Lembaga Zakat Selangor Sediakan Sumbangan Pendidikan RM100 Untuk Anak Yang Masih Bersekolah
Untuk info, permohonan SIDDIK (Sumbangan Pendidikan Anak Muzakki Selangor) dibuka hingga 31 Mei 2026 sahaja.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Terdapat banyak perkara perlu disediakan buat anak-anak bersekolah tidak kira di peringkat sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Ini termasuklah yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), buku , alat tulis, pakaian dan banyak lagi.
Buat mereka yang mempunyai ramai anak, ia mungkin agak membebankan dari segi kewangan lebih-lebih lagi jika semua keperluan tersebut perlu disediakan dalam masa yang sama.
Namun usah risau, sebenarnya banyak organisasi atau agensi menyediakan sumbangan pendidikan untuk anak-anak yang masih bersekolah.
Permohonan SIDDIK Dibuka Hingga 31 Mei 2026
Kalau anda nak tahu, Lembaga Zakat Selangor (LZS) juga ada menyediakan sumbangan pendidikan dikenali sebagai SIDDIK (Sumbangan Pendidikan Anak Muzakki Selangor) buat pelajar sekolah berusia 7 hingga 17 tahun (darjah satu hingga tingkatan lima).
Untuk pengetahuan, SIDDIK ialah inisiatif di bawah LZS sebagai tanda penghargaan kepada para pembayar zakat (Muzakki).

Sumber: Malay Mail
Ia bertujuan untuk menyokong pendidikan anak-anak Muzakki melalui sumbangan khas berbentuk simpanan pendidikan bernilai RM100 secara one-off.
Bayaran tersebut akan disalurkan dalam bentuk simpanan pendidikan Akaun Simpanan SSPN Prime.
Untuk info, permohonan hanya boleh dibuat pada tahun berikutnya selepas bayaran zakat dibuat.
Sebagai contoh, jika zakat dibayar pada tahun 2025, permohonan boleh dibuat pada tahun 2026. Bagi edisi kali ini ini, permohonan telah dibuka sejak 1 Mac 2026 dan ditutup hingga 31 Mei 2026.

Syarat Kelayakan Sumbangan SIDDIK
Syarat kelayakan bagi permohonan ini adalah:
- Muzakki hendaklah menunaikan zakat harta antara RM500 hingga RM5,000 dalam tempoh setahun layak memohon.
- Hanya bayaran zakat harta diambil kira bagi kelayakan ini, manakala zakat fitrah tidak termasuk dalam pengiraan.
- Anak pembayar zakat wajib sedang bersekolah di institusi pendidikan yang diiktiraf dalam negara.
- Salah satu bayaran zakat mestilah dilakukan pada bulan Oktober, November atau Disember, dan jumlah keseluruhan bayaran mestilah memenuhi syarat kelayakan.
Bagi pembayar zakat, anda mungkin akan menerima SMS ini dan berpeluang untuk mendapatkan sumbangan SIDDIK 2026 sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan.
View on Threads
Bagaimana Sumbangan SIDDIK Disalurkan?
- Sumbangan akan dikreditkan ke dalam Akaun SSPN Prime atas nama anak pemohon.
- Jika belum mempunyai akaun, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan memaklumkan melalui e-mel tentang pembukaan akaun.

Ini Langkah-langkah Permohonan SIDDIK 2026
Kepada mereka yang tidak pernah melakukan permohonan sumbangan SIDDIK, di sini kami kongsikan langkah-langkahnya:
- Permohonan dibuat secara atas talian melalui portal eZO Zakat Selangor.
- Kemudian isi kesemua maklumat diminta. Pastikan semua maklumat peribadi anak dan pemohon diisi dengan betul bagi mengelakkan permohonan tersebut ditolak.
Lampiran Yang Perlu Disediakan Untuk Permohonan SIDDIK 2026
Kepada pembayar zakat yang mahu membuat permohonan, ini senarai dokumen yang anda perlu ada:
- Sijil Lahir Anak (tidak memerlukan cop pengesahan dokumen).
- Lampiran daripada Sistem APDM (pengesahan belajar bagi sekolah di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau Sistem IDME (pengesahan belajar bagi sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Lampiran ini tidak memerlukan cop pengesahan dokumen).
- Penyata Bayaran Yuran Sekolah arau Surat Pengesahan (selain sekolah di bawah KPM dan JAIS). Lampiran ini memerlukan cop pengesahan dokumen oleh pihak sekolah atau pihak autoriti.
Salinan dokumen perlu mendapat pengesahan oleh (salah seorang wakil):
- Wakil Rakyat
- Penghulu
- Ketua Kampung
- Ketua Penduduk
- Nazir Masjid
- Pengerusi Surau
- Penolong Amil Kariah
- Pegawai Gred A
- Ketua Operasi Agihan Daerah LZS
- Ketua Jabatan LZS
- Pengurus LZS
- Ketua Cawangan LZS
Hubungi Lembaga Zakat Selangor Untuk Pertanyaan Lanjut
Buat mereka yang layak tetapi belum membuat permohonan, anda mempunyai lebih kurang sebulan daripada sekarang. Jangan terlepas!
Anda boleh mengemukakan permohonan [DI SINI].
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai SIDDIK 2026, anda boleh rujuk saluran di bawah:
- Portal LZS
- Facebook LZS
- Instagram LZS
- X (@zakatselangor)
- TikTok (@zakatselangor)
- Talian: +60 1-300-88-4343
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



