Now Reading
Apa Hukum Jika Tertelan Sisa Makanan Sewaktu Sedang Berpuasa? Ini Penjelasannya

Apa Hukum Jika Tertelan Sisa Makanan Sewaktu Sedang Berpuasa? Ini Penjelasannya

Jelas Ustaz Azhar Idrus, puasa seseorang itu tidak batal jika telah berusaha mengeluarkan sisa makanan tersebut dan tertelan tanpa disengajakan seperti tertelan ketika sedang berbual dan sebagainya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ramadan merupakan bulan yang mulia, selain bersemangat untuk melakukan ibadah puasa ramai umat Islam turut berebut-rebut melakukan kebaikan dan ibadah kerana ganjaran pahala yang berlipat ganda.

Dalam keseronokan kita menjalani ibadah berpuasa, pasti adakalanya kita berdepan dengan beberapa situasi yang membuatkan seseorang berasa ragu-ragu adakah puasa dilakukan sah atau sebaliknya.

Yelah, situasi seperti ini tidak dapat dijangka bila akan berlaku dan sebagai hambaNya sudah tentu kita mahu ibadah dilakukan diterima Allah SWT. Sebagai contoh apakah hukumnya jika seseorang itu tertelan makanan secara tak disengajakan.

Apa hukum jika seseorang tertelan sisa makanan yang ada dalam mulut sewaktu sedang puasa?

Soalan sama pernah diajukan kepada Laman Sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

“Jika saya sedang puasa, sedang solat Asar, tengah baca al-Fatihah, saya rasa ada benda pada lelangit. Saya tahu jika ada benda perlu buang terus, tetapi saya ada sedikit lagi bacaan al-Fatihah dan saya habiskan dahulu. Bila saya check (periksa) balik benda itu dah hilang. Batalkah puasa saya?

Jelas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dalam situasi tersebut sekiranya tertelan bersama dengan air liur dan sukar untuk membezakannya dengan perkara lain, dan tidak dapat meludahkannya kerana ada halangan tertentu contohnya dalam solat dan sebagainya, maka puasa seseorang itu sah dan tidak terbatal.

Perkara itu sepertimana yang disebutkan oleh Imam al-Khatib al-Syirbini:

(وَلَوْ بَقِيَ طَعَامٌ ‌بَيْنَ ‌أَسْنَانِهِ فَجَرَى بِهِ رِيقُهُ) مِنْ غَيْرِ قَصْدٍ (‌لَمْ ‌يُفْطِرْ إنْ عَجَزَ عَنْ تَمْيِيزِهِ وَمَجِّهِ) ؛ لِأَنَّهُ مَعْذُورٌ فِيهِ غَيْرُ مُقَصِّرٍ، فَإِنْ لَمْ يَعْجِزْ أَفْطَرَ لِتَقْصِيرِهِ

Bermaksud: Jika ada makan tersisa di gigi-ginya kemudian dia menggerakkannya dengan air liurnya kemudian tertelan dengan tidak sengaja, maka tidak membatalkan puasa sekiranya dua sukar untuk membezakannya dengan air liur. Hal ini kerana ia dikira diberikan keuzuran dan bukan disebabkan kecuaiannya. Jika tiada kesulitan demikan, maka batal puasanya disebabkan kecuaiannya. (Rujuk Mughni al-Muntaj 2:158)

Oleh itu, seseorang yang berdepan dengan situasi seperti berikut boleh meneruskan puasanya seperti biasa tanpa perlu menggantikannya.

UAI turut jelaskan batal atau tak puasa jika tertelan sisa makanan

Perkara sama turut dijelaskan oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus yang menjelaskan sekiranya ‘tertelan’ puasa seseorang itu tidak terbatal.

“Batal tak kalau tertelan (sisa makanan yang ada dalam mulut)? Jawabnya, jika dia boleh ludah dengan senang dan dia tidak buang, maka tertelan batal (puasa).

“Tetapi kalau susah nak buang (telah berusaha untuk keluarkan), halus sangat atau lekat celah gigi nanti dia bersembang-sembang dan tertelan, dimaafkan,” ujarnya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd