Anda Nak Beli Rumah? Lawat Kawasan Pada Waktu Berbeza Sebelum Buat Keputusan
Seorang pengguna Threads (@skoda.uncles) berkata penting untuk memahami rutin pada waktu berbeza di sesebuah kawasan perumahan sebelum membuat keputusan membeli rumah.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Membuat pembelian rumah merupakan satu keputusan besar yang memerlukan seseorang untuk berfikir sebaiknya.
Kalau tersilap langkah, rumah yang bakal menjadi syurga keluarga mungkin akan menjadi tempat yang membawa kesusahan.
Nak jual balik rumah yang bermasalah pula bukanlah mudah dan anda mungkin terpaksa menanggung kerugian dengan membuat bayaran balik pinjaman sepenuhnya.
Baca Artikel Berkaitan: Nak Beli Rumah Pertama? Tips Influencer Ini Boleh Selamatkan Anda Dari Tersalah Langkah!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Mampu Ke Nak Beli Rumah Sebelum Umur Cecah 25 Tahun? Ini Kata Pakar Kewangan
Lawat Kawasan Sebelum Buat Keputusan Beli Rumah
Menerusi hantaran di Threads (@skoda.uncles), seorang lelaki berkongsi satu tips penting bagi mereka yang sedang survey hartanah untuk dibeli.
Katanya, seseorang perlu melawat kawasan rumah sekurang-kurangnya tiga kali sebelum membuat keputusan membeli hartanah tersebut.
Lawatan juga perlu dibuat pada waktu yang berbeza termasuk pagi, malam dan hujung minggu bagi mengetahui keadaan sebenar di sekeliling kawasan tersebut.
#1. Melawat Pada Waktu Pagi
Melawat kawasan rumah pada waktu pagi penting bagi memahami situasi peak hour terutamanya membabitkan perjalanan ke tempat kerja dan ke sekolah anak.
Katanya, dia akan ke kawasan rumah sebelum Subuh ataupun menginap di hotel berhampiran untuk merasai sendiri keadaan lalu lintas di waktu pagi.
“Uji jalan untuk ke sekolah dan jalan keluar kawasan untuk ke tempat kerja. Boleh ditanggung atau tak? Kalau rajin, test sekali waktu balik kerja,” katanya.
Dalam bahasa mudahnya, cuba berpura-pura seperti anda tinggal di sana untuk lihat sama ada anda boleh bertahan dengan rutin perjalanan yang sama selama berpuluh tahun lamanya.
“Rutin pagi dan waktu nak pergi kerja ni penting sebab dia akan tentukan kita hidup stres ke tak. Dah la bayar rumah 30 tahun, tapi tak mesra rutin, stres. Anda akan mempersoalkan keputusan itu setiap hari,” ujarnya.

#2. Melawat Pada Waktu Tengahari
Selain pada waktu pagi, penting juga untuk melawat kawasan rumah pada waktu tengahari di hari bekerja.
Dia berkata, tujuan lawatan ini adalah untuk mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang aktiviti industri berdekatan yang dijalankan di siang hari sehingga menyebabkan pencemaran bunyi.
Lawat juga kawasan rumah di hari minggu untuk mengetahui keadaan lalu lintas.
#3. Melawat Pada Waktu Malam
Melihat keadaan di kawasan perumahan pada waktu malam juga penting sebelum membuat keputusan membeli rumah.
Ini kerana banyak perkara yang tidak sepatutnya atau bertentangan dengan undang-undang sering dijalankan pada sebelah malam.
“Nak pastikan vibe kawasan tu pada waktu malam. Rasa selamat tak nak jalan situ malam-malam?
“Bising banyak mat rempit? Ada kupu-kupu malam? Parking bertindan-tindan?” soalnya.
Jangan lupa, terdapat juga kawasan perindustrian yang melepaskan sisa cecair pada waktu malam yang bukan sahaja menghasilkan bau busuk tetapi boleh menjadi risiko kepada kesihatan.
Kalau kawasan rumah ada ciri-ciri ini pada waktu malam, lebih baik batalkan sahaja hasrat membeli hartanah berkenaan.

#4. Jangan Percaya Sepenuhnya Pada Iklan
Selain itu, dia turut mengingatkan orang ramai agar tidak mempercayai iklan rumah sepenuhnya.
Sebagai contoh, jika tertulis ayat “Hanya 15 minit ke KLCC”, perkara ini tidak semestinya benar kerana belum merangkumi waktu anda tersekat dalam kesesakan lalu lintas.
Sebaliknya, dia memberi cadangan agar anda mencuba sendiri perjalanan tersebut.
#5. Jangan Terpengaruh Dengan Showroom
Jika mahu membeli rumah yang baru disiapkan, selalunya anda akan dibawa untuk melihat dahulu showroom.
Namun lelaki itu mengingatkan pembeli agar tidak terpengaruh dengan reka bentuk yang ditunjukkan.
Ini kerana ia dibina dengan tujuan untuk menarik minat anda, tetapi mungkin tidak menunjukkan keadaan sebenar di kawasan persekitarannya.
Sebaliknya, penting untuk memberi fokus kepada situasi atau perkara yang boleh anda semak sendiri.
View on Threads
Lawat Rumah Pada Musim Tengkujuh Untuk Semak Situasi Banjir
Di samping itu, beberapa pengguna Threads lain turut mencadangkan individu agar melawat kawasan rumah ketika musim hujan lebat.
Ini adalah penting untuk mengetahui sama ada kawasan tersebut mengalami masalah naik air atau banjir.
Ada juga yang mencadangkan agar cuba ke tempat makan berhampiran dan berbual dengan penduduk tempatan untuk mengetahui tentang situasi sebenar ketika musim tengkujuh.
Melawat ke rumah ketika hujan juga dapat membantu mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang kebocoran yang berlaku.




Boleh Mohon Surat Dari KPKT Jika Terbeli Projek Perumahan ‘Sakit’
Selain rumah yang sedia ada, mungkin ada juga yang lebih berminat untuk membuat pembelian projek perumahan yang masih dalam pembinaan. Tapi bagaimana jika projek tersebut lewat disiapkan?
Menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, projek perumahan yang gagal disiapkan dalam tempoh seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Jual Beli (S&P) dikenali sebagai ‘projek sakit’.
Dalam situasi ini, individu boleh memohon surat pengesahan projek sakit dari KPKT menerusi pihak Jabatan Perumahan Negara.
Dalam masa sama, JPN juga akan mencadangkan kepada pihak bank agar mengurangkan bayaran faedah atau menstruktur semula pinjaman perumahan yang dibuat oleh pembeli.
Dokumen yang diperlukan bagi permohonan ini ialah:
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad) pembeli
- Borang Aduan JPN (Lampiran)
- Salinan penuh Perjanjian Jual Beli (S&P)
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: Pertama Kali Beli Rumah? Ini Tips Penting Beli Kediaman Yang Sesuai
Baca Artikel Berkaitan: Pertama Kali Beli Rumah & Baru Dapat Kunci? Ini ‘Next Step’ Yang Anda Perlu Lakukan
Baca Artikel Berkaitan: Nak Cepat Habiskan Loan Rumah? Ejen Hartanah Ini Dedah ‘Trick’ Jimat
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.