Now Reading
Bukan Sekadar Rawatan Biasa, Pelepasan Cukai Perubatan Hanya Untuk Penyakit Serius

Bukan Sekadar Rawatan Biasa, Pelepasan Cukai Perubatan Hanya Untuk Penyakit Serius

Antara jenis penyakit kronik yang dibenarkan tuntutan pelepasan cukai ialah kanser, serangan jantung, sakit buah pinggang kronik dan penyakit Parkinson.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perubatan adalah salah satu kategori yang layak mendapat pelepasan cukai di bawah Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN).

Namun mungkin ada yang turut memfailkan perbelanjaan rawatan biasa di klinik bagi tujuan pengurangan pembayaran cukai.

Sebenarnya, perkara ini tidak dibenarkan dan boleh menyebabkan permohonan tuntutan anda ditolak, malah dikenakan penalti pula kerana melakukan kesalahan ini.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Cara Daftar & Isi E-Filing Cukai Pendapatan 2024 Untuk ‘First Timer’

Baca Artikel Berkaitan: Ini 4 Sebab Kenapa Anda Akan Dihubungi LHDNM Walaupun Dah Buat e-Filing

Pelepasan Cukai Perubatan Hanya Untuk Penyakit Serius

Perkara ini dijelaskan oleh seorang Akauntan Bertauliah, Wan Nurfatin Aliaa, menerusi hantaran di Threads, yang menegur tabiat orang ramai mengumpul resit klinik bagi rawatan tidak serius seperti demam dan selesema.

Dia yang juga merupakan seorang ejen cukai berdaftar berkata, pelepasan cukai perubatan sebenarnya hanya dibenarkan bagi penyakit serius atau kritikal.

Menurutnya, istilah penyakit serius ini perlu dirujuk kepada garis panduan rasmi LHDN.

“Contohnya macam kanser, penyakit jantung, kegagalan organ, dan sebagainya. Demam, flu, atau selsema memang tiada dalam senarai tu,” katanya.

Merujuk kepada Lampiran A Permohonan Potongan Cukai LHDN, berikut merupakan jenis penyakit kronik/ serius yang dibenarkan:

  • Kanser
  • Serangan jantung
  • Pulmonary hypertension
  • Sakit buah pinggang kronik
  • Sakit hati kronik
  • Fulminant viral hepatitis
  • Kecederaan di kepala disebabkan kemalangan
  • Tumor dan kecacatan pembuluh darah di otak
  • Melepuh dan melecur kerana kebakaran
  • Pemindahan organ utama
  • Penyakit Parkinson
  • Penyakit HIV dan AIDS
  • Pemindahan kaki dan/atau tangan
Antara jenis penyakit kronik yang boleh dibuat tuntutan pelepasan cukai

Tuntutan Pelepasan Cukai Perubatan Mempunyai Kategori Berbeza

Selain itu, Nurfatin berkata orang ramai perlu memahami perbezaan antara kategori tuntutan perubatan yang dibenarkan.

Antaranya adalah:

  • Pelepasan Perubatan Penyakit Serius
  • Pelepasan Pemeriksaan Kesihatan Penuh
  • Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa

Dia menjelaskan bahawa setiap kategori mempunyai syarat-syaratnya yang tersendiri.

Tuntutan Pelepasan Cukai Boleh Ditolak & Dikenakan Penalti Jika Lakukan Kesalahan Ini

Jadi salah ke kalau buat tuntutan LHDN bagi kesakitan biasa macam demam dan selesema di bawah kategori penyakit serius ni?

Nurfatin menegaskan bahawa sistem LHDN pasti akan dapat mengenal pasti ketidakpadanan tersebut.

“Mereka bukan tak tahu, sistem data mereka sekarang boleh semak silang dengan rekod klinik dan hospital,” katanya.

Tambahnya lagi, jika LHDN melakukan semakan audit dan mendapati kesalahan ini, mereka berhak menolak tuntutan tersebut sepenuhnya.

Malah pembayar cukai bukan setakat perlu membuat pembetulan cukai, namun terdapat juga risiko dikenakan penalti.

View on Threads

Senarai Pelepasan Cukai Bagi Kategori Perubatan & Keperluan Khas

Di bawah kategori Perubatan dan Keperluan Khas, seorang pembayar cukai boleh membuat tuntutan bagi diri sendiri, pasangan atau anak.

Namun seperti dinyatakan di atas, tuntutan ini tidak dibenarkan bagi semua jenis penyakit dan tertakluk kepada perkara tertentu.

Berikut merupakan tuntutan perubatan yang boleh dibuat bagi tujuan pengurangan cukai dengan tuntutan keseluruhan maksimum RM10,000:

  • Penyakit serius
  • Rawatan kesuburan
  • Pemvaksinan (terhad RM1,000)
  • Pemeriksaan dan rawatan pergigian (Terhad RM1,000)
  • Pemeriksaan perubatan (Terhad RM1,000)
    • Pemeriksaan perubatan penuh
    • Ujian pengesanan penyakit
    • Pemeriksaan kesihatan mental/ konsultasi
    • Pembelian peralatan pemeriksaan kesihatan sendiri
    • Pembelian kit ujian kendiri
  • Diagnosis/ intervensi awal/ pemulihan anak berumur 18 tahun dan ke bawah yang kurang upaya pembelajaran (Terhad RM6,000)
Antara tuntutan perubatan yang dibenarkan.

Selain itu, tuntutan pengurangan cukai juga boleh dibuat bagi ibu bapa dan datuk nenek sehingga RM8,000 yang tertakluk kepada:

  • Rawatan perubatan, rawatan pergigian, keperluan khas dan penjagaan
  • Pemeriksaan perubatan penuh dan pemvaksinan (Terhad RM1,000)

Pengurangan cukai juga boleh dibuat bagi perbelanjaan peralatan sokongan asas untuk Orang Kurang Upaya (OKU) yang termasuk diri sendiri, pasangan, anak atau ibu bapa, terhad kepada RM6,000.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tak Fail Cukai Pendapatan LHDN Boleh Kena Potongan CP38 Walaupun Dah Buat PCB

Baca Artikel Berkaitan: Tersilap Isi Borang Cukai LHDN 2024, Ini Langkah-Langkah Buat Pembetulan

Baca Artikel Berkaitan: LHDN Gesa Orang Ramai Semak & Lunaskan Cukai Sebelum Disekat Untuk Perjalanan Ke Luar Negara


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd