Now Reading
“Apa Tujuan Sebenar?” – UAI Kongsi Hukum Upload Gambar Harta Di Platform Media Sosial

“Apa Tujuan Sebenar?” – UAI Kongsi Hukum Upload Gambar Harta Di Platform Media Sosial

Kalau anda perasan, semakin ramai dalam kalangan warganet yang suka memuat naik gambar atau video harta dimiliki di akaun media sosial masing-masing.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penggunaan media sosial sudah menjadi satu benda ‘wajib’ bagi sesetengah individu. Bukan untuk hiburan semata-mata, malah ramai juga yang menggunakan platform tersebut untuk urusan kerja.

Selain itu, ramai orang turut selesa berkongsi kehidupan masing-masing di Instagram, TikTok, Threads dan sebagainya. Ada yang berkongsi perkara yang terjadi kepada mereka, dan ada juga sesetengah yang suka memuat naik gambar harta benda dimiliki sekarang.

Mungkin segelintir akan berpandangan negatif dan terus berfikir bahawa individu itu mahu menunjuk-nunjuk.

Bagaimanapun bagi sesetengah orang, mereka hanya mahu menghargai pencapaian diri sendiri sahaja dan menjadikannya sebagai sumber motivasi.

Foto: Aktif menggunakan media sosial

Baca Artikel Berkaitan: “Kena Bijak Guna Media Sosial” – Wanita Ini Tegur Individu Sebar Aib Sendiri Guna Trend Di TikTok

Baca Artikel Berkaitan: Ini Hukum Wanita Islam Ikuti Trend ‘Body Tea’ Di Media Sosial

Hukum Seseorang Update Gambar Harta Di Media Sosial

Baru-baru ini, pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menerusi satu sesi tazkirah ada mengulas lebih lanjut mengenai topik ini.

Soalan: Apakah hukum kita update gambar kasut mahal kita dalam Facebook? Nak bagi orang tengok sekarang kita boleh berlari, boleh berjoging.”

Menurut UAI, terdapat dua hukum bagi situasi ini. Ia berbalik kepada tujuan sebenar seseorang itu memuat naik gambar hartanya di media sosial.

Situasi pertama: Seseorang memuat naik gambar kasut kerana mahu berterima kasih kepada pakcik yang sudah membelikannya sebagai hadiah.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Pexels

Jelas pendakwah itu, dalam situasi di atas, hukum memuat naik foto harta di media sosial adalah harus.

Jika hanya untuk berkongsi cerita bahawa anda sudah membeli barang baharu tanpa niat untuk bersombong, maka tiada masalah.

Jika Niat Untuk Berlagak, Maka Hukumnya Haram

Bagaimanapun, jika niat seseorang adalah untuk menunjukkan bahawa orang lain tidak mampu, atau dalam erti kata mudah berlagak, maka hukumnya boleh jatuh haram.

Gambar sekadar hiasan.
Foto: Janaan AI

“Kalau nak khabarkan dekat kawan-kawan, kita beli kasut baharu, hukumnya harus. Jangan gaduh, nak haramkan atau dosakan orang. Faham? Ikut tujuan.

“Ni baru beli Myvi. Tujuan nak khabar (cakap) dekat saudara, sepupu dia yang dia dah beli Myvi dan sampai harini. Jadi dia pun post gambar, hukumnya harus.

“Tujuan nak menyombongkan diri nak cakap aku seorang je hebat, hukumnya haram.”

Baca Artikel Berkaitan: Ustaz Terangkan Pakaian ‘Syuhrah’ Dilarang Dalam Islam, Netizen Pula Tag Aina Abdul Sebagai Teguran? [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Guna Agama Untuk Menunjuk Tergolong Dalam..” – Hukum Syirik Besar & Kecil, UAI Dedah Perbezaannya

Manusia Sombong Tidak Akan Masuk Syurga

Memetik portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sombong merupakan satu sikap yang dilarang keras dalam Islam. Firman Allah SWT di dalam al-Quran:

وَلَا تَمْشِ فِي الأرْضِ مَرَحًا إِنَّكَ لَنْ تَخرِقَ الأَرْضَ وَلَنْ تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولًا

Maksudnya: Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.

[Surah al-Israa’ (37)]

Nabi Muhammad SAW pula bersabda:

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ

Maksudnya: Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong.

Sahih Muslim (51)


Jadi kesimpulannya, sebelum memuat naik sesuatu hantaran di media sosial, tanya balik pada diri sendiri. Apakah tujuan sebenar posting itu? Hanya sekadar berkongsi atau mahu menunjuk-nunjuk atau wujudkan perasaan takbur?

Meskipun hanya terdetik untuk berlagak walau sesaat, jauhilah perbuatan tersebut dan bersihkan hati dengan bertaubat.

Ingat, media sosial ini boleh menjadi lubuk fitnah jika tidak digunakan dengan betul.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd