“Pilihan Sendiri, Tak Perlu Persoal” – Trend ‘Child-free’ Sihat Atau Tidak?
Atas beberapa faktor seperti ekonomi, gaya hidup, masa dan trauma menyebabkan ramai memilih untuk tidak mempunyai anak.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Trend perkahwinan tanpa anak atau child-free yang popular di luar negara sudah mula menapak di negara kita.
Baru-baru ini menerusi laman Threads, pengguna @aerty.co bertanya sama ada trend child-free yang dilihat semakin meningkat di negara kita adakah sihat atau sebaliknya?
Pertanyaan itu telah membuahkan perbincangan antara netizen sehingga menerima lebih 1,500 komen, dengan pelbagai pendapat dikongsikan.
View on Threads
“It Takes A Village To Raise A Child”
Menjenguk ke ruangan komen, ramai netizen mempunyai pendapat berbeza tentang isu ini.
Ada yang melihat keputusan tidak mempunyai anak sebagai pilihan peribadi, terutama jika pasangan tersebut belum bersedia dari segi kewangan, emosi atau kesihatan mental.



Namun, ada juga bimbang trend ini akan memberi kesan kepada negara dalam jangka panjang termasuk isu populasi menua dan kekurangan tenaga kerja yang sudah berlaku di negara lain.
Bukan itu sahaja, faktor seperti trauma dan tekanan bekerja turut disebut oleh netizen.
Kos Sara Hidup Meningkat & Ketidakstabilan Ekonomi Merupakan Faktor Utama

Berdasarkan kajian dilakukan oleh IJRISS, tekanan kewangan menjadi faktor utama ramai pasangan memilih untuk tidak memiliki anak.
Umum mengetahui, membesarkan anak bukan hanya tentang cukup kasih sayang. Ia melibatkan kos penjagaan, pendidikan, kesihatan, makanan dan keperluan harian.
Bagi pasangan yang tinggal di bandar, tekanan itu boleh jadi lebih besar apabila perlu menanggung banyak komitmen dalam satu masa seperti rumah, kos pengasuh, tadika, kereta dan lain-lain.
Faktor Lain Seperti Kesibukan Gaya HIdup, Kerjaya & Emosi Pun Diambil Kira

Selain daripada faktor ekonomi, masa dan emosi turut mainkan peranan penting.
Ada pasangan yang belum bersedia untuk mengubah rutin hidup, ada yang mahu fokus kepada kerjaya dan ada juga tidak yakin mampu memberi komitmen pun sebagai ibu bapa.
Dalam masa sama, media sosial yang sering memaparkan kisah perceraian, pengabaian dan tekanan rumah tangga turut membuatkan ramai lebih berhati-hati sebelum membina keluarga.
Pakar Bimbang Jika Trend Ini Menular Di Negara
Sebelum ini, Pensyarah di Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Wanita, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universtiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Jamiah Manap, pernah menyuarakan kebimbangan mengenai trend ini.
Menurutnya, “Kecenderungan child-free juga sebenarnya sudah menular ke Malaysia. Sekiranya tidak dibantu, fenomena ini akan mempercepatkan proses penguncupan populasi dan negara menua.”
Faktor lain seperti belum berjumpa pasangan yang tepat, tekanan sosial turut menjadi faktor semakin ramai lewat berkahwin.
Adakah Ini Trend Yang Sihat Atau Tidak?

Jawapannya bergantung pada individu, sama anda dan pasangan bersedia untuk membina sebuah keluarga atau tidak. Namun, dari sudut pandangan masyarakat pula, kesan pada jangka masa panjang akan terasa satu hari nanti.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



