Karnival VIKids 2026 Kembali Dengan Tema Retro-Futuristik & Pelbagai Aktiviti Keluarga
Pengunjung boleh menyaksikan persembahan tarian neon, pertunjukan silap mata serta badut belon yang akan berinteraksi secara langsung dengan kanak-kanak dan keluarga.
- Karnival VIKids 2026 berlangsung dari 20 Mei hingga 7 Jun di Alamanda Putrajaya dengan tema retro-futuristik berinspirasi era 1980-an.
- Pelbagai aktiviti interaktif, persembahan hujung minggu dan bengkel kreatif disediakan khusus untuk kanak-kanak dan keluarga sepanjang karnival.
- Ahli VIKids layak menebus pas dan tiket bengkel percuma melalui Program Ganjaran Pembeli di Alamanda dan Mesra Mall.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bersempena cuti pertengahan penggal sekolah, Alamanda Putrajaya dan Mesra Mall Kemaman kembali menganjurkan Karnival VIKids yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak dan keluarga.
Karnival tahunan yang menjadi antara acara dinanti-nantikan ahli VIKids itu berlangsung dari 20 Mei hingga 7 Jun 2026 di Alamanda Putrajaya.
Selain mengisi masa lapang sepanjang cuti sekolah, karnival ini turut menampilkan pelbagai aktiviti interaktif, permainan dan bengkel kreatif yang direka khusus untuk menggalakkan penglibatan aktif antara ibu bapa dan anak-anak.
Alamanda Tampil Dengan Karnival Bertemakan Retro-Futuristik

Pengunjung yang hadir akan disambut dengan dekorasi berwarna-warni termasuk lantai bercorak papan dam, lampu neon ikonik, boombox, pita kaset serta pelbagai elemen nostalgia yang mengimbau kenangan zaman dahulu.
Lebih menarik, empat stesen permainan turut disediakan bagi membolehkan kanak-kanak dan keluarga menikmati suasana karnival yang meriah sepanjang program berlangsung.
Selain permainan pesta ria dan zon arked, pelbagai aktiviti seni dan kraf turut dibuka kepada orang ramai.
Persembahan Hujung Minggu Meriahkan Suasana

Pengunjung boleh menyaksikan persembahan tarian neon, pertunjukan silap mata serta badut belon yang akan berinteraksi secara langsung dengan kanak-kanak dan keluarga.
Persembahan tersebut dijadualkan berlangsung tiga kali sehari pada setiap Sabtu dan Ahad sepanjang tempoh karnival berlangsung.
Ganjaran Eksklusif Untuk Ahli VIKids

Bagi bukan ahli pula, tawaran sama boleh dinikmati dengan perbelanjaan minimum RM500 dalam maksimum dua resit.
Pas tersebut memberikan akses kepada beberapa permainan dan aktiviti terpilih sepanjang karnival berlangsung.
Mesra Mall Fokus Kepada Aktiviti Kreatif Kanak-Kanak
Sementara itu di Mesra Mall Kemaman, pendekatan yang dibawa sedikit berbeza dengan fokus diberikan kepada aktiviti pembelajaran dan kreativiti.
Bertemakan dunia alat tulis, ruang acara akan dihiasi dengan dekorasi interaktif yang sesuai dijadikan lokasi bergambar bersama keluarga.

Bengkel tersebut akan berlangsung setiap hari dari jam 2 petang hingga 6 petang sepanjang tempoh penganjuran.
Pelbagai Hadiah Menarik Menanti Pengunjung
Kanak-kanak berusia bawah 12 tahun boleh menyertai bengkel tersebut menerusi Program Ganjaran Pembeli yang ditawarkan oleh Mesra Mall.
Ahli VIKids yang berbelanja minimum RM50 dalam satu resit layak menerima dua tiket bengkel percuma.
Selain itu, 300 ahli baharu VIKids yang pertama turut berpeluang menerima dua tiket bengkel serta beg hadiah set alat tulis apabila mendaftar dengan perbelanjaan minimum RM100 dalam satu resit.
Menurut Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan, penganjuran Karnival VIKids bertujuan menawarkan pengalaman yang bukan sahaja menyeronokkan, malah memberi nilai pendidikan dan kreativiti kepada kanak-kanak.
“Sama ada melalui suasana retro-futuristik yang meriah di Alamanda mahupun bengkel kreatif secara amali di Mesra Mall, fokus kami adalah untuk menyediakan pengalaman keluarga yang bermakna sepanjang musim cuti sekolah ini,” katanya.
Beliau berkata program tersebut juga diharap dapat membantu keluarga meluangkan lebih banyak masa berkualiti bersama sambil mencipta kenangan indah sepanjang cuti sekolah.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.