibatkan printed lining, kotak pembungkusan, padlock dan penyesuaian laman web.

Menurut Vivy, keseluruhan projek itu sebenarnya dirahsiakan selama lebih setahun sebelum diumumkan kepada umum.

Direka Berdasarkan Apa Yang Vivy Sendiri Mahu

Dari sudut rekaan pula, Vivy menjelaskan dia mengambil inspirasi daripada elemen beberapa beg mewah kegemarannya sebelum menggabungkannya dengan aspek praktikal yang diperlukan sebagai seorang ibu.

Antara ciri yang diberi perhatian termasuk ruang simpanan dalaman dan luaran, bukaan yang mudah diakses serta ruang botol air kalis air.

Menariknya, walaupun Vivy menggemari corak atau print, beliau memilih untuk tidak meletakkannya di bahagian luar beg.

Sebaliknya, elemen tersebut disembunyikan di bahagian dalam iaitu sesuatu yang menurutnya sangat dekat dengan identiti Private Era itu sendiri.

“The story, the meaning, the beauty… is on the inside, only for your eyes to see,” katanya.

Netizen Dakwa Mirip “Hermes & Loewe”

Dalam masa sama, pelancaran Private Era turut mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Ada yang memuji konsep eksklusif dan storytelling yang dibawakan Vivy, namun tidak kurang juga yang mempertikaikan reka bentuk beg tersebut.

Segelintir netizen mendakwa siluet beg berkenaan menyerupai beg ikonik daripada Hermès, manakala logo Private Era pula dikatakan mempunyai elemen yang mirip jenama mewah Loewe.

Malah, ada yang menyifatkannya sebagai “Birkin rip-off” di ruangan komen media sosial.

Walaupun begitu, sehingga kini masih ramai yang dilihat berminat untuk mendapatkan akses membeli beg tersebut menerusi sistem waitlist yang diperkenalkan.

[Review] Jadi… Berbaloi Atau Tidak Dengan Harga RM580?

Foto: Siti Murni/TRP

Sebagai penulis, saya sendiri sebenarnya tertarik dengan konsep Private Era ini dan berjaya mendapatkan akses untuk membuat pembelian.

Selepas kira-kira tiga hari menunggu, beg tersebut akhirnya sampai dan lengkap dengan kotak pembungkusan yang memang agak besar. Jujurnya, saya sendiri tak sangka saiz kotaknya sebegitu besar untuk sebuah beg tangan.

First impression? Memang love at first sight.

Mungkin juga kerana warna pilihan saya sememangnya coklat, jadi secara automatik beg ini terus nampak menarik di mata sendiri. Tetapi selepas beberapa hari menggunakan Private Era, apa yang saya boleh katakan ialah saiz beg ini sebenarnya sangat “just nice”.

Boleh masuk MacBook Air 15 inci dengan selamat dan kemas.
(Foto: Siti Murni/TRP)

Sebagai seorang remote writer, laptop dan pelbagai barangan peribadi memang sentiasa perlu dibawa ke mana-mana. Selalunya saya akan menggunakan dua beg berasingan — beg tangan dan juga beg laptop.

Namun dengan Private Era, laptop saya pun boleh dimuatkan sekali di dalam handbag tersebut tanpa nampak terlalu sarat. Jadi lebih mudah untuk bergerak ke sana sini tanpa perlu membawa dua beg berbeza.

Dari segi praktikaliti, itu antara perkara yang saya paling suka. Senang, cepat dan semuanya boleh terus dimasukkan ke dalam satu beg sahaja.

Foto: Siti Murni/TRP

Untuk aspek kualiti pula, secara peribadi saya merasakan harga RM580 mungkin sedikit tinggi untuk kemasan dan material yang diberikan. Namun begitu, finishing produk sebenarnya tidaklah seteruk seperti yang diperkatakan sesetengah netizen sebelum ini.

Kualitinya masih boleh diterima dan nampak kemas apabila dilihat secara dekat.

Jika ditanya secara jujur, bagi saya harga yang lebih “berbaloi” untuk handbag seperti ini mungkin sekitar RM450, termasuk sekali kos penghantaran supaya pelanggan tidak terasa seperti perlu membayar terlalu banyak tambahan di akhir checkout.

Selain daripada itu, pengalaman menggunakan Private Era setakat ini sebenarnya agak memuaskan, lebih-lebih lagi dari segi saiz, fungsi dan konsep yang dibawakan.

Kesimpulan

Persoalan sama ada Private Era ini berbaloi atau tidak akhirnya bergantung kepada apa yang dicari oleh pembeli sendiri. Jika dinilai semata-mata dari sudut fungsi, pasaran hari ini sememangnya menawarkan pelbagai pilihan beg tangan lain dengan harga lebih mudah diakses.

Namun bagi peminat setia Vivy Yusof atau mereka yang menghargai elemen eksklusiviti, storytelling dan komuniti di sebalik sesuatu produk, Private Era mungkin menawarkan pengalaman yang lebih peribadi berbanding sekadar membeli beg biasa.

Dalam era di mana hampir semuanya boleh dimiliki dengan cepat dan mudah, mungkin itu sebenarnya “nilai” yang cuba dijual oleh Vivy kali ini iaitu rasa eksklusif, keterbatasan dan pengalaman memiliki sesuatu yang bukan semua orang boleh dapat.

P.S: Artikel ini merupakan pandangan dan pendapat peribadi penulis semata-mata serta tidak mewakili pendirian rasmi pihak TRP. Sekian. 😊


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd