Wanita Kongsi Silap Fresh Grad Selalu Buat Setiap Kali Online Interview
Meskipun sesetengah kesilapan ini adalah biasa dan kerap dilakukan calon, tetapi ia mungkin punca utama mengapa anda tidak melepasi sesi temu duga sehingga kini.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Memang betul, pasaran kerja hari ini semakin kompetitif dengan jumlah calon yang ramai termasuklah dari golongan graduan baharu.
Walaupun banyak jawatan kerja dibuka dalam pelbagai bidang, hakikatnya ramai yang tidak melepasi sesi temu duga meskipun mempunyai kelayakan serta kemahiran yang tinggi.
Jadi di manakah silapnya?
Baca Artikel Berkaitan: “Terus Hire & Dapat Gaji Lebih” – HR Kagum Gen Z Sediakan Dokumen Dengan Kemas Untuk Interview
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Teknik STAR Untuk Jawab Soalan Ketika Temu Duga Kerja
Baca Artikel Berkaitan: “Mak Duduk Sebelah Masa Interview” – Majikan & HR Kongsi Kerenah Para Calon Kerja Ketika Sesi Temu Duga
Ini Silap Graduan Baru Ketika Sesi Temu Duga Secara Panggilan Telefon
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang pengurus pengambilan (hiring manager) dikenali sebagai Ruzanna Aniza berkongsi antara kesilapan yang selalu dilakukan graduan baharu setiap kali melalui sesi temu duga secara atas talian.
Perkongsian itu adalah berdasarkan pengalaman Ruzanna sendiri yang menemu duga beberapa calon kerja melalui panggilan telefon sebelum ini. Antaranya:

#1. Cepat Panik
Menurut wanita itu, perasaan gementar semasa sesi temu duga adalah normal namun penting untuk calon mengawal emosi dan jangan panik. Apabila dalam mod panik, anda akan mula merapu dan mengeluarkan kata-kata yang tidak masuk akal.
Perkara tersebut kemudiannya akan menyebabkan majikan atau perekrut susah memahami setiap yang cuba diperkatakan.

“Kalau diorang (pihak syarikat) call dan tanya sama ada kamu lapang untuk berbual sebentar, jawab je elok-elok ‘Ya saya berkelapangan. Saya hanya perlu 10 saat untuk ambil pen dan buku nota saya.’ Lepas tu mute kejap, tarik nafas, jerit! Kemudian duduk betul-betul, dan bersedia,” katanya.
#2. Ramai ‘Sangkut’ Bahagian Perkenalkan Diri
Untuk setiap jenis temu duga, majikan atau pekerja Sumber Manusia (HR) pasti akan suruh anda memperkenalkan diri. Namun menurut Ruzanna, ramai juga graduan baharu yang tidak melepasi bahagian tersebut.
Hal ini kerana, mereka berkongsi perkara-perkara yang kompleks dan tidak sepatutnya dikatakan semasa sesi pengenalan diri.
“Padahal sebagai graduan baru, ini yang paling senang. Hanya perlu perkenalkan diri sendiri macam manusia biasa. (Sebut) nama, bidang, universiti, (berasal) dari mana, tinggal dekat mana sekarang, minat apa, dan sikit (info) kenapa kamu teruja dengan peluang nak jadi intern (contoh). Tak payah melebih sampai bunyi macam Miss Universe,” ujar wanita itu.

#3. Duduk Tegak & Senyum
Meskipun majikan atau perekrut tidak dapat melihat anda menerusi talian, namun mereka boleh tahu emosi anda pada ketika itu.
Justeru, calon harus duduk dengan tegak dan senyum sama seperti temu duga secara bersemuka.
“Percayalah dik, orang boleh dengar vibe awak menerusi panggilan telefon. Bila awak senyum, suara pun lain. Bila postur elok, keyakinan tu naik sikit. Fake dulu pun tak apa!”

#4. Fahami Setiap Yang Ditulis Dalam Resume
Calon juga diingatkan agar memahami setiap yang tertulis dalam resume sendiri. Meskipun kini ramai menggunakan AI (kecerdasan buatan) dalam menghasilkan resume, tetapi penting untuk anda menelitinya.
Selain itu, bersedia juga untuk menjawab sebarang soalan berkaitan perkara yang ditulis dalam resume. Sebagai contoh, jika calon menulis “mampu berkerja di bawah tekanan”, majikan mungkin akan bertanya tentang pengalaman atau senario yang pernah berlaku kepada anda sebelum ini.
Oleh disebabkan itu, jangan menipu info yang diletakkan di dalam resume.

#5. Jujur Tapi Berpada-pada
Memang tidak dapat dinafikan, ramai yang berhenti dan lompat kerja kerana mahu mendapatkan gaji lebih tinggi atau disebabkan persekitaran toksik di pejabat lama sebelum ini.
Namun jika HR bertanya sebab anda memohon jawatan itu, janganlah dedahkan sebab tersebut. Hal ini kerana ia mungkin membawa tanggapan buruk (bad impression) kepada anda.
Sebagai contoh, majikan mungkin akan berfikir bahawa calon mahu mendapatkan gaji tinggi semata-mata dan tidak minat terhadap jawatan ditawarkan.
Jelas Ruzanna, tidak semua perkara perlu dikongsikan.
View on Threads
Lelaki Kongsi Doa Untuk Temu Duga Kerja
Buat calon yang akan melalui temu duga tidak lama lagi tidak kira secara atas talian atau bersemuka, anda dinasihatkan untuk kekal tenang.
Sebelum ini, seorang lelaki dikenali sebagai Amirul menerusi hantaran di laman TikTok ada berkongsi doa yang boleh diamalkan setiap kali mahu berdepan dengan sesi temu duga.
Menurut Amirul, doa itu merupakan doa Nabi Musa AS yang diambil dalam al-Quran iaitu surah Taha ayat ke-25 hingga ke-28.
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Terjemahan rumi: Robbish rohlii shodrii, wa yassirlii amrii, wahlul u’qdatam mil lisaani yafqohu qoulii
Maksudnya: “Ya Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkan bagiku segala urusanku dan lancarkanlah lidahku, supaya mereka memahami kata-kataku.”
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kongsi Doa Untuk Temuduga Kerja, Ramai Akui Keberkesanannya [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Jawapan Untuk ‘Tackle’ Majikan Ketika Temuduga Kerja
Baca Artikel Berkaitan: Ini Tips Berguna Untuk Anda Yang ‘Last Minute’ Nak Pergi Temuduga Kerja
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Dedah Wujud Trend Guna Resume Palsu, Netizen Kesal Fresh Grad Tidak Jujur
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



