Now Reading
Ini Langkah Perlu Dilakukan Jika Kereta Dilanggar Atau Terlibat Kemalangan, Jangan Panik Dulu!

Ini Langkah Perlu Dilakukan Jika Kereta Dilanggar Atau Terlibat Kemalangan, Jangan Panik Dulu!

Seorang lelaki sebelum ini bertanya di laman Threads tentang apa yang perlu dilakukan selepas kereta Perodua Ativa miliknya dilanggar semasa berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kemalangan jalan raya adalah antara insiden yang paling digeruni ramai. Kalau boleh semua langkah pencegahan dilakukan sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Namun kita sebagai manusia hanya mampu merancang. Kadangkala walaupun sudah sehabis baik memandu dengan berhemah, kemalangan masih boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain.

Bagaimanapun dalam situasi ini, anda harus kekal fokus dan cepat bertindak. Jangan pula sampai bergaduh dengan pihak yang menjadi punca kemalangan tersebut berlaku.

Baca Artikel Berkaitan: Mahu Tuntut Keadilan, Keluarga Mangsa Kemalangan Di Ipoh Mohon Saksi Tampil Buat Laporan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kereta EV Pernah Terlibat Kemalangan, Influencer Persoal Insurans Tak Isytihar ‘Total Lost’

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Sampai 5 Minit Towing Datang” – Wanita Dakwa Honda Jazz Sengaja Rempuh Kereta

Ativa Dilanggar Semasa Berhenti Di Lampu Isyarat

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki dikenali sebagai Mufifi berkongsi keadaan kereta jenis Perodua Ativa miliknya yang dilanggar semasa berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Jelasnya, pihak yang melanggar telah bersetuju untuk melakukan laporan polis dan meneruskan dengan tuntutan insurans.

Namun dia dalam masa sama turut berasa bimbang sekiranya pihak yang melanggar keretanya itu tidak tampil membuat laporan seperti yang dimaklumkan.

Dia kemudiannya bertanya kepada warga Threads tentang perkara yang perlu dilakukannya.

View on Threads

Warganet Kongsi Langkah Perlu Dilakukan Jika Terlibat Kemalangan

Menerusi ruangan balas, seorang pengguna Threads dikenali sebagai Anwar Shahrul telah berkongsi infografik panduan tentang langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya terlibat dalam sesebuah kemalangan.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Berhenti di tempat yang selamat dan menyalakan lampu hazard (lampu kecemasan).
  2. Ambil gambar situasi kemalangan termasuklah setiap kerosakan pada kereta kedua-dua pihak, nombor plat kenderaan, simpan maklumat lokasi dan jalan raya serta cukai jalan.
  3. Tukar maklumat dengan pihak yang melanggar atau dilanggar termasuk nama, nombor kad pengenalan atau lesen, nombor telefon, dan syarikat insurans.
  4. Jangan gaduh atau memaksa. Sekiranya ada pihak yang tidak mengaku kesalahannya, teruskan dengan proses undang-undang.
  5. Buat laporan polis dalam tempoh masa 24 jam.
  6. Hubungi syarikat insurans dan membuat aduan tentang kemalangan yang berlaku. Daripada situ, mereka akan memberikan arahan seterusnya. Pihak insurans juga mungkin akan menghantar lori tunda sekiranya kenderaan tidak boleh bergerak.
Sumber: Freepik

Yang penting simpan semua bukti perlanggaran dan dapatkan saksi kejadian jika perlu sebagai contoh dalam kes langgar lari.

Apa Perlu Buat Jika Dilanggar Kenderaan Tiada Insurans?

Mungkin ada juga yang keliru sama ada boleh membuat tuntutan kerugian atau tidak sekiranya kereta yang melanggar tidak mempunyai insurans. Jawapannya YA, boleh.

Tuntutan anda itu boleh dibuat ke atas individu yang melanggar dan pemilik kenderaan. Anda boleh menuntut ganti rugi secara persendirian daripada pihak yang tidak berinsurans, dan kes ini biasanya akan dibicarakan di mahkamah.

Berikut kami kongsikan juga langkah-langkahnya:

  1. Ambil gambar kereta pemandu yang melanggar dan keadaan gambar kereta anda.
  2. Catat nombor plat kenderaan pemandu yang melanggar untuk memudahkan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat carian dalam sistem.
  3. Dapatkan nombor telefon dan nama penuh.
  4. Membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam daripada waktu kejadian.
  5. Hubungi syarikat insurans anda.
  6. Segala proses tindakan akan bermula di mahkamah.
Sumber: Freepik

Apa Perlu Buat Jika Ada Dashcam?

Ramai juga sebenarnya pemandu kereta yang memiliki kamera dashboard (dashcam) yang berfungsi untuk merakam perjalanan dan boleh dijadikan bukti sekiranya berlaku kemalangan.

Jadi dalam situasi ini, apa yang boleh lakukan dengan rakaman dashcam tersebut?

  1. Jangan padam bukti dan segera pindahkan fail ke telefon atau peranti lain. Buat salinan video untuk lebih selamat.
  2. Simpan klip penuh sebelum, semasa dan selepas kejadian berlaku.
  3. Simpan fail original dan bukannya video yang sudah disunting.
  4. Gunakan rakaman dashcam sebagai bukti untuk membuat laporan polis, tuntutan insurans. Ia boleh menjadi penentu siapa yang bersalah dalam kemalangan tersebut.
Sumber: Shopee

Baca Artikel Berkaitan: [Video] 5 Kereta Kena Sagat Lepas Parkir Luar Kawasan LRT Glenmarie Undang Pelbagai Reaksi

Baca Artikel Berkaitan: “Salah Ke Tunggu Kejap?” – Proton X70 Himpit Treler Di Lampu Isyarat Undang Kritikan

Baca Artikel Berkaitan: “Jenis Tak Reti Sabar” – SUV Nyaris Dirempuh Lepas Cuba Memotong Di Double Line


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd