Now Reading
Asyik Mengidam Manis & Lemak Perut Tak Berkurang Mungkin Tanda Kerintangan Insulin

Asyik Mengidam Manis & Lemak Perut Tak Berkurang Mungkin Tanda Kerintangan Insulin

Penting untuk mengenal pasti tanda-tanda kerintangan insulin dengan awal kerana ia boleh menyebabkan pradiebetes dan diabetes jenis 2.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bukanlah sesuatu yang membanggakan apabila Malaysia menjadi negara dengan kadar diabetes tertinggi berbanding negara Asia Tenggara lain.

Malah, Malaysia disenaraikan sebagai negara ke-13 di seluruh dunia dengan prevelans diabetes tertinggi pada tahun 2024.

Berita ini sepatutnya membuatkan rata-rata rakyat Malaysia semakin cakna dengan diabetes dan mengambil langkah awal dalam mencegah penyakit ini.

Baca Artikel Berkaitan: “Diabetes Malaysia Tertinggi Di Asia Tenggara Bukan Perkara Membanggakan” – Perdana Menteri

Baca Artikel Berkaitan: Kira-Kira 20% Warga Emas Di Terengganu Disahkan Hidap Diabetes – Pengarah JKNT

Baca Artikel Berkaitan: “Kawal Pemakanan Masa Raya!” – Pesakit Diabetes Paling Banyak Terima Rawatan Ketika Aidilfitri

Masalah Diabetes Boleh Dikenal Pasti Lebih Awal Menerusi Simptom Kerintangan Insulin

Menerusi hantaran di Threads, pelajar perubatan yang dikenali sebagai Akmal Hakim, berkata majoriti kes kencing manis sebenarnya boleh dikesan 10 ke 15 tahun lebih awal.

Ini adalah dengan mengenal pasti tanda-tanda kerintangan insulin yang ditunjukkan oleh tubuh badan.

Sebagai info, insulin merupakan hormon yang bertanggungjawab dalam membantu menggerakkan gula dalam darah ke dalam sel untuk menjadi sumber tenaga.

Namun dalam keadaan kerintangan insulin, sel tidak bertindak balas dengan insulin seperti sedia kala, menyebabkan semakin banyak gula yang berkumpul dalam darah dan lebih tinggi penghasilan insulin.

Namun jika insulin masih tidak berhasil secara normal, keadaan ini akan membuatkan kadar gula dalam darah tinggi (hyperglycemia) yang boleh membawa kepada pradiabetes dan diabetes jenis 2.

View on Threads

5 Petanda Seseorang Ada Masalah Kerintangan Insulin

Berikut merupakan lima tanda seseorang mengalami masalah kerintangan insulin yang mungkin terlepas pandang.

Kesemua situasi ini juga boleh menjadi petanda awal bahawa seseorang berisiko mengalami penyakit diabetes pada masa akan datang.

#1. Bacaan Triglycerides Tinggi & HDL Rendah

Apabila kadar gula meningkat dalam darah, gula berlebihan ini akan diproses oleh hati untuk menjadi triglyceride, sejenis lemak yang menyimpan tenaga berlebihan.

Lemak ini kemudiannya akan disimpan dalam hati atau sel lemak (tisu adiposa).

Kebiasaannya apabila kandungan triglyceride tinggi, kadar lemak baik (HDL) pula akan berkurang.

Kedua-dua keadaan ini merupakan petanda penting bahawa badan sedang mengalami masalah kerintangan insulin.

#2. Asyik Mengidam Manis & Lesu Lepas Makan

Mungkin ada sesetengah orang rasa tak lengkap hari mereka kalau tak dapat sesuatu yang manis, sama ada minuman mahupun makanan.

Sebenarnya, kerap mengidam gula boleh menjadi petanda masalah kerintangan insulin.

Perkara ini terjadi kerana gula dalam darah gagal diproses menjadi tenaga, sekali gus membuatkan tubuh badan ingin mendapatkan sumber tenaga lain daripada gula.

Selain itu, seseorang juga mungkin mengalami masalah ini jika terus merasa lesu sebaik sahaja selepas makan.

Selepas makan terus rasa lesu dan mengantuk? Boleh jadi petanda kerintangan insulin.
#3. Muncul Skin Tag & Tompok Gelap Di Leher Atau Ketiak

Kutil atau skin tag boleh menjadi petunjuk bahawa kadar insulin di dalam badan terlalu tinggi dan selalu dimiliki oleh mereka dengan masalah kencing manis.

Menurut American Academy of Dematology Association (AAD), kutil turut menjadi petunjuk seseorang menghidap diabetes jenis 2.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] ‘Skin Tag’ Pada Kulit Boleh Jadi Petunjuk Masalah Diabetes

#4. Diet Tinggi Karbohidrat & Rendah Protein

Ini bukanlah simptom yang ditunjukkan oleh tubuh badan, tetapi merupakan amalan yang boleh menyebabkan anda berdepan masalah kerintangan insulin.

Makanan karbohidrat sememangnya akan meningkatkan kadar gula dalam darah, apatah lagi apabila digabungkan pula dengan protein rendah.

Ini kerana protein dapat membantu untuk stabilkan kadar gula dan mengelak daripada berlakunya peningkatan glukosa secara mendadak.  

Diet seimbang penting agar dapat mengelak kadar gula dalam darah tinggi.
#5. Lemak Degil Berkumpul Di Perut

Bagi sesetengah orang, mungkin lemak di perut mereka tidak hilang walaupun telah mengamalkan gaya hidup sihat termasuk diet, bersenam dan elakkan pengambilan gula.

Menurut Akmal, keadaan ini boleh disebabkan oleh masalah kerintangan insulin yang berlaku.

Ini kerana insulin merupakan sejenis hormon yang menyimpan lemak dengan menghalang proses lipolysis, iaitu memecahkan lemak menjadi asid lemak.

Jadi apabila kadar insulin meningkat akibat masalah kerintangan insulin, lemak akan semakin banyak terkumpul dalam tubuh badan.

Dah bersenam dan diet tapi lemak perut tak kurang-kurang mungkin simptom kerintangan insulin.

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Lemak Di Bahagian Perut Bahaya Untuk Kesihatan? Ini Sebabnya

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemuda Umur 21 Tahun Terpaksa Potong Kaki Sebab Kencing Manis, Minum Air Berkarbonat Setiap Hari


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd