Now Reading
JDT Menyamai Rekod Dunia – 108 Perlawanan Tanpa Kalah Selepas Belasah Kelantan 14 – 1

JDT Menyamai Rekod Dunia – 108 Perlawanan Tanpa Kalah Selepas Belasah Kelantan 14 – 1

JDT menutup musim Liga Super sebagai Juara Kali Ke-12 secara berturut-turut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum ketahui bola sepak ialah sukan paling popular di negara kita. Majoriti akan meluangkan masa lapang dengan bermain bola, melepak menonton perlawanan bola dan berbual tentang bola sepak.

Sukan yang diperkenalkan oleh British satu masa dahulu, negara kita turut mencipta liga bola sepak professional tersendiri iaitu Liga Super Malaysia.

Terdapat 13 pasukan dalam liga ini yang bertarung setiap tahun untuk menjadi juara unggul. Menariknya sejak kemunculan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada tahun 2013. Kelab ini telah menjadi juara sejak tahun 2014.

Dan semalam (10 Mei), sebuah rekod dunia tercipta.

Baca Artikel Berkaitan: Apakah Hukum Orang Islam Pakai Jersi Bola Sepak Ada Logo Syarikat Judi & Arak? Ini Penjelasannya  | TRP

Rekod Luar Biasa JDT Selepas Belasah Kelantan TRW 14-1

Johor Darul Ta’zim. (Foto: Bleacher Report Football/Facebook/@officialjohor/Instagram)

Dengan kemenangan ke atas Kelantan TRW, JDT kini menyamai rekod dunia 108 perlawanan liga tanpa kalah yang sebelum ini dipegang kelab Ivory Coast, ASEC Mimosas sejak 1994.

Tambahan pula, kali terakhir JDT kalah dalam perlawanan ialah pada April 2021 menentang Terengganu FC dalam laporan ini dari Berita Harian.

Pencapaian ini meletakkan JDT dalam kelompok elit dari segi konsistensi dalam saingan liga domestik.

Lapan Gol Pada Separuh Masa Pertama Dijaringkan
Pemain JDT. (Foto: BERNAMA)

Melihat semula perlawanan malam tadi, JDT menguasai aksi perlawanan sejak tiupan wisel pertama.

Skuad Harimau Selatan menjaringkan lapan gol pada separuh masa pertama dan menambah enam lagi gol pada masa kedua.

Penyerang JDT, Bergson Da Silva meraih enam gol untuk pasukannya dan menutup musim dengan 27 gol. Seterusnya, Manuel Hidalgo mencatat hatrik dan Antonio Glauder, Stuart Wilkin, Yago Cesar, Mohamed Syamer Kutty Abba serta Teto Martin turut menyumbang usaha sama.

Manakala, Muhammad Farris Izdiham menjaringkan gol sulung dalam perlawanan itu untuk Kelantan TRW pada minit ke-64.

12 Kali Berturut-Turut Juara Liga Super

Kemenangan besar itu menjadi penutup manis buat pasukan ini setelah mengesahkan status mereka sebagai juara liga buat kali ke-12 berturut-turut.

Rekod tersebut membuktikan kekuatan JDT dalam liga Malaysia sejak tahun 2014.

Dengan pencapaian ini telah menjadikan JDT antara kelab paling berjaya dalam sejarah moden bola sepak negara.

Selain Juara Liga Super, Ini Pencapaian Kelab JDT
JDT, Juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah. (Foto: MDJ Wira Anggara)

Antara pencapaian kelab ini seperti:

  • 6x Juara Piala FA (24/25, 23/24, 2023, 2022, 15/16, 97/98)
  • 9x Juara Malaysia Supercup (23/24, 22/23, 2022, 20/21, 19/20, 18/19, 17/18, 14/15)
  • 6x Juara Malaysia Cup (24/25, 2023, 2022, 18/19, 16/17, 90/91)
  • 1x Juara Piala AFC (2015)
Sejarah Ringkas Johor Darul Ta’zim

Sebelum kelab ini memecah pelbagai rekod, Johor Darul Ta’zim melalui beberapa perubahan nama sejak penubuhannya.

Bermula sebagai Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor FC (PKENJ FC) dari 1972 hingga 1996. Kelab ini kemudian dikenali sebagai Johor FC dari 1996 hingga 2012.

Tahun seterusnya, ia dikenali sebagai Darul Ta’zim FC sebelum menggunakan nama Johor Darul Ta’zim FC sejak 2013 hingga kini.

Perubahan tersebut menjadikan kelab ini sebagai saingan kuasa utama di liga domestik negara.

Tambahan pula, kemenangan semalam menentang Kelantan TRW telah meraih perhatian mata dunia. Laporan dari Bleacher Report Football telah viral di Facebook meraih sebanyak 7.4k likes, dengan 239 perkongsian.

Tambahan pula, kemenangan besar JDT ke atas Kelantan TRW turut mendapat perhatian dari dunia luar. Laporan dari Bleacher Report Football mengenai pencapaian tersebut tular di Facebook selepas meraih 7,400 likes dan 239 perkongsian.

Baca Artikel Berkaitan: “Kuat Stamina Abang Ni!” – Sekumpulan Lelaki Kudung Main Bola Sepak Curi Perhatian | TRP

Baca Artikel Berkaitan: [Video] 8 Pemain Rebah Serentak, 1 Maut Selepas Dipanah Petir Ketika Perlawanan Bola Sepak Di Peru | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd