[Video] Pilih Jalan Jauh Sebab Nak Dapatkan Ruhksah Solat Jamak & Qasar? Ini Penjelasannya
Mungkin ada segelintir dari kita sebelum ini menggunakan jalan yang jauh untuk mendapatkan keringanan solat jamak dan qasar namun tidak tahu sama ada ia boleh mahupun tidak.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Solat lima waktu merupakan ibadah yang wajib dilakukan oleh setiap umat Islam khususnya jika seseorang itu mencukupi syarat seperti baligh, waras dan sebagainya.
Walau bagaimanapun terdapat kemudahan dalam menunaikan solat mengikut situasi tertentu seperti jika sakit terdapat cara untuk memudahkan orang yang uzur seperti solat secara duduk atau baring mengikut kemampuan.
Selain itu, bagi mereka yang bermusafir pula boleh melakukan solat jamak dan qasar sekiranya perjalanan itu melebihi 2 marhalah.
Namun pernah ke antara kita yang secara sengaja mengambil jalan yang jauh hanya semata-mata kerana inginkan rukhsah untuk solat jamak walhal ada jalan yang dekat dan adakah perkara itu boleh dilakukan?
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Bangunkan Projek Rintis ‘Kalkulator Musafir’, Mudah Semak Kelayakan Solat Jamak & Qasar
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Jika Lakukan Solat Jamak Takhir, Waktu Mana Yang Perlu Didahulukan? Ini Penjelasan Ustaz Jafri [Video]
Ustaz Jafri jelaskan boleh atau tak ikut jalan jauh sebab nak rukhsah solat jamak dan qasar
Pendakwah bebas, Ustaz Jafri Mahmoodi dalam satu video di TikTok ada menjelaskan mengenai perkara ini.
Beliau awalnya memberikan satu situasi yang mungkin pernah dilalui oleh orang ramai.
“Macam mana kalau kita nak travel (berjalan) ke satu destinasi kemudian ada dua jalan. Satu jalan yang pendek, tak cukup 2 marhalah, dan satu lagi jalan yang jauh yang melebihi 2 marhalah.
“Boleh tak kalau kita sengaja je nak pilih jalan yang jauh tu untuk kita dapatkan rukhsah (kelongaran) jamak dan qasar dalam permusafiran kita? Jawabnya telah dinukilkan oleh Syeikh Zakaria Al Ansari dalam kitabnya tentang keadaan ini.
“Kalau seseorang yang sengaja memilih jalan yang jauh untuk ke destinasinya sedangkan ada jalan yang dekat sengaja sahaja. Tak ada sebab apa-apa melainkan dia nak dapat rukhsah, keringanan untuk dia dapat jamak dan qasar.
“Jawabnya, dia tak boleh untuk buat jamak dan qasar sebab dia sengaja memilih untuk jalan jauh tanpa sebab,” ujarnya.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Orang Berhutang Tak Boleh Solat Jamak & Qasar Ketika Bermusafir? Ini Penjelasannya [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Jawatankuasa Fatwa Johor Wartakan 81km Jarak Baru Syarat Sah Solat Jamak & Qasar
Jika ada sebab, maka boleh ikut jalan jauh dan dapat rukhsah jamak & qasar
Namun sekiranya seseorang itu mempunyai sebab untuk mengikut jalan yang jauh seperti menziarahi adik-beradik atau ingin membeli barangan keperluan atau dia menggunakan jalan tersebut kerana memudahkan dia ianya di bolehkan.
Contohnya, jalan tersebut dilalui individu tersebut kerana mudahkan dia atau kerana ingin menjimatkan wang kerana tol lebih murah dan sebagainya.
Maka ia tidak menjadi masalah dan dia boleh memilih untuk mengikuti jalan yang jauh serta layak mendapat keringanan dalam melakukan solat jamak dan qasar.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Boleh Ke Jamak & Qasar Jika Musafir Lebih 3 Hari Tapi Berpindah Tempat? Ini Penjelasannya [Video]
@jafrimahmoodi_off Ada 2 jalan untuk ke destinasi, satu dekat dan satu jauh. Bagaimana kalau sengaja memilih jalan jauh untuk dapatkan rukhsah jamak dan qasar? #fyp #jafrimahmoodi #jafrimahmoodiofficial #ustazjafriabubakarmahmoodi #ustazjafriabubakar
♬ original sound – jafrimahmoodi_official – jafrimahmoodi_official
Perkara sama turut dijelaskan dalam Laman Sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di mana jika terdapat dua jalan salah satunya dan melebihi 81 kilometer manakala satu lagi dekat tidak melebihi 81 km lalu jika dia mengambil jalan yang jauh atas sebab-sebab tertentut seperti perjalanan yang lebih selamat dan mudah maka dia boleh mengqasarkan solat.
“Namun jika dia sengaja mengambil jalan jauh supaya boleh untuk mengqasarkan solat maka dia tidak boleh mengqasarkan solat,” katanya.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



