Now Reading
Puppetmaker Jadi Tema Nights Of Fright 11, Siap Ada Rumah Hantu Chromadepth!

Puppetmaker Jadi Tema Nights Of Fright 11, Siap Ada Rumah Hantu Chromadepth!

Nights of Fright 11 di Sunway Lagoon akan berlangsung setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula 26 September hingga 2 November ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tema ‘Halloween’ kini sudah mula berlegar-legar menjelang bulan Oktober tidak lama lagi.

Dan Sunway Lagoon seperti tahun-tahun sebelum ini kembali dengan acara eksklusif Nights Of Fright buat kali ke-11 (NOF11).

Dengan tema ‘Puppetmaker’, NOF11 menampilkan sedikit kelainan apabila membawa karakter-karakter anak patung yang membawa gaya seram.

Mengambil inspirasi daripada fenomena ‘blind box’, Sunway turut memperkenalkan ikon HANTUTU iaitu hantu yang memakai tutu! Hantu ni tidak menakutkan dan comel pula. Bunyi namanya pun sudah seakan-akan Labubu.

Pop Mart menjadi Hotspot Partner rasmi NOF11, menjadikan perkongsian pertamanya dengan taman tema.

Sumber gambar: NOF11

Rumah Hantu ‘The Blind Box’ Tampilkan Teknologi Chromadepth

Team kami berpeluang ke NOF11 bagi berdepan sendiri dengan hantu dan puppet yang menakutkan, serta memasuki lima tarikan utama acara itu tahun ini.

Perjalanan dimulakan di rumah hantu ‘The Blind Box’ yang merupakan salah satu tarikan terbaharu di NOF.

Dengan memakai cermin mata 3D chromadepth, watak-watak hantu kelihatan seolah berada amat dekat dengan muka. Terkejut betul!

Kami juga telah ke rumah hantu ‘The Puppetmaker’ yang dipenuhi patung-patung rosak dan menyeramkan.

Kami meneruskan lagi penjelajahan di NOF11 dengan ke rumah hantu ‘Fortunes & Freaks’ yang terasa macam pergi circus! Tapi yang seramnya, siap ada patung Annabelle lagi 😭

Sumber gambar: Wani/ TRP

Filem Seram Inspirasi Dari Kisah Mistik Malaysia

Seperti tahun-tahun lalu, NOF11 juga membawakan tayangan filem seram di Haunted Theater.

Menampilkan pelakon Nadia Brian membawa watak ‘Pontianaxe’, penonton pasti boleh mengaitkannya dengan salah satu legenda tempatan yang amat terkenal!

Nak tahu pasal apa? Klu: Sihir dan potong mayat.

Sumber gambar: Wani/ TRP

Tarikan Lebuhraya Karak Buat Kemunculan Semula, Kali Ini Lagi Seram!

Kalau cakap pasal Lebuhraya Karak, mesti ramai pernah dengar tentang legenda Volkswagen kuning kan?

Mula diperkenalkan sejak NOF10, legenda Karak itu kembali kali ini dengan lebih imersif dan menyeramkan dalam ‘Karak – The Kampong Killers’.

Bukan sahaja meremang bulu roma bila nampak Volkwagen kuning tu, tapi kami juga perlu berjalan memasuki satu gua sebelum tiba di kawasan bengkel kereta usang.

Sumber gambar: Ulya/ BK

Pengunjung Boleh Sertai 9 Pengalaman Imersif Di NOF11

NOF11 membawa pelbagai tarikan buat para pengunjung yang merangkumi sembilan pengalaman menyeramkan yang imersif:

  • 8 Rumah Hantu – Karak: The Kampong Killers, Tiki Terror, The Puppetmaker, The Blind Box, Fortunes & Freaks, the all-new Horrorwood Studios: Final Fright, Legends of Horror dan The Freezer 2: High Voltage.
  • 1 Teater Seram – Scarytales Theater.
  • 3 Zon Takut – Hantu Hell, Pontianak X Pocong, dan Horrorwood Boulevard: Slashers & Dolls.
  • 13 Thrill Rides dan 2 pentas Live Show.

Jika anda berminat untuk ke NOF11, terdapat dua pilihan tiket yang boleh didapatkan:

  • RM128 – Satu tiket masuk dan baucar popcorn perisa misteri.
  • RM226 – Satu tiket masuk, Express Pass dan baucar popcorn perisa misteri.

NOF11 bakal bermula pada hari ini (26 September) sehingga 2 November yang dibuka kepada orang ramai pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd