Now Reading
JPO Kini Ada Hab Pengecas EV 24 Jam Dengan Kapasiti Fast Charging Hingga 1MW

JPO Kini Ada Hab Pengecas EV 24 Jam Dengan Kapasiti Fast Charging Hingga 1MW

Selain kemudahan pengecasan, Johor Premium Outlets turut memperkukuhkan ekosistem EV mereka menerusi beberapa inisiatif lain termasuk perkhidmatan shuttle EV, akses sewaan kereta EV dan integrasi amalan mesra alam di seluruh kawasan outlet.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Johor Premium Outlets kini melanjutkan operasi kemudahan pengecas kenderaan elektrik (EV) mereka kepada 24 jam sehari sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab fast charging terbesar di Asia Tenggara.

Langkah ini diperkenalkan bagi memenuhi keperluan komuniti pengguna EV yang semakin berkembang, khususnya mereka yang memerlukan akses pengecasan lebih fleksibel di luar waktu operasi runcit biasa.

Selain memperluaskan akses kepada pengguna, inisiatif ini juga selari dengan komitmen jangka panjang Johor Premium Outlets dalam menyokong pembangunan infrastruktur mampan dan mobiliti masa depan.

Pernah Umum 500 Stesen Pengecas EV

Sebelum ini, pada tahun 2025, Johor Premium Outlets mengumumkan pembangunan 500 stesen pengecas EV termasuk pengecas pantas 1MW pertama di Asia Tenggara yang dibuka kepada orang awam.

Kini, pusat beli-belah tersebut menawarkan zon pengecasan khas dengan 50 pengecas EV yang boleh diakses pengguna pada bila-bila masa sepanjang hari.

Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Genting Simon Sdn Bhd, Jean Marie Pin Harry berkata, operasi 24 jam ini merupakan langkah penting dalam menyokong perubahan gaya penggunaan EV ketika ini.

“Apabila penggunaan EV semakin meningkat, tabiat pengecasan juga tidak lagi tertumpu kepada waktu operasi pusat beli-belah semata-mata.

“Dengan kemampuan fast charging berkelajuan tinggi, pengguna termasuk pengembara rentas sempadan boleh melakukan pengecasan pantas ketika singgah sebentar sebelum meneruskan perjalanan tanpa perlu menunggu terlalu lama,” katanya.

Foto: JPO

Tawar Shuttle EV & Kemudahan Mesra Pengguna

Selain kemudahan pengecasan, Johor Premium Outlets turut memperkukuhkan ekosistem EV mereka menerusi beberapa inisiatif lain termasuk perkhidmatan shuttle EV, akses sewaan kereta EV dan integrasi amalan mesra alam di seluruh kawasan outlet tersebut.

Kawasan pengecasan juga direka dengan elemen keselamatan dan keselesaan pengguna sebagai keutamaan.

Antara kemudahan yang disediakan termasuk pengawasan CCTV, kawalan keselamatan di lokasi, kawasan yang terang pada waktu malam, mesin layan diri berhampiran stesen pengecas serta akses tandas sepanjang masa.

Menurut Jean Marie lagi, hab tersebut dibina untuk menyokong pelbagai jenis EV termasuk model generasi lama dan platform EV generasi baharu berkapasiti tinggi.

“Dengan kapasiti pengecasan sehingga 1MW dan gabungan pelbagai pilihan pengecas, hab ini dibina untuk menyokong masa depan penggunaan EV secara lebih menyeluruh.

“Infrastruktur pengecasan berkapasiti tinggi seperti ini penting bagi membantu peralihan Malaysia ke arah ekonomi rendah karbon selain mempercepatkan penggunaan EV dalam negara,” katanya.

Antara Destinasi Outlet Popular Di Malaysia

Johor Premium Outlets merupakan antara destinasi outlet premium terbesar di Malaysia yang terletak strategik di Johor Bahru.

Dibuka sejak Disember 2011, outlet seluas 45 ekar itu menempatkan lebih 150 jenama antarabangsa termasuk adidas, Balenciaga, Coach, Fendi, Gucci, Nike, Tory Burch, Valentino dan Versace dengan tawaran diskaun sehingga 65%.

Ia juga terus menjadi antara tarikan utama pelancong dari Malaysia, Singapura dan negara serantau selain menyumbang kepada pembangunan ekonomi Iskandar Malaysia.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd