Now Reading
Disyaki Akibat Najis Tikus, 3 Maut Dalam Wabak Hantavirus Di Lautan Atlantik

Disyaki Akibat Najis Tikus, 3 Maut Dalam Wabak Hantavirus Di Lautan Atlantik

Menurut WHO, gejala ini disyaki bermula antara 6 hingga 28 April. Antara simpton yang dilaporkan termasuk demam, radang paru-paru dan mengalami kesukaran bernafas.

Satu wabak jangkitan virus yang jarang berlaku telah dilaporkan di atas kapal persiaran di Lautan Atlantik selepas beberapa penumpang mengalami masalah penafasan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), setakat 4 Mei 2026, tujuh kes telah dikenal pasti, termasuk dua disahkan, lima disyaki dan tiga kematian dicatatkan.

Seorang lagi pesakit dilaporkan dalam kedaaan kritikal. Kapal ini membawa sebanyak 147 penumpang dan kru dari 23 kewarganegaraan, dan kini berlabuh di Cabo Verde, Afrika.

Baca Artikel Berkaitan: Musim Influenza Kembali, Ini Penjelasan Pakar Tentang Waktu Sesuai Ambil Vaksin | TRP

Jangkitan Hantavirus Dilaporkan Selepas Pelayaran Dari Argentina

Kapal MV Hondius. (Foto: Ocean Expedition)

Kapal persiaran, MV Hondius berlepas dari Ushuaia, Argentina pada 1 April 2026. Sepanjang perjalanan, kapal itu melalui beberapa lokasi termasuk Antartika, South Georgia, Tristan da Cunha, Saint Helena dan Pulau Ascension.

Menurut WHO, gejala ini disyaki bermula antara 6 hingga 28 April. Antara simpton yang dilaporkan termasuk demam, radang paru-paru dan mengalami kesukaran bernafas.

Virus Yang Biasanya Berkait Dengan Tikus

Seekor Tikus. (Foto: Patrick Pieul)

Jangkitan hantavirus terhadap manusia berlaku melalui pendedahan kepada air kencing, najis atau air liur tikus.

Ia juga boleh berlaku apabila seseorang menyentuh permukaan tercemar atau menyedut habuk yang mengandungi partikel tercemar.

Walaupun penularan antara manusia jarang sesekali berlaku. Namun, virus ini pernah direkodkan dalam rekod WHO.

Risiko Kepada Khalayak Umum Masih Rendah Menurut WHO
Era Pandemik Covid-19. (Foto: Shutterstock)

Walaupun kes ini tular mencuri perhatian, WHO telah menilai risikonya masih rendah kepada populasi global.

Tambahan pula, sebarang sekatan perjalanan atau perdagangan tidak disyorkan oleh WHO.

Namun begitu, orang ramai tetap dinasihatkan untuk berhati-hati dengan kawasan yang mungkin telah tercemar dengan tikus.

Ini kerana hantavirus biasanya muncul sekitar dua hingga empat minggu selepas pendedahan, tetapi boleh berlaku seawal seminggu atau selewatnya lapan minggu.

Kalau Terjumpa Najis Tikus Jangan Terus Disapu Tau! Berisiko & Berbahaya, Sebaliknya Lakukan Ini

Susulan kes ini, Public Health Malaysia (PHM) mengingatkan orang ramai supaya tidak membersihkan najis tikus begitu sahaja.

Melalui perkongsian di Facebook, jika najis tikus disapu kering, divakum atau disembur dengan air yang kuat. Habuk tercemar boleh naik ke udara.

Ini boleh meningkatkan risiko kuman masuk ke paru-paru.

Oleh itu, najis tikus perlu dibasahkan dan disanitasikan sepenuhnya sebelum kutip najis tersebut.

Berikut ialah langkah betul untuk bersihkan najis tikus:

  • Buka pintu dan tingkap untuk bagi udara masuk
  • Pakai sarung tangan dan sembur disinfectant sehingga kawasan itu basah
  • Tunggu sekurang-kurangnya 5 minit
  • Kutip perlahan-lahan menggunakan tisu tebal atau kain pakai buang
  • Masukkan ke dalam plastik dan ikat kemas
  • Lap semula kawasan tersebut
  • Basuh tangan dengan sabun selepas selesai

Kes hantavirus mungkin berlaku jauh dari negara kita. Tetapi, ia tidak bermaksud kita perlu ambil ringan hal ini.

Pencegahan adalah lebih baik dari mengubati.

Baca Artikel Berkaitan: Bukan Sekadar Keracunan Makanan, Rupanya Tiram Mentah Juga Boleh Bawa Wabak Hepatitis A | TRP

Baca Artikel Berkaitan: Kucing Dijangkiti Virus Parvo, Wanita Ini Kongsi 5 Langkah Merawat | TRP

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd