Now Reading
Raja Pop Kembali, Filem Biopik Michael Jackson Pecah Rekod Dunia

Raja Pop Kembali, Filem Biopik Michael Jackson Pecah Rekod Dunia

Lakonan Jaafar berjaya menghidupkan Michael Jackson, dipuji ramai peminat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Filem biopik terbaru tentang the King of Pop, Michael Jackson berjudul, Michael mencipta sejarah baru apabila meraih kutipan global sebanyak RM858 juta sekitar $217 juta sejak ditayangkan pada 24 April lalu.

Arahan Antoine Fuqua menampilkan Jaafar Jackson, anak saudara kepada Michael Jackson.

Dengan catatan kutipan ini, filem ini mencatat pembukaan hujung minggu tertinggi pernah direkodkan bagi sebuah filem biografi di seluruh dunia.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Abang Adik’ Cipta Sejarah, Jadi Filem Berbahasa Cina Pertama Diiktiraf ASEAN Records | TRP

Berjaya Mengalahkan Rekod Bohemian Rhapsody Dan Oppenheimer

Jaafar (kanan) memegang watak ayah saudaranya. (Foto: Michael Ochs, Michael Buckner)

Sebelum ini, rekod ini dipegang oleh filem Bohemian Rhapsody yang mencatat kutipan pembukaan sebanyak RM490 juta (sekitar $124 juta) pada tahun 2018.

Filem itu menampilkan lakonan Rami Malek sebagai Freddie Mercury, vokalis kumpulan Queen.

Namun, filem Michael bukan sahaja berjaya mengatasi rekod tersebut.

Ia turut melepasi kutipan pembukaan Oppenheimer yang meraih sekitar RM712 juta ($180 juta), sekaligus menjadikan filem ini antara pembukaan terbesar untuk filem biografi.

Disukai Penonton, Pengkritik Filem Kurang Setuju
Jaafar Jackson sebagai Michael Jackson. (Foto: TGV Cinemas)

Walaupun filem ini berjaya mencatat angka yang besar, penerimaan terhadap filem ini berbelah bagi.

Menurut Rotten Tomatoes, filem ini meraih 39% markah daripada pengkritik, berbanding 97% penilaian positif daripada penonton.

Ini kerana beberapa pengkritik menyifatkan filem ini sebagai gambaran kerjaya Michael Jackson yang terlalu ‘bersih’ kerana tidak banyak menyentuh kontroversi yang pernah dikaitkan dengannya.

Kenapa Sebarang Kontroversi Tidak Dimasukkan Ke Dalam Filem?
Michael Jackson diserbu peminat. (Foto: LA Times)

Pada peringkat awal produksi filem ini, ia difahamkan beberapa kontroversi seperti dakwaan penderaan seksual kanak-kanak akan dimasukkan.

Jackson sebelum ini menafikan tuduhan berkenaan dan dibebaskan daripada pertuduhan pada tahun 2005.

Namun, perkara ini berubah selepas penemuan semula perjanjian rahsia berkait dengan kes Jordan Chandler pada tahun 1990-an.

Perjanjian ini dipercayai menghalang nama individu terbabit daripada disebut dalam filem.

Susulan itu, filem diolah semulah sebelum segala dakwaan tersebut timbul.

Penggambaran Semula Menyebabkan Kos Filem Meningkat

Perubahan jalan cerita menyebabkan produksi filem perlu melakukan penggambaran tambahan.

Pengarah Antoine Fuqua sebelum ini akui situasi tersebut merupakan antara tempoh sukar untuk mereka kerana perlu memikirkan semula hala tuju filem.

Kos keseluruhan Michael dilaporkan mencecah sekitar RM790 juta (sekitar $200 juta), menjadikannya antara filem biopik paling mahal pernah dihasilkan.

Ini Beberapa Fakta Ringkas Tentang Raja Pop, Michael Jackson
Album sulung, Thriller. (Foto: Albumism)

Umum mengetahui Michael Jackson dikenali sebagai Raja Pop dan merupakan antara figura muzik paling berpengaruh dalam sejarah dunia hiburan.

Album Thriller yang dikeluarkan pada tahun 1982 kekal antara album paling berjaya sepanjang zaman, dengan rekod jualan sekitar 70 juta unit di seluruh dunia.

Antara lagu popular dalam album ini seperti Billie Jean, Thriller, Beat It, dan Human Nature.

Dengan kejayaan filem ini, Michael Jackson sekali lagi membuktikan legasi beliau masih kuat dan akan berterusan sehingga generasi akan datang.

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kritik Poster Filem Duyung Legenda Aurora, Pengarah Jelas Hanya Gimik Promosi | TRP

Baca Artikel Berkaitan: [Review] Papa Zola The Movie Dedah Sisi Lain Papa Zola, Tetap Dengan Lawak Lucu ‘Bapak-Bapak’ | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd