Ini Cara Buat Tuntutan Jika Kereta Rosak Akibat Terlanggar Lubang Di Jalan Raya
Peguam Nur Aqilah Zainal Abidin bagaimanapun berkata tuntutan tersebut tidak sah jika sudah terdapat tanda amaran yang diletakkan di kawasan terbabit.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tidak dapat dinafikan bahawa masih terdapat banyak jalan raya yang berlubang di sesetengah kawasan dalam negara.
Kadangkala kita tak sempat nak elak lubang tersebut disebabkan jalan yang gelap atau dilindungi kenderaan lain di hadapan.
Kalau langgar lubang ni, bukan masalah yang biasa-biasa ya. Kadangkala sampai rim kemek, bumper pecah atau absorber rosak.
Baca Artikel Berkaitan: Baru 6 Hari Kahwin, Suami Maut Lepas Motor Langgar Lubang Jalan Di Pahang
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Disangka Lopak Air Biasa, Axia ‘Terjongket’ Masuk Lubang Jalan
Baca Artikel Berkaitan: ‘Rider’ Luar Negara Persoal Tentang Jalan Raya Di Malaysia Yang Banyak Berlubang
Pengguna Boleh Lakukan Tuntutan Sekiranya Terlanggar Lubang Di Jalan Raya
Baru-baru ini, seorang pengguna Threads (@maishiro_art) telah berkongsi semula infografik oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai cara untuk buat tuntutan akibat terlanggar lubang di jalan raya.
Tuntutan yang boleh dibuat bukan hanya untuk kerosakan pada kenderaan sahaja, tetapi turut merangkumi kecederaan yang dialami oleh seseorang.
#1. Tangkap Gambar Lubang Pada Jalan & Kenderaan Sebagai Bukti
Apabila berlakunya kemalangan akibat terlanggar lubang pada jalan raya, perkara pertama yang harus dibuat adalah mengambil gambar kenderaan dan lubang pada jalan raya tersebut sebagai bukti.
Catatkan juga tempat (termasuk kilometer jalan jika ada), tarikh dan masa kejadian sebagai maklumat untuk membuat laporan polis kelak.

#2. Tangkap Gambar Kerosakan Kenderaan Atau Kecederaan Dialami
Seterusnya, jangan lupa untuk menangkap gambar kerosakan kenderaan atau kecederaan tubuh badan.
Namun pastikan anda menghentikan kenderaan di tempat yang selamat terlebih dahulu bagi tujuan ini.
#3. Kumpul Segala Resit Bagi Pembaikan Kenderaan Atau Rawatan
Setelah bawa kereta ke bengkel untuk dibaiki, dapatkan segala resit yang berkaitan termasuk bagi tujuan towing. Boleh juga dapatkan sebut harga terlebih dahulu.
Dalam kes anda atau penumpang lain mengalami kecederaan, dapatkan juga bil klinik atau hospital bagi rawatan yang dilakukan.
Resit-resit ini penting bagi tujuan menuntut pembayaran semula atas segala perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan.
#4. Lakukan Laporan Polis Dalam Tempoh 24 Jam
Jangan lupa untuk lakukan laporan polis di balai polis trafik berhampiran dengan kawasan kemalangan.
Laporan perlu dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan berlaku.
Semak juga dengan pihak polis untuk mengenal pasti siapakah pihak yang bertanggungjawab terhadap keselamatan jalan raya terbabit.
#5. Lakukan Tuntutan Kepada Pihak Berkuasa Jalan Yang Terlibat
Selepas mengetahui pihak yang bertanggungjawab, hadirkan diri ke pejabat pihak berkuasa tersebut bagi tujuan membuat tuntutan kerosakan.
Menurut PPIM, pihak yang bertanggungjawab adalah bergantung kepada kawasan jalan tersebut, kebiasaannya seperti berikut:
- Jalan negeri atau jalan persekutuan – Jabatan Kerja Raya (JKR)
- Lebuh raya – Rujuk kepada syarikat konsesi tol berkaitan
- Jalan di kawasan perumahan – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
View on Threads
Bukan Hanya Untuk Lubang, Boleh Juga Buat Tuntutan Jika Terlanggar Halangan Lain Di Jalan
Sebelum ini, peguam Nur Aqilah Zainal Abidin berkata, pengguna boleh membuat tuntutan ganti rugi atau khas jika mengalami kemalangan akibat halangan di jalan raya.
“Pengguna jalan raya mengalami kemalangan akibat lubang dan halangan seperti besi atau dahan pokok di jalan raya menyebabkan kecederaan mahupun sebarang bentuk kerugian, pengguna boleh menuntut ganti rugi am dan khas daripada pihak yang bertanggungjawab terhadap jalan itu,” katanya dipetik Harian Metro.
Dalam masa sama, beliau menjelaskan bahawa tuntutan boleh dibuat antara enam bulan hingga lebih setahun bergantung kepada dokumen diperlukan.
Nur Aqilah bagaimanapun mengingatkan orang ramai bahawa tuntutan tersebut tidak sah jika sudah terdapat tanda amaran yang diletakkan di kawasan terbabit.
Pada Mei 2025, Kosmo melaporkan seorang pengguna jalan raya yang diberi pampasan berjumlah RM721,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru bagi kemalangan akibat kerosakan jalan.
Pada November 2022, seorang mekanik di Kota Bharu, Kelantan, menang kes tuntutan saman bernilai RM652,000 selepas putus kaki kiri akibat melanggar jalan berlubang.
Baca Artikel Berkaitan: Ada Orang Kemalangan? Ini Tips Untuk Anda Yang Berada Berdekatan Mangsa
Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Orang Awam Guna Duit Sendiri Turap Jalan Berlubang, Ini Respon ADUN Sentosa
Baca Artikel Berkaitan: KKR Nafi Jalan Raya Di Malaysia Antara Yang Terburuk Di Dunia
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



