Now Reading
Bekas Ahli Girl’s Generation Jessica Jung Kembali Dengan Jelajah Reflections, Malaysia Jadi First Stop!

Bekas Ahli Girl’s Generation Jessica Jung Kembali Dengan Jelajah Reflections, Malaysia Jadi First Stop!

Konsert Jessica ini akan bertempat di Arena of Stars, Resorts World Genting, Genting Highlands pada 11 Januari 2026.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Khas buat peminat bekas ahli Girl’s Generation Jessica Jung, idol kegemaran anda akan membuat kemunculan semula di Malaysia dengan jelajah terbaharunya ‘Reflections’! ✨

Lebih mencuri tumpuan, Arena of Stars, Resorts World Genting, Genting Highlands menjadi lokasi pertama buat ikon Korea-Amerika itu memulakan jelajahnya.

Untuk pengetahuan fandom Golden Stars, Jessica Concert Tour 2026, Reflections ini akan berlangsung pada 11 Januari 2026 (Ahad) jam 7 malam.

Jelajah Reflections Tonjol Kejayaan Jessica Sebagai Penyanyi Solo

Konsert ini merangkumi perjalanan kerjaya Jessica sebagai penyanyi solo dan hadiah istimewa buat para peminat sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka selama ini.

Pengumuman konsert tersebut turut dikongsikan Jessica di akaun Instagram miliknya.

Setiap persembahan bagi jelajah kali ini menjanjikan pengalaman menyeronokkan dengan vokal yang merdu, tarian memikat, dan kisah peribadi yang menyentuh hati.

Sejak debutnya bersama kumpulan terkenal Girls’ Generation atau SNSD pada 2007 lalu, Jessica telah membina reputasi sebagai idol serba boleh bukan sahaja dalam industri K-pop tetapi di peringkat antarabangsa.

Sumber: Instagram (@jessica.syj)

Sebagai penyanyi dan juga penulis lagu, Jessica turut terkenal dengan vokal yang unik dan versatile, seperti yang ditampilkan dalam EP (Extended Play) solonya iaitu:

  • With Love, J dan Wonderland (2016)
  • My Decade (2017)
  • Beep Beep (2023)

Antara lagu popular Jessica pula adalah seperti di bawah:

  • Fly bersama Fabolous
  • Get It? Got It? Good bersama Amber Liu
  • Big Mini World
  • Summer Storm
  • Falling Crazy In Love

Harga Tiket Konsert Jelajah Reflections

Kalau anda nak tahu, kemunculan terakhir idol Hallyu ini di Malaysia adalah pada Januari tahun lalu (2024).

Baca Artikel Berkaitan: SNSD’s Jessica Jung Performing In Malaysia Next Month!

Buat anda yang tidak sabar untuk menikmati persembahan suara merdu Jessica, berikut kami kongsikan kedudukan tempat duduk dan juga harga tiket bagi setiap kategori:

  • VIP: RM988
  • PS1: RM788
  • PS2: RM588
  • PS3: RM488
  • PS4: RM288

NOTA: Harga tertakluk kepada caj pemprosesan RM4.

🎫 Tiket akan mula dijual di www.fantopia.io dan rwgenting.com bermula 20 November jam 3PM sehingga sold out!

Anda boleh rujuk [DI SINI] bagi mendapatkan sebarang maklumat susulan.

Jessica Turut Luaskan Empayar Dalam Bidang Fesyen, Lakonan & Penulisan

Untuk info, Jessica juga mencipta nama di televisyen China yang mana dia mendapat kedudukan ke-2 di program realiti ‘Sisters Who Make Waves 3’ selain membuat penampilan di ‘The Treasured Voice Season 4’.

Selain fokus dalam industri nyanyian, bekas ahli Girl’s Generation itu turut menceburi bidang fesyen iaitu sebagai seorang usahawan dan pengasas jenama Blanc & Eclare.

Tidak terhenti di situ, Jessica kemudiannya meluaskan kerjaya dalam bidang penulisan novel ‘Shine’ dan ‘Bright’.

Malah dia turut tampil sebagai pelakon iaitu menerusi filem Cina ‘I Love That Crazy Little Thing’ dan ‘My Other Home’ termasuklah musical ‘Legally Blonde’ di Korea Selatan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd