Tak Tahu Nak Kemana Hujung Minggu Ni? Ini Lapan Event Menarik Di Klang Valley
Orang ramai boleh menyertai acara jualan produk tempatan, festival zine dan kebudayaan Jepun pada hujung minggu ini.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bulan Ogos kini sudah tiba! Selain tak sabar untuk menyambut Hari Merdeka negara, terdapat banyak juga event lain yang bakal diadakan pada hujung minggu ini yang korang boleh hadiri.
#1. Sunday Side Up Market (Merdeka Edition) @ The Campus Ampang (1 Ogos – 3 Ogos)
Sunny Side Up Market membawakan acara tahunan Merdeka Market yang berlangsung dari Jumaat hingga Ahad (1-3 Ogos), 10 pagi hingga 9 malam, di The Campus Ampang.
Anda boleh mendapatkan produk makanan, fesyen, kecantikan, hiasan rumah dan banyak lagi dari jenama serta perniagaan kecil tempatan.
#2. KL Zine Fest @ KLSCAH (1 Ogos – 3 Ogos)
Bagi peminat zine, anda tidak mahu melepaskan peluang untuk menyertai KL Zine Etc Fest yang bertempat di Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) yang berlangsung pada 1-3 Ogos dari 11 pagi hingga 7 malam.
Bayaran sebanyak RM10 dikenakan dengan setiap tiket akan menerima baucer RM5 untuk pembelian di festival tersebut.
#3. Pasar Gadis Berkain Sarong @ Pasar Seni (1 Ogos – 3 Ogos)
Acara yang dijalankan pada 1-3 Ogos ini dari jam 10 pagi hingga 10 malam bertempat di Pasar Seni, Kuala Lumpur.
Orang ramai diajak hadir memakai kain sarong sambil memberi sokongan kepada peniaga kecil tempatan.
#4. Pelancaran ‘Wednesday’ Musim 2 @ Sunway Pyramid Mall (1 Ogos – 17 Ogos)
Peminat siri ‘Wednesday’ pasti tidak sabar menunggu ketibaan musim kedua di Netflix minggu depan!
Jangan lupa untuk hadir ke acara activation Wednesday di Blue Concourse, Sunway Pyramid bermula 1 Ogos hingga 17 Ogos ini.
Selain dapat mengalami sendiri sekolah berhantu Nevermore Academy, anda juga berpeluang mendapatkan ID pelajar dan hadiah eksklusif!
#5. Lalaport Bon Odori 2025 (Minggu 2) @ Lalaport (2 Ogos – 3 Ogos)
Jika anda terlepas minggu pertama Lalaport Bon Odori 2025, minggu kedua masih akan berlangsung pada 2 dan 3 Ogos ini di Central Rooftop Garden dan WoW Plaza, Lalaport.
Antara acara yang bakal diadakan adalah persembahan langsung Pikachu, Pokemon Bingo, serta persembahan Wadaiko Drum dan K-Pop.
#6. Relove X Kloset Kain @ Semua House (2 Ogos – 3 Ogos)
Semua House, Kuala Lumpur bakal mengadakan acara jualan barangan terpakai pada 2 dan 3 Ogos ini bermula 10 pagi hingga 11 malam.
Pengunjung juga akan disajikan dengan persembahan DJ serta berpeluang menyertai bengkel jahitan bermula 12pm 2 Ogos.
#7. Swiss Dream Circus @ Elmina Lakeside Mall (1 Ogos – 24 Ogos)
Bertempat di Elmina Lakeside Mall, Shah Alam, acara circus ini akan berlansung dari 1 Ogos hingga 24 Ogos dengan waktu persembahan bermula seperti berikut:
- Khamis dan Jumaat – 8 malam
- Sabtu – 2 petang, 5 petang dan 8 malam
- Ahad – 3 petang dan 6 petang🎟️ Tickets from RM49 — book now! (link in bio)
Tiket bermula dari RM49 dan boleh didapatkan secara dalam talian [DI SINI] atau di booth fizikal yang dibuka sejak 11 pagi.
#8. KOA Run Club (Women Only) @ Petronas Sri Hartamas (2 Ogos)
Kelab larian yang hanya dibuka kepada para wanita ini akan mengadakan fun-run 5km PERCUMA pada 2 Ogos.
Peserta perlu mendaftar pada jam 7 pagi di Petronas Sri Hartamas, dengan larian dijadualkan bermula pada 7.30 pagi.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.