Now Reading
Andrew Choi Suara Nyanyian Jinu Dari ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Ke Singapura

Andrew Choi Suara Nyanyian Jinu Dari ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Ke Singapura

Andrew Choi bakal mengadakan bengkel nyanyian di akademi latihan K-pop SM Universe pada hujung Julai ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Filem animasi KPop Demon Hunters yang mula ditayangkan di laman penstriman Netflix pada Jun lalu seolah-olah telah menjadi satu fenomena dalam kalangan para peminat.

Animasi itu telah menerima sambutan ramai dengan begitu cept sehingga berjaya mendapatkan tempat pertama dalam carta Netflix buat dua minggu.

Malah salah satu lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan HUNTR/X di dalam animasi tersebut, Golden, telah mencecah tempat pertama dalam carta muzik antarabangsa Billboard.

Penyanyi & Pelakon Suara ‘Jinu’ Bakal Hadir Ke Singapura Julai Ini

Buat para peminat di Singapura, mereka bakal disajikan dengan peluang eksklusif untuk mempelajari sendiri taktik vokal dari seorang penyanyi K-pop yang menyumbangkan suaranya dalam KPop Demon Hunters.

Andrew Choi yang merupakan suara nyanyian watak utama, Jinu dari kumpulan Saja Boys, bakal hadir ke Singapura untuk mengadakan satu bengkel nyanyian buat para peminat.

Di samping itu, para peminat di Singapura juga boleh bertemu dengan pelakon suara Jinu, Ahn Hyo-seop, di sebuah acara promo bagi filem terbaharunya ‘Ominiscient Reader: The Prophecy’ pada 29 Julai ini.

Sebagai info, Choi merupakan finalis rancangan realiti K-pop Star serta pernah berkerjasama dengan kumpulan nyanyian terkenal NCT 127 dan Shinee.

Choi akan mengadakan bengkel nyanyian eksklusif di akademi latihan K-pop SM Universe yang dilancarkan oleh SM Entertainment.

SM Universe Tawar Bengkel Peribadi & Berkumpulan Bersama Andrew Choi

Berdasarkan info di laman web SM Universe, terdapat dua pilihan buat mereka yang berminat untuk berguru dengan Choi.

‘K-pop 1:1 Vocal’ menawarkan kelas peribadi selama satu jam bersama Choi. Yuran dikenakan bagi bengkel yang bakal berlangsung dari 25 ke 29 Julai ini adalah sebanyak SGD300 (RM990) tidak termasuk GST.

Selain itu, orang ramai juga boleh menyertai kelas berkumpulan ‘K-pop Group Vocal’ yang akan dijalankan dari 11am hingga 12.30pm, pada 26 dan 27 Julai.

Dalam kelas ini, peserta akan menyanyikan hit popular dari KPop Demon Hunters ‘Soda Pop’ bersama-sama Choi.

“Belajar tips eksklusif tentang stail, teknik dan ekspresi secara terus dari Andrew sendiri, dan alami bagaimana rasanya mempersembahkan lagu hit ini bersama,” kata SM Universe.

Bayaran yang dikenakan ialah SGD420 (RM1,380) tidak termasuk GST dan terhad kepada empat orang peserta sahaja.

Lagu ‘Golden’ Oleh HUNTR/X Catat Tempat Pertama Dalam Carta Billboard

Secara ringkasnya, KPop Demon Hunters mengisahkan tentang pertarungan antara kebaikan dan kejahatan dengan masing-masing diwakili oleh kumpulan K-pop fiksyen HUNTR/X dan Saja Boys.

HUNTR/X menggunakan kuasa nyanyian mereka untuk menguatkan ‘honmoon’, bagi mengelakkan kemasukan syaitan ke dunia manusia.

Sebaliknya Saja Boys yang mewakili dunia syaitan pula memperkenalkan lagu-lagu mereka sebagai cara untuk melalaikan manusia.

Menurut Variety, soundtrack KPop Demon Hunters merupakan yang tertinggi dalam carta bagi tahun 2025 setakat ini.

Lagu ‘Golden’ berada di tempat 10 teratas dalam senarai Hot 100 setelah dimainkan lebih 18.8 juta kali.

Lagu-lagu lain seperti ‘Soda Pop’, ‘How It’s Done’, ‘Your Idol’ dan ‘Free’ turut mendapat tempat dalam kalangan para peminat.

Keseluruhan soundtrack animasi itu dimainkan lebih 96 juta kali, menjadikannya minggu streaming tertinggi bagi satu soundtrack dalam tempoh lebih tiga tahun lalu.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd