“Otak Belum Faham Tentang Balas Budi” – Pakar Perjelas Kanak-Kanak Bersifat Baik Bukti Didikan Bagus
Satu kajian mendapati golongan remaja kebiasaannya kurang membalas budi seseorang walaupun mereka dapat mengenal pasti kebaikan yang dilakukan olehnya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap pasangan pasti mahukan anak-anak mempunyai sifat yang bagus seperti baik hati, tinggi budi pekerti dan pandai membantu orang lain.
Tapi dah namanya kanak-kanak, biasalah jika mereka tunjukkan perangai yang bermacam ragam kan? Ada masanya sedikit nakal, bila ibu ayah minta tolong pun buat tak tahu.
Lainlah kalau orang dewasa pula yang masih buat perangai macam kanak-kanak walaupun dah besar!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Kanak-Kanak Dukung Rakan Istimewa Naik Tangga Raih Pujian Ramai
Normal Untuk Orang Dewasa Berkelakuan Baik
Boleh dikatakan rata-rata orang dewasa akan menjaga tingkah lakunya di khalayak ramai termasuklah berkelakuan baik demi menjaga maruah sendiri.
Menerusi hantaran di TikTok (@amirul.ramli), pengasas Mental Kuat Centre Amirul Ramli berkata, normal bagi seorang individu yang berumur 18 tahun ke atas untuk mempunyai tingkah laku yang baik menurut sains.
Ini kerana otak seorang dewasa sudah mula memahami tentang tingkah laku bekerjasama atau ‘cooperative behaviour’, iaitu mengetahui bahawa segala kebaikan yang dilakukan selalunya pasti akan terbalas dengan sesuatu.
Otak Kanak-Kanak Belum Faham Sepenuhnya Tentang Membalas Budi
Namun bagi kanak-kanak bawah 17 tahun, Amirul berkata bahagian otak yang terkait dengan kefahaman membalas budi masih belum berkembang sepenuhnya, situasi digelar sebagai ‘reciprocity gap’.
“Selalunya individu bawah umur ini memang dia akan lebih memikirkan tentang diri sendiri,” katanya.
Amirul memetik satu artikel oleh Neuroscience News yang menjelaskan mengapa golongan remaja selalunya tidak pandai membalas kebaikan.
Kajian mendapati walaupun mereka dapat mengenal pasti kebaikan yang dilakukan oleh orang lain, namun remaja kebiasaannya kurang membalas budi tersebut.
Keadaan ini menunjukkan bahawa otak mereka masih belum memahami sepenuhnya tentang balasan ganjaran yang akan diterima.
“Berbanding orang dewasa, remaja beri lebih fokus kepada kepentingan mereka sendiri apabila berdepan dilema sosial, walaupun ketika rakan interaksi mereka sanggup berkerjasama,” jelasnya.
@amirul.ramli ♬ original sound – AmirulRamli | MentalHealth
Tonton video penuh [DI SINI].
Kanak-Kanak Baik Hasil Didikan Ibu Ayah & Persekitaran Yang Bagus
Jadi macam mana pula dengan kanak-kanak yang berkelakuan baik dan suka membantu orang lain walaupun masih kecil?
Amirul berkata ini bermakna dia dibesarkan oleh keluarga dalam persekitaran yang bagus dan mendapat didikan sebaiknya daripada ibu ayah.
Menerusi carian kami, satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Experimental Child Psychology menjelaskan kanak-kanak lebih membalas budi terhadap seseorang yang membawa keuntungan kepada mereka secara sengaja.
Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak juga mungkin berkelakuan baik terhadap sesetengah orang yang terpilih kerana sudah mempunyai sedikit rasa berterima kasih.
Kanak-Kanak Tiada Dosa Selagai Belum Baligh
Sebagai umat Islam, sudah tentu seseorang yang tidak berkelakuan baik atau melakukan kesalahan akan dicatit sebagai dosa.
Namun bagi kanak-kanak, walaupun mereka melakukan sesuatu perkara yang haram, ia tidak akan dicatit sebagai dosa selagi belum capai usia baligh.
Ini termasuklah sebarang kelakuan tidak baik ataupun sifat nakal yang ditunjukkan oleh mereka.
Oleh itu ibu ayah tidak sepatutnya menghukum kanak-kanak secara berlebihan jika mereka melakukan suatu kesalahan.
Sebaliknya didik mereka dengan penuh kasih sayang agar memupuk tingkah laku yang baik dan menjauhi keburukan.
Baca Artikel Berkaitan: “Susah Nak Fokus” – Pakar Jelaskan Kaitan Pemakanan Dengan Kesihatan Mental Kanak-Kanak
Baca Artikel Berkaitan: “Risiko Gangguan Mental” – Pakar Dedah Bahaya Anak Main Game Guna Gajet Tanpa Pantauan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



