TGV Tampil Dengan Wajah Serba Baharu, Tawar Pengalaman Lebih Selesa!
TGV Suria KLCC kini tampil lebih ekslusif meliputi 12 dewan wayang serba moden termasuk hall Dolby Atmos, IMAX, Beanie dan Indulge.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Menonton wayang tetap menjadi pilihan ramai walaupun dunia hiburan kini semakin digital. Tayangan layar besar dengan sistem bunyi berkualiti tinggi masih menawarkan pengalaman berbeza berbanding menonton di rumah.
Dengan pembaharuan yang dibuat di beberapa pawagam utama, penonton kini lebih teruja untuk mencuba pengalaman baharu yang lebih selesa dan imersif. Salah satunya adalah TGV Suria KLCC yang kini tampil dengan wajah baharu selepas proses ubah suai menyeluruh.
Pihak TRP berpeluang mencuba salah satu daripada hall Dolby Atmos yang ditawarkan di sini. Walaupun tidak sempat mencuba hall Indulge atau Beanie, sekurang-kurangnya kami dapat menilai sendiri pengalaman asas yang ditawarkan oleh fasiliti baru ini.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Panggung Wayang Di Terengganu Asing Tempat Duduk Ikut Jantina Raih Pujian
Baca Artikel Berkaitan: “Normal Ke Ni?” – Pelakon Persoal Sikap Individu Selamba Letak Kaki Atas Tempat Duduk Di Pawagam
Hanya Dapat Cuba Hall Dolby Atmos, Tapi Banyak Perkara Positif
Terletak di Level 3, Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre, lokasi pawagam ini mudah diakses melalui pintu utama berhadapan air pancut ikonik Suria KLCC.
Sebaik masuk, naik sahaja eskalator terus ke tingkat tiga dan anda akan terus tiba di lobi TGV yang serba moden dan luas.

Sewaktu di dalam panggung, kami ditempatkan di tempat duduk jenis couple seat, jadi semua ulasan berdasarkan jenis tempat duduk ini sahaja. Untuk tempat duduk biasa, mungkin pengalamannya sedikit berbeza.
Antara perkara paling ketara ialah ruang kaki yang luas. Apabila penonton lain lalu di hadapan, kami tidak perlu berdiri atau berganjak.
Laluan cukup selesa dan praktikal. Tempat letak tangan juga lebar, cuma tiada pemisah tengah kerana kerusi jenis ini memang dicantumkan. Posisi kerusi boleh dilaraskan sedikit, membantu dapatkan kedudukan menonton yang selesa.
Satu lagi yang kami puji ialah sistem pengudaraan. Kami sengaja bawa masuk makanan (menu sedia ada) bergoreng dan berkuah, apa yang menariknya adalah ia langsung tidak meninggalkan bau di dalam hall dan keadaann terus kekal selesa.
Dari lobi hingga ke dalam hall, semuanya kelihatan moden dan kemas. Susun atur juga mudah difahami dan tidak memeningkan.
Pintu masuk hall dekat dengan tempat duduk, jadi tidak perlu berjalan jauh atau berpusing-pusing untuk mencari tempat duduk.
Suasana Premium Yang Selesa & Sempurna Untuk Menonton

Ketika lampu dimalapkan, hall memberikan suasana yang sangat kondusif untuk tayangan. Pencahayaan keselamatan masih kelihatan tetapi langsung tidak mengganggu pengalaman menonton.
Rekaan hall yang moden menjadikan ruang terasa lebih luas dan mesra pengunjung. Susun atur tempat duduk juga sangat baik dengan jarak yang cukup luas antara barisan.
Meskipun skrin tidak terlalu tinggi, ia masih memberikan sudut tontonan yang selesa dari mana-mana posisi.
Penonton dinasihatkan memilih tempat duduk di tengah untuk menikmati sepenuhnya pengalaman visual dan audio yang ditawarkan.
Tempat Duduk, Suhu & Sistem Bunyi Yang Mengagumkan

Tempat duduk jenis couple seat yang kami cuba sangat empuk dan luas, sesuai untuk tontonan lama tanpa rasa tidak selesa.
Reka bentuknya ergonomik, dan memberikan rasa eksklusif tersendiri kepada penonton tertentu. Mungkin berbeza mengikut saiz badan.
Suhu dalam hall pula sangat selesa. Tidak terlalu sejuk, tidak terlalu panas. Ini menjadikan suasana menonton lebih santai dan tidak memerlukan lapisan pakaian tambahan seperti kebiasaan.
Kualiti bunyi dari sistem Dolby Atmos benar-benar menghidupkan tayangan. Setiap kesan bunyi terasa seimbang.
Secara keseluruhan, pengalaman menonton di TGV Suria KLCC benar-benar memuaskan. Segala elemen dari rekaan hall, tempat duduk, suhu, pencahayaan, sehinggalah kualiti bunyi sangat memuaskan.
Baca Artikel Berkaitan: Warganet Tegur Aksi Rakam Babak Ejen Ali 2, Penonton Beri Alasan Itu Hanya Credit Scene
Baca Artikel Berkaitan: Penonton Sesuka Hati Rekod Filem Dalam Wayang Guna Telefon & Muat Naik Di TikTok
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



