“Raya Bukan Setakat Baju Baru” – JAKIM Kongsi Kemenangan Sebenar Bagi Para Muslim Menjelang Syawal
Segelintir Muslim hanya mementingkan persiapan Aidilfitri seperti pakaian baharu atau juadah raya tanpa merenungkan kemenangan sebenar dicapai mereka selepas sebulan berpuasa.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bila bercakap tentang 1 Syawal, mesti anda akan terbayang-bayang kemeriahan di kampung. Waktu siang pergi ziarah-menziarahi rumah kenalan dan insan tersayang, malam pula bermain bunga api.
Mesti ramai juga yang tidak sabar untuk menikmati juadah dan kuih raya yang terhidang sambil mendengar lagu-lagu raya hit tahun ni. Memang syok!

Seronok, seronok juga. Namun kadangkala sesetengah dari kita tertumpu sangat dengan hal dunia ini sampai terlupa apa sebenarnya kemenangan yang patut dicapai para Muslim di penghujung Ramadan.
Baca Artikel Berkaitan: “Tua & Muda Jangan Hilang Sifat Malu” – Ustazah Asma’ Minta Henti Trend Ambil Duit Raya Sambil Joget
Baca Artikel Berkaitan: Makan Kena Ikut Turutan, Jangan Layan Nafsu! Lelaki Kongsi Cara Elak ‘Sugar Rush’ Di Pagi Syawal
Baca Artikel Berkaitan: Nak Buat Kuih Raya Tapi Tak Ada Oven? Guna Air Fryer Pun Boleh. Ini 5 Resepinya!
JAKIM Kongsi Keindahan Bulan Syawal
Baru-baru ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menerusi satu hantaran di Facebook Bahagian Dakwah, JAKIM ada berkongsi tentang maksud kemenangan di bulan Syawal.
Jelas JAKIM, segelintir individu mencari-cari populariti atau harta dalam bulan mulia itu. Bagaimanapun selepas sebulan berjaya menahan diri daripada lapar dan dahaga pada bulan Ramadan, para Muslim sepatutnya menilai diri dan melihat sama ada terdapat perbezaan dari sudut rohani.
Baca Artikel Berkaitan: 5 Amalan Untuk Maksimakan Pahala Di Bulan Ramadan
Adakah kita masih tergoda dengan hasutan nafsu? Adakah kita masih kerap berasa marah? Atau mungkin kita masih ego dengan manusia lain?
Itulah antara soalan yang patut anda tanya pada diri sendiri.
Ramadan Ajar Umat Islam Untuk Lebih Tenang & Hindarkan Diri Dari Kemungkaran
Menurut JAKIM, bulan Ramadan sepatutnya membentuk jiwa yang lebih tenang dan menyejukkan hati seseorang.
“Ramadan telah berlalu, sebulan kita berperang dengan nafsu sendiri. Kadang marah membuak, kadang malas menahan diri.
“Tapi kita bertahan. Kita menahan lapar, menahan ego, menahan kata-kata yang bisa melukai. Kini, Hari Raya adalah bukti nyata kita telah menang, menang bukan dengan dunia, tapi menang dalam hati,” memetik perkongsian itu.
Rasulullah SAW mengingatkan umatnya:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Barang siapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah, dosanya yang lalu akan diampuni.”
[Hadis Riwayat Bukhari & Muslim]
Jelas JAKIM, kesungguhan dan keimanan yang ditunjukkan para Muslim dalam mencintai bulan Ramadan mampu menghapuskan dosa serta ego tinggi yang terpendam selama ini.
“Itu kemenangan yang tidak ternilai, yang tak boleh dibeli dengan wang atau dibanggakan di media sosial.”
Malah kemenangan sejati boleh dilihat apabila umat Islam dengan rela hati menghulurkan tangan memaafkan, menyayangi orang lain dan menawarkan diri untuk memberi (bersedekah).

“Hari Raya bukan sekadar pakaian baru dan juadah mewah, tapi kesempatan untuk menang atas diri sendiri dan menyebarkan kasih sayang. Ego yang kalah, prasangka yang luruh, hati yang lembut, itulah kemenangan yang membuat dunia indah.
“Inilah yang harus kita ingat; setiap senyum, setiap salam, setiap maaf yang kita hulurkan bukan hanya formaliti. Itu adalah bukti bahawa kita bukan hamba dunia semata, tapi hamba Allah yang benar-benar menang.”

Tanam Impian Untuk Sentiasa Mendekatkan Diri Dengan Allah SWT
Oleh disebabkan itu, di sebalik tawa dan kegembiraan raya nanti, muhasabah diri dan renungkanlah setiap kemenangan yang anda capai pada Ramadan tahun ini.
Sekiranya ada matlamat tertentu yang masih belum kesampaian, jangan putus asa dan rebut peluang pada Ramadan berikutnya jika masih berkesempatan, Insya-Allah.
“Kemenangan ini sahabat, jauh lebih manis daripada segala juadah dan lampu yang berkelip. Raya bukan sekadar hari, ia adalah bukti bahawa kita mampu bangkit, bersih dan menang atas diri sendiri.”
Baca Artikel Berkaitan: Tahukah Anda, Puasa 6 Syawal Boleh Diqada Selepas Bulan Syawal? Ini Caranya
Baca Artikel Berkaitan: Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri 2 Rakaat Di Rumah Susulan PKP 3.0
Baca Artikel Berkaitan: Ini Hukum Memberi & Meminta Duit Raya, Boleh Jatuh Haram Rupanya!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



