Konsert B.I Berlangsung Meriah Di Mega Star Arena KL, Buat 2,000 Fandom ID Teruja
Antara lagu yang dipersembahkan B.I pada semalam (21 September) ialah PARADE, BTBT, Free Fall dan banyak lagi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Semalam (21 September), penyanyi solo K-pop, Kim Hanbin atau lebih dikenali sebagai B.I telah menggegarkan pentas Mega Star Arena KL, Bukit Bintang dengan jelajah The Last Parade.
Untuk info, jelajah tersebut bermula di Seoul pada 26 Julai lalu dan diakhiri di Kuala Lumpur dengan kunjungan 2,000 fandom ID (BE IDENTITY) yang begitu meriah.

Hip Hop, Ballad & Banyak Genre Lagu Dipersembahkan B.I Buat Para Peminat
Kemunculan B.I dengan lagu PARADE sebagai pembukaan telah mencetuskan sorakan gemuruh daripada ID, sekaligus menggamatkan seluruh dewan hingga penutup. Memang vibe! 🎇
Selebriti versatil ini bukan sahaja membawakan lagu bergenre hip hop seperti BTBT, MICHELANGELO, Tasty tetapi juga lagu-lagu chill dan juga romantis. Antara lagu yang dipersembahkan pada malam tadi ialah:
- COSMOS
- Free Fall
- To the moon
- Illa illa
- Endless summer
- Lover boi
- Keep me up
- Lover
- All shook up
- Hug me
- Gray
- Remember me
- Got it Like That
- Flame
- TTM
- Waterfall
- BE I
- Romance

Mahu menambahkan lagi kehangatan konsert itu, penyanyi rap ini telah meminta ID yang berada di zon duduk (seating zone) untuk bangun sekali dan menikmati persembahan dengan melompat, menari dan menyanyi sekali.
Memang tidak menghampakan, jeritan peminat bergema satu dewan sampai buat suasana jadi lebih panas! 🔥
B.I pun dilihat tersenyum seolah-olah berpuas hati selepas penonton sama-sama sertai ‘hype’ itu.

ID Beri Nama Versi Malaysia Buat B.I
Semasa sesi temu ramahnya dengan lebih dekat bersama peminat ketika soundcheck, seorang peminat telah bertanya sama ada B.I mempunyai nama Malaysia atau pun tidak.
Oleh disebabkan masih tiada, ID tampil dengan idea kreatif mereka dengan menamakan Hanbin sebagai Zayyan Naufal (okay terhibur kejap 😂).
Me trying to process this 😭 Lmao he lowkey like Zayyan Naufal 😂#2025THELASTPARADEINKL #Blinkl#HANBINinKL #TheLastParadeTour2025 pic.twitter.com/3JLb8s1CAZ
— Mæ ♡ (@maemzln) September 22, 2025
Tiada Konsert Tanpa Sokongan Tidak Putus Fandom ID
Berbalik kepada konsert, B.I berkata dia begitu teruja berjumpa peminat di Malaysia sekali lagi dan menghargai sokongan yang tidak pernah putus sejak awal kerjaya solonya.
Buat penonton yang pertama kali menghadiri konsertnya, B.I mengharapkan agar persembahan dibawakan dapat menjadi kenangan indah untuk dibawa pulang.

Di akhir konsert, B.I sempat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang merealisasikan jelajah ketiganya itu dengan jayanya termasuklah agensi, penganjur, pasukan produksi, penari dan ramai lagi.
Dia juga tidak melupakan semua ID yang tidak jemu-jemu menghangatkan konsert berkenaan dan ‘all out’ daripada awal hingga ke akhir. Jelas B.I, tiadalah tour ini tanpa sokongan peminatnya.
“See you again Malaysia.” 🩷

Baca Artikel Berkaitan: “Ada Rap & Nyanyian!” – B.I Teruja Tonton Video Keselamatan Malaysia Airlines
Biografi Ringkas Kim Hanbin
Sejak kecil lagi, B.I telah menunjukkan minat yang mendalam dalam dunia muzik khususnya hip hop yang akhirnya menjadi pengaruh besar dalam kerjayanya.
B.I yang kini berusia 28 tahun telah menyertai program trainee di bawah label muzik terkenal Korea Selatan iaitu YG Entertainment pada Januari 2011 dan debut sebagai ketua kumpulan iKON sekitar 2015.

Sebelum debut secara rasmi, ramai juga sudah mengenalinya dari program rancangan televisyen Mnet, Show Me The Money bersama salah seorang ahlinya, Bobby.
Penyanyi rap itu turut mendapat beberapa anugerah berprestij sebagai seorang penulis lagu. Pada Disember 2018, B.I dianugerahkan ‘Songwriter of the Year’ di Anugerah Muzik Melon ke-10 atas sumbangannya dalam album studio kedua iKON.

B.I kemudiannya telah membawa haluan sendiri pada 2019 dan meneruskan kerjaya solo. Pada 7 Mei 2021, 131 Label telah mengumumkan jadual pelancaran B.I sebagai artis solo.
Antara yang diumumkan termasuk single global berjudul Got It Like That bersama artis Amerika, Destiny Rogers dan Tyla Yaweh, yang dikeluarkan pada 14 Mei 2021.
Bukan itu sahaja dia juga melancarkan album studio penuh pertamanya, Waterfall pada 1 Jun 2021.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



