Now Reading
[Video] Pakar Nutrisi Kongsi Bahaya Kentang Yang Telah Bertunas

[Video] Pakar Nutrisi Kongsi Bahaya Kentang Yang Telah Bertunas

Kentang yang telah bertunas bermakna kandungan kompaun glycoalkaloid di dalamnya sudah semakin tinggi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ubi kentang merupakan salah satu sumber makanan yang menjadi pilihan ramai di seluruh dunia.

Sama ada direbus bersama sup, dijadikan kentang goreng atau dimasak sambal, sifatnya yang versatil membuatkan kentang sesuai dipadankan dengan makanan lain.

Walaupun begitu, orang ramai diingatkan agar berhati-hati sebelum memasak ubi kentang yang dibeli. Pastikan anda check sifatnya terlebih dahulu.

Toksin Dalam Kentang Akan Meningkat Apabila Sudah Bertunas

Menerusi hantaran di TikTok (@crystalnutritionist), Pakar Nutrisi yang dikenali sebagai Crystal, menjelaskan bahawa ubi kentang secara semula jadi mengandungi kompaun glycoalkaloid.

Tahap kompaun ini rendah sahaja ketika kentang masih segar, tetapi akan meningkat apabila ubi mula mengeluarkan tunas.

Crystal berkata ubi yang telah bertunas tidak sepatutnya dimakan kerana boleh menyebabkan kesan sampingan termasuk:

  • Demam
  • Sakit kepala
  • Loya
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Sakit perut

Boleh Potong Bahagian Bertunas Jika Kentang Masih Segar

Bagaimana pula jika kita potong bahagian yang telah bertunas sebelum memasak ubi tersebut?

Menurut Crystal, kentang yang baru sedikit tunasnya keluar boleh dimakan tanpa sebarang masalah selagi masih dalam keadaan yang segar dan keras.

Namun jika terdapat bahagian kentang yang telah berubah menjadi hijau, ini bermakna kandungan toksinnya sudah terlalu tinggi dan tidak sepatutnya dimakan lagi.

Jangan makan bahagian kentang yang telah berubah hijau atau bertunas.

Beli Kentang Dalam Kuantiti Berpatutan & Masak Segera

Dalam pada itu, Crystal menasihati orang ramai agar tidak membeli ubi kentang dalam jumlah yang terlalu banyak.

Sebaliknya, hanya beli dalam kuantiti yang mahu digunakan dan makan dengan segera.

Ini bagi mengelakkan kentang yang dikumpul mula bertunas dan menghasilkan toksin jika lambat dimasak.

Sebagai info, kentang sedemikian tidak sepatutnya dimakan lagi:

  • Telah berubah menjadi warna hijau
  • Telah bertunas
  • Sudah kecut atau menjadi lembik
  • Sudah berbau atau dinaiki kulat
  • Kentang yang berasa pahit selepas dimasak
@crystalnutritionist kentang yang bertunas boleh makan ke tak #kesihatan #makanan ♬ original sound – Crystal Nutritionist

Tonton video penuh [DI SINI].

Toksin Dalam Ubi Kentang Boleh Sebabkan Kematian Jika Terlalu Tinggi

Menurut Oregon State University, kompaun glycoalkaloid akan terkumpul di dalam kentang yang terdedah kepada cahaya yang membuatkannya bertukar menjadi hijau.

Glycoalkaloid adalah sedikit tinggi pada bahagian kulit kentang, dan lebih tinggi di sekitar tunas dan bahagian yang telah rosak.

Panel antarabangsa Joint Food and Agriculture Organization of the United States (FAO) and the World Health Organization (WHO) Expert Committee on Food Additives menetapkan kadar glycoalkaloid bawah 100 miligram bagi setiap kilogram kentang segar sebagai tidak bermasalah.

Namun glycoalkaloid boleh menjadi toksik kepada manusia pada kadar lebih 2 miligram bagi setiap kilogram berat badan.

Pada kadar 140 mg/kg berat badan, glycoalkaloid akan menghasilkan rasa pahit. Manakala kadar 200 mg/kg berat badan akan menyebabkan rasa panas terbakar di dalam mulut dan tekak.

Kadar glycoalkaloid yang tinggi boleh menyebabkan keracunan akut dengan simptom berbahaya termasuk:

  • Gangguan neurologi
  • Kadar nadi laju
  • Tekanan darah rendah
  • Koma
  • Kematian

Baca Artikel Berkaitan: Beetroot Ada Banyak Khasiat Tapi Rasa Macam Tanah? Wanita Ini Kongsi Tips Atasinya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd