[Video] Wajib Ke Pergi Kenduri Kahwin Yang Dijemput Dari Group WhatsApp? Ini Penjelasan PU Salman
Menurut pendakwah bebas PU Salman, terdapat dua jenis jemputan majlis iaitu secara khusus ataupun umum sebagai contoh menerusi group WhatsApp.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau anda perasan semakin lama, semakin banyak adat atau budaya perkahwinan terdahulu yang mula ditinggalkan, sebagai contoh pemberian kad untuk menjemput tetamu hadir ke majlis.
Hal ini kerana ramai mula beralih ke arah digital seperti menghantar jemputan menerusi media sosial dan yang paling popular sekali di WhatsApp. Ia bukan sahaja menjimatkan wang, malah lebih efisien khususnya buat mereka yang selalu tercicir barangannya.
Malah dengan kecanggihan teknologi, alamat yang tertera pada sesetengah kad jemputan juga boleh diakses terus menggunakan aplikasi Waze / Google Maps untuk tujuan navigasi. Tetapi mungkin ada juga di kalangan jemputan yang tidak dapat menghadiri majlis atas sebab tertentu.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Boleh Ke Tak Hadir Jemputan Majlis Kahwin Sebab Tak Ada Duit Nak Bagi Pengantin? Ini Penjelasan UAI
Baca Artikel Berkaitan: [Video] UAI Perjelas Hukum Pengantin Terima Duit Dari Tetamu Majlis
Baca Artikel Berkaitan: Dapat Banyak Jemputan Kahwin Sampai Keliru Nak Pergi Mana Satu? Ini Apa Yang Patut Korang Buat
Ramai Mula Hantar Jemputan Perkahwinan Menerusi Group WhatsApp
Baru-baru ini, pendakwah bebas, PU Salman atau nama penuhnya Salman Maskuri menerusi perkongsian di akaun TikTok miliknya ada mengulas mengenai hukum menghadiri jemputan kenduri kahwin yang diundang menerusi hantaran di group WhatsApp.
Jelas beliau, secara umumnya menghadiri majlis perkahwinan selepas menerima jemputan adalah wajib. Menurut pandangan ulama Syafi’iyyah dalam Fiqh al-Manhaji pula, menghadiri jemputan walimatulurus adalah fardu ain.
Namun kadangkala, ada juga situasi di mana tuan rumah atau pemilik majlis tidak menjemput secara peribadi sebaliknya menghebahkan undangan tersebut secara umum. Dalam konteks ini adalah jemputan melalui group WhatsApp.

Tak Wajib Hadiri Majlis Perkahwinan Jika Dijemput Secara Terbuka
Menurut PU Salman, dalam mazhab Syafie dan Hambali, antara syarat wajib seseorang memenuhi sesuatu undangan perkahwinan adalah apabila jemputan itu diberi secara khusus dan bukannya secara umum.
Menghadiri majlis perkahwinan juga adalah satu kewajipan sekiranya jemputan itu diberi secara terus kepada tetamu atau sekiranya tuan rumah mewakilkan orang lain untuk menjemput. Dalam situasi ini, ia masih dikategorikan sebagai jemputan khusus.

Sumber: Facebook De’ Kenduri by Lufti Yussof
Maka hukum menghadiri kenduri perkahwinan yang dijemput menerusi group WhatsApp adalah tidak wajib. Malah hukumnya juga bukan sunat menurut Imam al-Nawawi.
Berdasarkan dalil sahih, Nabi Muhammad SAW menyebut:
“Bila salah seorang kamu dijemput ke undangan perkahwinan maka hendaklah kamu pergi.”
@pusalman Wajib ke pergi undangan walimah yg diperoleh dari grop wasap #wedding #kendurikahwin #fyppppppppppppppppppppppp ♬ bunyi asal – Pu salman
Tonton video penuh [DI SINI].
Kesimpulannya, individu boleh memilih untuk menghadiri atau tidak ke majlis perkahwinan sekiranya dijemput secara terbuka menerusi group WhatsApp.
“Kalau jemputan umum tidak wajib (menghadiri kenduri kahwin). Kalau nak pergi, pergilah tapi tak wajib. Kalau dia khusus kepada diri kita, dalam WhatsApp peribadi atau jumpa kita barulah wajib (pergi),” kata PU Salman.
Jemput Tetamu Secara Umum Menerusi Media Sosial Adalah Harus
Menerusi semakan kami, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga pernah mengulas isu mengenai undangan majlis perkahwinan melalui laman Facebook.
Menurut portal rasmi mereka, sesuatu perubahan adat dan gaya hidup boleh menjadi penentu atau pemutus hukum dalam permasalahan berlaku yang mana dalam konteks ini, tidak terdapat dalil jelas yang mengulas hukum seseorang menggunakan media sosial untuk menjemput tetamu ke sesebuah majlis.
Oleh disebabkan itu, hukum menjemput seseorang bagi menghadiri majlis perkahwinan menerusi laman Facebook adalah harus.
Baca Artikel Berkaitan: Makanan Kenduri Jadi Tak Cukup, MUA Nasihat Jangan Sesuka Hati Ajak Individu Lain Ke Majlis Kahwin Orang
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Geram Lihat Tetamu Kenduri Kahwin Lepak Lama Di Meja Hingga Ada Jemputan Lain Terpaksa Makan Di Lantai [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



