Now Reading
Kanak-Kanak Sering Berdengkur Ketika Tidur Tak Normal, Ini Penjelasan Dr Nisa Khalil

Kanak-Kanak Sering Berdengkur Ketika Tidur Tak Normal, Ini Penjelasan Dr Nisa Khalil

Menurut Pakar Pediatrik, Dr Nisa Khalil, satu kajian yang dijalankan pada tahun 2023 mendapati sekitar 1 per 3 kanak-kanak berdengkur ketika tidur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terdapat sesetengah orang yang pasti akan berdengkur setiap kali tidur. Kadangkala sehingga mengganggu orang lain yang kita mahu tidur di waktu malam.

Tetapi dengkuran si kecil yang halus itu, bunyinya macam comel je kan? Rasa nyenyak betul dia tidur.

Tapi sebenarnya normal ke untuk kanak-kanak berdengkur sewaktu tidur? Lebih-lebih lagi secara berpanjangan dengan bunyi yang kuat.

Baca Artikel Berkaitan: Rahsia Untuk Bangun Tidur Lebih Segar? Pro Tip: Tidur Dengan ‘Bijak’

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Coach Fitness Perjelas Kenapa Tidur Lambat Tak Bagus Walau Sudah Cukup 8 Jam

Baca Artikel Berkaitan: Alami Masalah Tidur? Ini Antara Tips Atasi Insomnia Dengan Mudah Tanpa Perlu Ambil Pil

Ramai Kanak-Kanak Berdengkur Ketika Tidur, Tapi Bukan Perkara Yang Normal

Perkara ini telah diterangkan oleh Pakar Pediatrik Dr Nisa Khalil, yang menerima soalan daripada seorang ibu sama ada kanak-kanak berdengkur merupakan perkara normal.

Kata ibu tersebut, anaknya berdengkur dengan kuat setiap malam sehingga boleh didengari dari bilik sebelah serta sering tertidur di dalam kelas.

Dr Nisa menegaskan bahawa berdengkur bukan tabiat tidur yang normal buat kanak-kanak, sebaliknya boleh menjadi satu petanda bagi masalah dihadapinya.

Katanya, kanak-kanak yang berdengkur bermakna ada sesuatu yang menghalang laluan pernafasannya.

“Tubuh badan mereka bekerja secara berlebihan hanya untuk melakukan sesuatu yang sepatutnya berlaku dengan mudah,” katanya.

Memetik satu kajian pada tahun 2023, Dr Nisa berkata kira-kira satu daripada setiap tiga orang kanak-kanak berdengkur ketika tidur.

“Perkara ini sangat biasa berlaku sampai kita tidak mempersoalkannya. Tetapi sesuatu yang biasa tidak bermakna ia tidak berbahaya,” katanya.

Berdengkur Boleh Ganggu Kualiti Tidur & Tumbesaran Kanak-Kanak

Apabila seseorang berdengkur, sudah tentu perkara ini akan secara tidak langsung mengganggu kualiti tidurnya.

Buat kanak-kanak, Dr Nisa berkata tumpuan mereka ketika di sekolah boleh terganggu, seterusnya memberi kesan kepada tahap prestasi.

“Mereka boleh alami mood swing. Kanak-kanak dilabel sebagai ‘nakal’, walhal mereka sebenarnya kepenatan,” ujarnya.

Selain itu, Dr Nisa menjelaskan bahawa tumbesaran kanak-kanak juga boleh terganggu jika mereka berdengkur, memandangkan hormon yang terlibat dihasilkan ketika fasa deep sleep.

Foto: Pexels

Perhatikan Jika Anak Bernafas Guna Mulut, Boleh Sebabkan Pelbagai Masalah Lain

Dalam masa sama, Dr Nisa berkata kanak-kanak yang berdengkur kebanyakannya bernafas menggunakan mulut ketika tidur.

Katanya, tindakan bernafas menerusi mulut boleh memberi kesan kepada pertumbuhan rahang kanak-kanak dalam jangka masa panjang.

Perkara ini boleh menyebabkan masalah seperti:

  • Lengkungan gigi (dental arch) yang sempit
  • Gigi kekal tumbuh dengan terlalu rapat
  • Bentuk muka boleh berubah
View on Threads

Bawa Anak Ke Pakar Untuk Dapatkan Pemeriksaan Jika Sering Berdengkur

Jika ibu ayah perasan anak sering berdengkur dengan kuat ketika tidur, jangan ambil mudah perkara ini.

Dr Nisa berkata ibu ayah boleh membawa anak dengan masalah sedemikian mendapatkan pemeriksaan dari:

  • Pakar pediatrik: Untuk menjalankan penilaian penuh dan mendapatkan surat rujukan.
  • Pakar ENT: Untuk masalah tonsil, adenoid dan hidung tersumbat.
  • Doktor gigi: Selalunya dapat mengenal pasti masalah bernafas menerusi mulut dengan lebih awal.

Tambah Dr Nisa, berdengkur juga merupakan masalah keturunan. Oleh itu, penting untuk ibu ayah yang berdepan masalah sama agar mendapatkan pemeriksaan.

Berdengkur Boleh Jadi Berbahaya Buat Orang Dewasa Juga

Berdengkur ketika tidur bukanlah perkara yang normal walaupun dalam kalangan orang dewasa.

Sebelum ini, Doktor Perubatan Dr Malar, menjelaskan seseorang akan berdengkur akibat ruang saluran pernafasan sempit yang mungkin berpunca daripada perkara berikut:

  • Hidung tersumbat
  • Resdung
  • Tulang hidung patah
  • Rongga hidung terlampau sempit
  • Ketumbuhan dalam hidung
  • Tonsil terlampau besar
  • Rahang terlalu sempit
  • Obesiti

Tambah Dr Malar, lebih berbahaya jika seseorang yang berdengkur tiba-tiba senyap, kerana ia bermakna saluran pernafasannya telah tertutup sepenuhnya sehingga dia tidak lagi bernafas.

Juga dikenali sebagai ‘sleep apnea‘, berdengkur secara kerap boleh menyebabkan komplikasi kesihatan seperti:

  • Darah tinggi
  • Sakit jantung
  • Angin ahmar
  • Kencing manis (Diabetes)

Baca Artikel Berkaitan: Benarkah Berdengkur Boleh Meragut Nyawa? Ini Jawapan Dr Malar

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Haniff Hamzah Kongsi Kisah Didiagnos Sleep Apnea, Tak Cukup Tidur Punca Utama

Baca Artikel Berkaitan: Rasa Tak Bermaya Bila Bangun Pagi? Mungkin Anda Alami Obstructive Sleep Apnea [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd