Now Reading
118 Mall @ Merdeka 118 Dibuka Ogos Ini, Jadi Lokasi Gaya Hidup, Budaya & Komuniti Di KL

118 Mall @ Merdeka 118 Dibuka Ogos Ini, Jadi Lokasi Gaya Hidup, Budaya & Komuniti Di KL

Terletak di presint bersejarah Merdeka 118, 118 Mall menghimpunkan lebih dari 300 kedai dalam satu destinasi bertaraf dunia.

Terletak di presint bersejarah Merdeka 118, bangunan kedua tertinggi di dunia. 118 Mall secara rasmi membuka pintunya pada bulan Ogos ini.

Pusat beli-belah baru ini terletak tidak jauh dari Jalan Petaling dan bersebelahan dengan bangunan ikonik seperti Stadium Merdeka dan Stadium Negara.

Satu Destinasi Yang Menghubungkan Komersial, Budaya & Komuniti Tempatan

Gambaran ruang dalam 118 Mall. (Foto: Buchan)

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd, Datuk Izwan Hasli Ibrahim, 118 Mall dibangunkan sebagai sebahagian penting daripada ekosistem Merdeka 118 yang lebih besar.

“118 Mall memainkan peranan penting dalam melengkapkan pengalaman keseluruhan presint ini dengan menghubungkan elemen peruncitan, hospitaliti, budaya, komuniti dan mercu tanda dalam satu destinasi dinamik yang melambangkan identiti unik Malaysia,” katanya.

Dengan lebih 70% ruang komersial telah diisi, pusat beli-belah ini dijangka menjadi ruang gaya hidup baharu yang melengkapkan pengalaman urban di ibu kota.

Malaysian Artisan District: Ruang Yang Mengangkat Identiti Tempatan
Menampilkan lebih dari 300 kedai untuk pengunjung. (Foto: Buchan)

Antara elemen paling menonjol di 118 Mall ialah Malaysian Artisan District (M.A.D.), sebuah ruang seluas 80,000 kaki persegi yang memberi tumpuan kepada seni, budaya dan kreativiti tempatan.

Ia bukan sekadar ruang runcit, tetapi berfungsi sebagai platform yang menghimpunkan:

  • Seni kraf tangan
  • Hasil kreatif tempatan
  • Produk dan rekaan berasaskan identiti Malaysia

Pendekatan ini menjadikan M.A.D. sebagai ruang yang memperkenalkan cita rasa tempatan dalam suasana yang lebih moden.

Makanizm Food Hall Menampilkan Pelbagai Pilihan Makanan Yang Ada Di Malaysia
Gambaran ruang dalaman 118 Mall. (Foto: Buchan)

Di tengah-tengah Malaysian Artisan District terletaknya Makanizm Food Hall, sebuah ruang seluas 40,000 kaki persegi yang meraikan kepelbagaian makanan Malaysia.

Antara jenama yang bakal mengisi ruang ini termasuk:

  • Kenny Hills Cafe
  • ZUS Coffee
  • Eight Ounce Coffee
  • Oriental Kopi
  • Serai Premium
  • Dolly DimSum
  • Cili Kampung

Jika anda sering ke pusat membeli-belah untuk makan, sudah tentu anda akan gembira dengan barisan kedai tempatan yang ada ini.

Pelbagai Jenama Antarabangsa Mewah Untuk Membeli-belah

Selain jenama tempatan, 118 Mall turut menghimpunkan pelbagai jenama antarabangsa dalam satu ruang yang sama.

  • Coach
  • Hackett London
  • Cole Haan
  • Skechers
  • ASICS
  • Li-Ning
  • Village Grocer
  • HappiKiddo
SOGO118 Tampil Dengan Konsep Baru Lebih Moden

Salah satu tarikan utama yang bakal mencuri perhatian ramai ialah SOGO118, versi evolusi baharu kepada jenama SOGO yang sinonim di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Konsep baharu ini tampil lebih moden dan memberi fokus kepada gaya hidup generasi masa kini, termasuk:

  • Bar matcha
  • Pilihan produk kecantikan dari negara Asia
Naik Ke Tingkat 4, Anda Bakal Jumpa Sebuah Piazza Bernama The Atmosphere
Gambaran Ruang 118 Mall. (Foto: Buchan)

Di aras 4, pengunjung akan menemui The Atmosphere, sebuah piazza seluas 20,000 kaki persegi yang direka sebagai ruang interaksi.

Dilengkapi kubah kaca besar serta skrin LED definisi tinggi, ruang ini mampu menampung pelbagai aktiviti seperti:

  • Festival komuniti
  • Pertunjukan fesyen
Destinasi Baru Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026

Dengan skala pembangunan yang besar menggabungkan pelbagai elemen dalam satu bangunan. 118 Mall bakal menjadi destinasi utama di ibu kota bertaraf dunia.

Tinggal lagi beberapa bulan lagi sebelum pembukaan rasmi, rasanya tidak sabar untuk melihat lagi sebuah mercu ikon di negara kita.

Baca Artikel Berkaitan: Merdeka 118 Diiktiraf Bangunan Tinggi Terbaik Dunia, Utamakan Kelestarian Alam | TRP

Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebab Kenapa Logo Maybank Diletakkan Pada Menara Merdeka 118 | TRP

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd