Now Reading
“Boleh Jadi Haram” – UAI Perjelas Hukum Mengusik Orang Yang Kuat Melatah

“Boleh Jadi Haram” – UAI Perjelas Hukum Mengusik Orang Yang Kuat Melatah

Menurut pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus, hukum mengusik orang melatah boleh menjadi haram atau harus mengikut kepada situasi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perbuatan melatah dilihat sudah menjadi satu budaya di kalangan masyarakat Malaysia lebih-lebih buat golongan yang lebih berusia. Kadangkala, melatah itu boleh berjangkit kepada orang lain.

Kalau anda perasan, ada yang sampai menari dan tidak duduk diam selepas diusik. Macam-macam perkataan keluar daripada mulut. Malah perkataan yang tidak masuk akal juga disebutkannya.

Bagaimanapun berbalik kepada syarak agama, adakah perbuatan mengusik seseorang supaya dia melatah satu perkara yang dibolehkan dalam Islam?

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Raih 40 Juta Tontonan, Telatah Pramugara Tahan Gelak Gara-gara Penumpang Melatah Bikin Ramai Geli Hati!

Baca Artikel Berkaitan: “Mesti Melatah!” – Gelagat Abang J&T Menari Lepas Dengar Alarm CCTV Bikin Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: Lawak! Gelagat Isteri Kacau Suami Melatah, Buat Ramai Terhibur [Video]

Ini Hukum Kacau Orang Melatah Menurut UAI

Baru-baru ini, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI) menerusi satu sesi tazkirah ada berkongsi tentang hukum seseorang sengaja mengusik atau mengganggu individu yang melatah.

Soalan: “Berdosa ke jika masyarakat suruh orang melatah ni teruskan melatah lagi sampai terlompat-lompat, berjoget hingga menjadi aib? Penat si latah itu.”

Jelas UAI, ada situasi di mana hukum mengusik orang melatah adalah haram iaitu apabila perbuatan tersebut (melatah) mengaibkan individu berkenaan dan juga keluarganya.

“Bila dia melatah dia mencarut, haram kita usik. Bila melatah, dia buat perkara tidak senonoh, haram kita usik suruh latah. Bila dia latah, ternampak aurat dia, haram. Itu tak boleh.”

Bila Diharuskan Mengusik Orang Melatah?

Bagaimanapun, hukum mengusik seseorang ini boleh menjadi harus sekiranya perbuatan melatah menyebabkan individu itu mengeluarkan kata-kata yang menggembirakan.

Syaratnya adalah melatah itu tidak menjurus kepada penyebaran aib, perkataan tercela dan tidak memalukan keluarganya.

“Contoh dia kata Subhanallah atau Allahuakbar, itu haruslah,” jelas beliau.

Baca Artikel Berkaitan: “Kenapa Kejam Sangat” – Pakar Perjelas Punca Warganet Kerap Berkata Kasar Di Media Sosial

Melatah Kata-kata Yang Baik Boleh Menggembirakan Hati Orang Lain

Menerusi semakan kami, pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal menerusi hantaran di Facebook berkata seseorang itu akan berasa gembira sekiranya menggembirakan hati orang lain.

Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.anha, Nabi Muhammad SAW bersabda:

مَنْ أَدْخَلَ عَلَى أَهْلِ بَيْتٍ مِنَ الْمُسْلِمِينَ سُرُورًا لَمْ يَرْضَ لَهُ اللَّهُ ثَوَابًا دُونَ الْجَنَّةِ

Maksudnya: “Sesiapa yang menggembirakan mana-mana orang Islam maka Allah tidak akan memberinya pahala tanpa diberikan juga syurga.”

[Riwayat Al-Tabarani (910) di dalam kitab Al-Mu’jam Al-Saghir]

Latah Jatuh Bawah Kategori Penyakit Ke?

Kalau anda nak tahu, melatah bukanlah satu penyakit tetapi satu sindrom budaya khusus atau culture-bound syndrome (CBS).

Malah, latah juga telah disenaraikan di dalam Manual Diagnostik dan Statistik Penyakit (DSM-IV) serta Pengkelasan Penyakit Antarabangsa (ICD-10) sebagai CBS, iaitu gangguan mental yang disebabkan oleh budaya.

Penulis Lawrence Osborne mendapati bahawa masyarakat bumiputera di Sarawak mula melatah disebabkan oleh trauma atau akibat berjangkit dengan individu lain yang turut melatah.

Tegur Anak Jika Mula Melatah, Jangan Biasakan Hingga Jadi Refleks

Meskipun kadangkala melatah ini boleh mencetuskan suasana gembira, namun bagi si pelatah, aksi itu sebenarnya memenatkan.

Public Health Malaysia (PHM) dalam satu hantaran sebelum ini turut menasihati ibu bapa supaya menegur anak yang dilihat mula menunjukkan simptom melatah sewaktu usia masih kecil.

“Kalau nampak ada anak-anak dah mula belajar nak melatah tegur baik-baik. Jangan biasakan, mula-mula nak bergurau, suka dan lama-lama otak akan simpan sebagai refleks. Jangan biasakan sebab nanti akan jadi semakin teruk.”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd