Now Reading
Ini Sebab Sebenar Kita Ketagih Pada Telefon Pintar & Cara Mengawalnya

Ini Sebab Sebenar Kita Ketagih Pada Telefon Pintar & Cara Mengawalnya

Ketagihan terhadap telefon pintar dan media sosial akan menyebabkan seseorang tidak berhenti menggunakannya walaupun tanpa tujuan tertentu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Telefon pintar yang lengkap dengan segala macam aplikasi dan kemudahan sememangnya sudah menjadi ‘sahabat baik’ untuk rata-rata manusia pada era ini.

Walaupun teknologi ini banyak membantu dalam urusan harian kita, namun penggunaannya secara tidak terkawal bagi perkara yang remeh-temeh boleh memberi kesan kepada kesihatan mental.

Seperti yang dihadapi oleh sesetengah individu, mereka seolah-olah tidak boleh berhenti skrol media sosial walaupun tanpa matlamat yang nyata.

Sebenarnya mereka mungkin telah menjadi ketagih dengan skrin, terutamanya media sosial. Tapi kenapa perkara ini boleh terjadi?

Baca Artikel Berkaitan: Ketagihan Skrin: Rakyat Malaysia Di Tempat Ke-8 Dunia, Luang Hampir Separuh Waktu Berjaga

Baca Artikel Berkaitan: Individu Narsisisme Digital Boleh Murung Kerana Ketagih Likes & View Di Media Sosial

Algoritma Media Sosial Buatkan Pengguna Semakin Ketagih

Memetik Columbia Psychiatry, telefon pintar yang boleh dibawa ke mana-mana sahaja boleh menyebabkan penggunaan secara kompulsif dan mewujudkan rasa kebergantungan padanya.

Malah, lebih teruk lagi apabila platform media sosial sendiri direka agar pengguna menjadi ketagih.

Ia menggunakan algoritma untuk memaparkan kandungan yang digemari oleh pengguna, sekali gus menyebabkan mereka menonton media sosial dengan berterusan dan tanpa henti.

Memetik Hopkins Medicine, terdapat banyak perkara yang boleh membuatkan pengguna ketagih dengan telefon pintar atau dikenali juga sebagai nomophobia, iaitu rasa takut apabila tiada telefon bersama.

Salah satunya adalah keinginan untuk kekal berhubung sepanjang masa atau sentiasa aktif di media sosial. Malah, ini juga termasuk keinginan mahu mendapatkan ‘likes‘ pada hantaran yang dilakukan.

Foto: Pexels

Ketagihan Boleh Sebabkan Seseorang Kerap Cari Stimulasi Lain

Apabila menerima maklum balas pada hantaran yang dibuat, pengguna yang ketagih pada media sosial akan mendapat rasa kepuasan dengan serta-merta.

Situasi ini mengukuhkan lagi neurotransmiter dopamin yang merupakan kimia ‘feel good‘, seterusnya menyebabkan dopamine overload yang boleh mengganggu fokus, produktiviti, emosi dan kegembiraan seseorang.

Seseorang yang mengalami dopamine overload akan kerap mencari sesuatu yang boleh memberinya stimulasi baharu. Dalam kes penggunaan media sosial, ia akan membuatkan seseorang untuk terus skrol skrin telefon pintar tanpa henti.

Boleh dikatakan ketagihan menggunakan telefon pintar sama sahaja seperti ketagihnya seseorang terhadap bahan-bahan lain.

Tonton animasi ringkas di bawah untuk memahami kaitan antara ketagihan dan dopamin.

Cara-Cara Untuk Elak Ketagih Dengan Telefon Pintar

Memandangkan ketagihan kepada media sosial adalah disebabkan oleh penggunaan telefon pintar yang berlebihan, penting untuk anda menetapkan had screen time.

Satu artikel oleh The University of Texas Permian Basin (UTPB) telah berkongsi beberapa perkara yang turut boleh dilakukan agar anda menggunakan telefon pintar dengan lebih sihat:

  • Letakkan telefon pintar di bilik lain apabila anda perlu fokus kepada sesuatu.
  • Tutup push notification di ruangan Setting.
  • Buang game dan aplikasi yang mengambil terlalu banyak masa anda. Selalunya game sedemikian bersifat berulang-ulang tanpa matlamat akhir.
  • Berehat sebentar, atau lebih bagus untuk berhenti sama sekali, daripada menggunakan media sosial.
  • Muat turun aplikasi fokus untuk meningkatkan produktiviti anda.

UTPB mengingatkan orang ramai bahawa telefon pintar cumalah alat yang canggih. Namun, cuma anda sendiri yang boleh mengawal penggunaannya.

Elakkan juga meletak telefon pintar di kawasan berhampiran katil. (Foto: Pexels)

Kenal Pasti Tanda Dopamine Overload

Jika anda rasa seperti sudah mengalami ketagihan telefon pintar, segera lakukan perubahan agar tidak terus dibelenggu masalah itu.

Kenal pasti tanda-tanda anda mengalami dopamine overload seperti berikut:

  • Sukar untuk kekal fokus apabila melakukan sesuatu.
  • Kerap mencari stimulasi baharu atau berlainan.
  • Susah rasa berpuas hati dengan perkara yang dianggap mudah (reduced reward sensitivity).
  • Terlalu banyak berfikir dan rasa gelisah.
  • Tidur yang tidak berkualiti atau insomnia.
  • Malas melakukan perkara yang produktif apabila dopamin jatuh menjunam.
  • Mengalami mood swing melampau termasuk tidak gembira dan tidak bersemangat.

Baca Artikel Berkaitan: Kerap Tonton Media Sosial? Awasi Tujuh Tanda ‘Dopamine Overload’ Ini

Ingat, kanak-kanak pun boleh ketagih pada telefon pintar! (Foto: Pexels)

Baca Artikel Berkaitan: “Macam 10 Tahun Lebih Muda” – Pakar Kongsi Kesan Positif Lepas 2 Minggu Tak Guna Mobile Internet

Baca Artikel Berkaitan: Ini Kebaikan Nintendo Switch Untuk Anak, Atasi Masalah Si Kecil Leka Dengan Telefon Pintar

Baca Artikel Berkaitan: [Video] ‘Popcorn Brain’ Jadi Punca Individu Sukar Fokus & Tak Produktif. Ini Info Penting Ramai Terlepas Pandang


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd