Now Reading
Ahli KWSP Kini Boleh Pindahkan Simpanan Kepada Isteri & Anak Menerusi i-Legasi

Ahli KWSP Kini Boleh Pindahkan Simpanan Kepada Isteri & Anak Menerusi i-Legasi

Pindahan kepada keluarga terdekat menerusi i-Legasi hanya dibenarkan setelah ahli KWSP mencapai umur 55 atau 60 tahun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan satu simpanan persaraan bagi memastikan rakyat Malaysia, khususnya golongan pekerja, untuk mempunyai sumber kewangan mencukupi di usia senja kelak.

Secara umumnya, pengeluaran daripada KWSP hanya dibenarkan selepas pencarum mencapai umur 55 tahun.

Namun mereka juga boleh menggunakan simpanan dalam Akaun 2 bagi pembelian produk insuran hayat dan penyakit kritikal secara takaful kepada ahli keluarga.

Semalam (11 Mei), KWSP memperkenalkan penambahbaikan baharu di bawah simpanan itu bagi kesejahteraan persaraan ahli dan keluarga mereka.

Baca Artikel Berkaitan: Ahli KWSP Boleh Guna Akaun 2 Untuk Beli Insurans & Produk Takaful Untuk Ahli Keluarga

Baca Artikel Berkaitan: Pertimbangkan Perkara Ini Sebelum Lakukan Pengeluaran Dari Akaun 3 KWSP

Ahli KWSP Boleh Pindah Simpanan Kepada Keluarga Jika Simpanan Melebihi Tahap Asas

Salah satu inisiatif baharu yang diwujudkan ialah i-Legasi yang membolehkan ahli memindah sebahagian simpanan KWSP mereka kepada keluarga terdekat.

Namun jumlah yang boleh dipindahkan tertakluk kepada Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA), dengan hanya baki simpanan melebihi tahap Simpanan Mencukupi yang dibenarkan.

Sebagai info, KWSP menetapkan tahap Simpanan Mencukupi sebanyak RM650,000 buat masa ini.

Pemindahan i-Legasi juga hanya dibenarkan setelah ahli mencapai umur 55 atau 60 tahun ke atas.

Foto: MalayMail

Penerima Perlu Jadi Ahli KWSP & Berumur Kurang 60 Tahun

Walaupun inisiatif ini diwujudkan, ini tidak bermakna ahli boleh memindahkan simpanan kepada mana-mana ahli keluarga sebegitu sahaja.

Sebaliknya, penerima hanya terhad kepada keluarga terdekat iaitu pasangan dan anak-anak yang berumur kurang 60 tahun.

Mereka juga perlu menjadi ahli berdaftar KWSP berstatus warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap.

Ahli boleh membuat pemindahan kepada beberapa orang keluarga terdekat selagi mana baki simpanannya masih melebihi tahap Simpanan Mencukupi.

Dalam masa sama, setiap penerima juga tidak dihadkan jumlah simpanan yang boleh diterima olehnya.

Memandangkan pindahan simpanan dibuat kepada akaun persaraan KWSP ahli keluarga, ini bermakna ia juga bertujuan bagi simpanan jangka panjang.

Dalam satu kenyataan, KWSP menjelaskan bahawa pemindahan akan dibuat daripada Akaun 55 atau Akaun Emas (ahli berumur 60 tahun ke atas), kepada Akaun Persaraan atau Akaun Emas (penerima berumur 55 hingga 59 tahun) penerima.

Foto: MalayMail

Ahli Boleh Pilih Kaedah Bayaran Bulanan Selepas Bersara

Selain i-Legasi, KWSP turut menjenamakan semula kemudahan kaedah bayaran bulanan melalui Pengeluaran Umur 55/60 Tahun sedia ada kepada i-Emas.

Menerusi inisiatif ini, ahli boleh memilih kaedah bayaran bulanan secara automatik selepas mencapai usia 55 atau 60 tahun.

Dalam masa sama, mereka masih dapat menikmati dividen tahunan menerusi baki simpanan di dalam akaun KWSP.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn, lebih 21,000 ahli memilih pengeluaran bulanan setelah mencapai umur 55 atau 60 tahun.

“i-Emas menyediakan fleksibiliti untuk mengurus keperluan harian di samping melindungi ahli daripada risiko kewangan seperti penipuan dan pengurangan simpanan secara mendadak, serta memastikan aliran pendapatan yang stabil sepanjang tempoh persaraan,” katanya.

Kalkulator Matlamat Persaraan Bantu Ahli Kira Anggaran Simpanan Diperlukan

Di samping itu, KWSP turut memperkenalkan Kalkulator Matlamat Persaraan dalam aplikasi KWSP i-Akaun yang bertujuan untuk membantu ahli merancang persaraan mereka.

Dengan penggunaan kalkulator ini, ahli dapat membuat anggaran simpanan diperlukan pada masa hadapan berdasarkan gaya hidup dan perbelanjaan yang dijangka.

Anggaran ini seterusnya dapat membantu mereka menilai kedudukan kewangan semasa, mengenal pasti potensi jurang simpanan dan memahami tahap persediaan persaraan.

“Berdasarkan maklumat ini, ahli boleh merancang lebih awal, memanfaatkan produk dan perkhidmatan KWSP untuk memenuhi keperluan persaraan, serta memperkasa perancangan kewangan masa depan mereka,” kata KWSP.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Cara-cara Untuk Pindahkan Wang Simpanan KWSP Ke Akaun Fleksibel & Tips Untuk ‘Withdraw’

Baca Artikel Berkaitan: Mahu Miliki RM1 Juta Dalam Akaun KWSP? Ini 5 Tips Berguna Untuk Ahli Mulai Praktik

Baca Artikel Berkaitan: Jangan Harapkan KWSP Je! Pakar Kewangan Kongsi Sumber Income Ketika Bersara


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd