Premier Clinic Memperkenalkan ZSR Circumcision – Teknik Bersunat Yang Kurang Sakit, Lebih Bersih & Kemas
Untuk lelaki yang masih terbayang pengalaman bersunat cara lama, ZSR Circumcision di Premier Clinic menawarkan kaedah moden lebih kemas dan kurang menakutkan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kesihatan lelaki masih jarang dibincangkan secara terbuka, terutama apabila melibatkan penampilan, keyakinan diri dan kesihatan intim.
Antara isu yang sering dihadapi termasuk obesiti, rambut gugur, mati pucuk, penurunan hormon serta kebimbangan terhadap penampilan diri. Namun disebabkan stigma, rasa malu atau kurang kesedaran, ramai lelaki memilih untuk berdiam diri berbanding mendapatkan nasihat profesional.
Melihat kepada perkara itu, Premier Clinic mengetengahkan perbincangan tentang kesihatan lelaki, termasuk rawatan sunat moden seperti ZSR Circumcision yang memberi fokus kepada keselamatan dan keselesaan.
Baca Artikel Berkaitan: Si Kecil Tantrum Tanpa Sebab? Ini Pantang Larang Ketika Anak Meragam Ibu Ayah Perlu Take Note | TRP
Kebaikan Bersunat Untuk Kesihatan Lelaki

Bagi kebanyakan masyarakat di Malaysia, sunat bukan sesuatu yang asing.
Secara asasnya, sunat ialah prosedur membuang kulit lebihan, iaitu kulit yang menutupi hujung zakar. Prosedur ini boleh dilakukan kepada kanak-kanak atau lelaki dewasa atas faktor agama, kebersihan, budaya atau keadaan perubatan tertentu seperti jangkitan kulit dan phimosis.
Dari sudut kesihatan, sunat sering dikaitkan dengan penjagaan kebersihan yang lebih baik, pengurangan risiko jangkitan saluran kencing dan risiko lebih rendah terhadap beberapa jangkitan kelamin tertentu termasuk HIV.
Keadah Sunat Lebih Moden Dengan ZSR Circumcision, Lebih Selesa, Selamat Dan Kurang Sakit Tau!

Seiring perkembangan teknologi perubatan, kaedah sunat juga semakin moden.
Dulu rawatan ini lebih sinonim dengan kaedah tradisional yang melibatkan jahitan, tempoh lebih lama dan ketidakselesaan selepas rawatan, kini terdapat pendekatan moden yang lebih baik.
ZSR Circumcision, kaedah sunat menggunakan alat stapler perubatan untuk membuang kulit lebihan dan menutup luka pada masa yang sama.
Staple kecil pada alat tersebut membantu memegang tisu ketika proses penyembuhan dan akan tertanggal secara semula jadi selepas beberapa hari.
Kelebihan ZSR Circumcision
Antara kelebihan ZSR Circumcision seperti rawatan lebih cekap dari segi masa, pendarahan minimum, tidak memerlukan jahitan dan kurang ketidakselesaan ketika tempoh pemulihan.
Menurut Dr Nigel Ong dari Premier Clinic, prosedur ini mengambil masa sekitar satu jam dan kanak-kanak seusia seawal lima tahun boleh digunakan termasuk lelaki dewasa, bergantung kepada penilaian doktor.
Kaedah ini juga direka untuk memberi hasil yang lebih kemas dari segi penampilan, sekali gus membantu meningkatkan keyakinan diri para lelaki.
Dapatkan Nasihat Pakar Terlebih Dahulu
Walaupun kaedah moden menawarkan pilihan rawatan yang lebih selesa dan teratur, keputusan untuk menjalani prosedur sunat tetap perlu dibuat selepas mendapatkan nasihat profesional.
Setiap individu mempunyai keadaan tubuh, tahap kesihatan dan keperluan yang berbeza.
Apa yang penting, isu kesihatan lelaki tidak sepatutnya dianggap memalukan sehingga dibiarkan tanpa pemeriksaan. Langkah pertama ialah mendapatkan maklumat yang betul daripada pakar.
Baca Artikel Berkaitan: Anak Kecil Buat Salah? Ini Cara Tegur Mereka Dengan Pendekatan Lembut | TRP
Baca Artikel Berkaitan: Bakal Timang Bayi Perempuan Tidak Lama Lagi? Ini Info Tentang Proses Khatan Anda Perlu Tahu | TRP
Untuk info tambahan, layari: [Premier Clinic]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



