Jual Sushi Bawah RM2, Kini Syarikat Empire Sushi Bernilai RM770 Juta
Empire Sushi ialah kisah tentang bagaimana sebuah syarikat yang dibina atas pembelian paling ringkas dalam runcit Malaysia kini bernilai hampir tiga perempat bilion ringgit.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Mesti anda pernah lalu di mana-mana cawangan Empire Sushi di pusat beli-belah namun langsung tidak pernah terfikir, “Ini syarikat bernilai RM770 juta.” Kan?!
Empire Premium Food Bhd, pengendali rangkaian kuih grab-and-go yang kini “menguasai” koridor pusat beli-belah di seluruh Malaysia, bakal membuat penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 17 April 2026.
Permintaan pelabur sangat tinggi — Initial Public Offering (IPO) ini terlebih langgan 23.3 kali, apabila 1.336 bilion saham dipohon, jauh melebihi 55 juta saham yang diperuntukkan kepada pelabur runcit Malaysia.
IPO ini melibatkan 218 juta saham baharu pada harga 70 sen sesaham, mengumpul RM152.6 juta untuk pembukaan 77 cawangan baharu, naik taraf outlet sedia ada, serta modal kerja.
Pada masa sama, tawaran jualan berasingan sebanyak 145 juta saham sedia ada memberikan RM101.5 juta terus kepada pengasas, pasangan suami isteri Nicole Lim dan Jordan Tan.
Penilaian: RM770 juta.
Produk: Sushi — yang suatu ketika dahulu sinonim dengan restoran hotel dan majlis istimewa dan kini dijual pada harga bawah RM2 seketul.
View on Threads
Bermula di Hypermarket
Bila ditubuhkan pada 2010, Lim dan Tan tidak ada restoran flagship, tiada dana pelabur, dan bukan jenama viral — mereka bermula secara sederhana, dengan kaunter konsainan di dalam hipermarket.
Kaunter khusus pertama mereka dibuka di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Dari situ, formulanya cukup jelas: buktikan ia berkesan, kemudian ulang.
Dua outlet menjadi empat, kemudian lapan, kemudian 16 — dan hari ini, Empire Sushi mengendalikan 143 cawangan di seluruh negara.
Kisah permulaannya juga cukup jujur.
Lim membesar pada era 1990-an, ketika sushi masih dianggap makanan mewah — sesuatu yang perlu berjalan jauh untuk dinikmati. Dia mahu menjadikannya makanan harian, manakala Tan, seorang chef sushi terlatih berkongsi visi yang sama.
Mereka berkahwin dan membina perniagaan bersama.
Dalam erti kata paling literal, ini ialah impian yang menjadi kenyataan.
Bahagian Di Mana Nombor Nampak “Tak Masuk Akal”, Sampailah Ramai Yang Mula Faham
Bagi tahun kewangan berakhir 2025, Empire Sushi mencatat angka yang membuatkan ramai terkesima:
- Hasil: RM235.6 juta
- Untung Sebelum Cukai: RM51.1 juta
- Margin PBT: 21.7%
- Jumlah unit terjual: 108 juta ketul
- Cawangan: 122 (meningkat kepada 143 setakat 25 Februari 2026)
- Perbelanjaan purata pelanggan: RM19.30
- Pelanggan setiap outlet sehari: ~274 orang
Setiap outlet menjana kira-kira RM1,139 keuntungan sehari.
Secara individu, angka ini mungkin nampak biasa. Tetapi darabkan dengan lebih 100 cawangan — dan ia berubah menjadi sesuatu yang jauh lebih besar.
Lebih menarik, margin keuntungan meningkat selama tiga tahun berturut-turut — daripada 10.6%, kepada 14.2%, dan kini 16.1%.
Ini bukan sekadar pertumbuhan. Ini pertumbuhan yang semakin efisien dan itulah yang menarik perhatian pelabur.
Pada FY2025 sahaja, Empire Sushi merekodkan 12.2 juta transaksi pelanggan — bersamaan sekitar 274 pelanggan sehari bagi setiap outlet.
Sebanyak 108 juta ketul sushi dijual dalam setahun, dengan purata perbelanjaan RM19.30 setiap kunjungan.
Kalau tahun lepas oriental kopi debut ipo, tahun ni giliran empire sushi pulak.
— Umar (@umarmaggi) March 27, 2026
Last year, Empire Food Berhad ni punya revenue dah cecah >200 juta.
Profit? >37 juta.
That’s a solid magin !
🧵 pic.twitter.com/1vCwaPGx3S
Strategi Yang Nampak Mudah — Atau Sebenarnya Genius
Empire Sushi tidak beroperasi seperti restoran biasa; hampir 90% outletnya ialah kaunter grab-and-go sepenuhnya.
Hanya 16 menawarkan tempat duduk makan di dalam. Tiada pelayan, tiada tempahan, dan tiada suasana premium untuk dikekalkan.
Model perniagaan ini dibina atas tiga idea utama:
Pertama: “Pinjam” trafik orang lain
Pusat beli-belah sudah pun melabur besar untuk menarik pengunjung. Empire Sushi hanya meletakkan kaunter di laluan utama dan membiarkan aliran manusia melakukan kerja pemasaran.
Kedua: Jual impuls, bukan hidangan
Pelanggan tidak perlu “mengidam” sushi. Cukup sekadar terlihat kabinet kaca yang menarik dan harga mampu milik — keputusan pembelian berlaku dalam beberapa saat.
Ketiga: Hapuskan segala “friction” = halangan atau kerumitan dalam proses membeli
Tiada set menu. Tiada minimum pembelian. Boleh beli satu ketul, boleh beli 30. Walaupun purata pelanggan berbelanja RM19.30, pengalaman itu langsung tidak terasa seperti komitmen besar.
View on Threads
Apa Berlaku Selepas IPO?
Menariknya, kisah ini tidak melibatkan chef selebriti, konsep fine dining, atau idea fusion yang kompleks.
Hanya kabinet kaca, koridor pusat beli-belah, dan harga mampu milik — diulang sebanyak 108 juta kali dalam setahun, di sebuah negara yang sudah sinonim dengan budaya mall.
Formulanya tidak rumit.
Tetapi untuk melaksanakannya pada skala besar, dengan margin yang terus meningkat, sambil memastikan produk kekal mampu milik untuk semua, daripada pelajar sekolah hingga pesara — itulah cabarannya.
Syarikat ini juga patuh Syariah, sekali gus meluaskan daya tarikannya dalam kalangan pelabur Muslim di Malaysia, termasuk melalui peruntukan khas Bumiputera dalam IPO.
Sama ada penilaian RM770 juta ini akan kekal, sama ada 143 outlet boleh berkembang menjadi 200, dan sama ada trafik pusat beli-belah terus relevan dalam dekad akan datang, itu semua persoalan seterusnya.
Buat masa ini, ringkasnya: sepasang suami isteri mula menjual sushi di hipermarket pada 2010 — dan 16 tahun kemudian, pasaran menilainya hampir tiga perempat bilion ringgit.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer & Assistant Editor.